Malam tadi lepas siap kemas-kemas barang, kami pun sedia nak gerak balik putrajaya. Waktu lebih kurang pukul 8.30 malam.
Daddy amik jalan dalam sebab lebih dekat. Jalan tu memang biasa kami guna setiap hari untuk pergi kerja. Irfan dalam kereta macam biasa, memang tak boleh duduk diam.
Dah 3/4 perjalanan tetiba saya teringat sesuatu.
"Silaplah kan daddy kita ikut jalan ni."
"Tak apa, sekarang awal lagi. Lagipun ada banyak kereta lalu. Orang tak berani nak samun."
Ok, apabila mendengar jawapn daddy saya tahu yang daddy tak faham apa yang saya maksudkan dengan 'silap' tu. Tak apalah. Hopefully tak ada 'apa-apa'.
Perjalanan diteruskan...
Irfan yang tengah main tiba-tiba duduk dekat riba saya diam-diam.
Aduh...sangkaan saya hampir mengena...
Tiba-tiba...
Irfan campak mainan kat tangan dia terus peluk tengkuk saya kuat-kuat, sembamkan muka dekat leher saya sambil cakap
"Akut..." =takut
Ha kan betul! saya dah agak dah, mesti 'dia' ada.
Saya pujuk Irfan, sambil baca ayat Qursi. Irfan alih-alih muka dia kejap kiri kejap kanan macam cuba sembunyikan pandangan dia. Masa nih baru daddy faham kenapa saya kata 'silap' pilih jalan tu.
Daddy cepat-cepat baca ayat kursi. Tapi Irfan langsung tak mahu tengok daddy, bila dia kadang-kadang cuba curi-curi pandang daddy mesti cepat-cepat dia pejam mata dia rapat-rapat.
Mungkin 'dia' menompang kat daddy kot. Yang daddy pulak asyik merungut panas! Air-cond tak rasa dia kata. Padahal air-cond tuh dah sesejuk sejuknya.
Saya teringat ada pesanan sorang mak cik, dia kata
"Kalau dari perjalanan jauh seeloknya jangan terus balik ke rumah, singgahlah mana-mana supaya 'dia' yang menumpang tu turun."
Sampai ke putrajaya Irfan masih takut nak tengok muka daddy. Last-last daddy berenti kejap depan masjid besi. Irfan terus turun, lepas tu barulah dia nak pandang daddy.
Masa nak turun tu saya halau 'dia'
"Turun-turun!" *konon beranilah benor.
Alhamdulillah sampai ke rumah putrajaya Irfan dah tak ada takut-takut lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
1 comment:
eee ngerinyer!! seb bek bukan kita yg mengalami situasi tersebut lau tak mau kejung kat situ jeap jawabnya!
satu lagi org kata lau nak jalan jauh ke sila penuhkan sit kalau org ta ada penuhkan dgn barang2, lau kosong takut ada yg menumpang... kan???
Post a Comment