Malam tadi lepas siap kemas-kemas barang, kami pun sedia nak gerak balik putrajaya. Waktu lebih kurang pukul 8.30 malam.
Daddy amik jalan dalam sebab lebih dekat. Jalan tu memang biasa kami guna setiap hari untuk pergi kerja. Irfan dalam kereta macam biasa, memang tak boleh duduk diam.
Dah 3/4 perjalanan tetiba saya teringat sesuatu.
"Silaplah kan daddy kita ikut jalan ni."
"Tak apa, sekarang awal lagi. Lagipun ada banyak kereta lalu. Orang tak berani nak samun."
Ok, apabila mendengar jawapn daddy saya tahu yang daddy tak faham apa yang saya maksudkan dengan 'silap' tu. Tak apalah. Hopefully tak ada 'apa-apa'.
Perjalanan diteruskan...
Irfan yang tengah main tiba-tiba duduk dekat riba saya diam-diam.
Aduh...sangkaan saya hampir mengena...
Tiba-tiba...
Irfan campak mainan kat tangan dia terus peluk tengkuk saya kuat-kuat, sembamkan muka dekat leher saya sambil cakap
"Akut..." =takut
Ha kan betul! saya dah agak dah, mesti 'dia' ada.
Saya pujuk Irfan, sambil baca ayat Qursi. Irfan alih-alih muka dia kejap kiri kejap kanan macam cuba sembunyikan pandangan dia. Masa nih baru daddy faham kenapa saya kata 'silap' pilih jalan tu.
Daddy cepat-cepat baca ayat kursi. Tapi Irfan langsung tak mahu tengok daddy, bila dia kadang-kadang cuba curi-curi pandang daddy mesti cepat-cepat dia pejam mata dia rapat-rapat.
Mungkin 'dia' menompang kat daddy kot. Yang daddy pulak asyik merungut panas! Air-cond tak rasa dia kata. Padahal air-cond tuh dah sesejuk sejuknya.
Saya teringat ada pesanan sorang mak cik, dia kata
"Kalau dari perjalanan jauh seeloknya jangan terus balik ke rumah, singgahlah mana-mana supaya 'dia' yang menumpang tu turun."
Sampai ke putrajaya Irfan masih takut nak tengok muka daddy. Last-last daddy berenti kejap depan masjid besi. Irfan terus turun, lepas tu barulah dia nak pandang daddy.
Masa nak turun tu saya halau 'dia'
"Turun-turun!" *konon beranilah benor.
Alhamdulillah sampai ke rumah putrajaya Irfan dah tak ada takut-takut lagi.
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Malam Terakhir
Malam ni malam terakhir kami one family tidur rumah klang.
Actually ada jugak rasa sebak nak tinggalkan rumah tu. Lama dah saya dok kat situ. Dari saya bujang sampailah berkahwin sampailah dah ada anak sorang.
Banyak kenangan yang tercipta di sini. Masam manis kehidupan. Asam garam rumahtangga. Penat lelah menjadi seorang ibu. Semuanya saya rasa bermula di sini *mula dah nak jadi drama queen*.
Tapi tuntutan kehidupan menyebabkan saya terpaksa juga berpindah. Tak larat dah nak keluar rumah sebelum matahari timbul dan pulang selepas matahari tenggelam.
Kalau saya seorang diri mungkin saya boleh harunginya. Tapi saya ada suami dan anak. Kesian Irfan. Proses pembesarannya banyak habis di jalanan. Masa saya bersama keluarga juga kurang.
Semoga perpindahan ini akan memberi saya ruang untuk menjadi hamba yang lebih taat kepada Penciptanya, isteri yang lebih baik dan ibu yang lebih sempurna....Insya Allah.

Kepenatan
Hari ini badan sangat penat. Semalam telah menggunakan seluruh tenaga sebab pindah barang dari umah Klang ke Putrajaya. Habis semua tenaga telah berciciran. Pulak tu malam tadi Irfan tidur tak lena, asyik mengingau mungkin sebab siangnya terlalu banyak bermain.
Sekarang dekat office memang rasa sangat lesu, tapi buat-buat kuat jer sebab bos hari ni semendang asyik datang meja saya jer. Sajer je bos nih tau...tak suka ai.
Pastu bukak email...ping! Ada memo kuar kena pergi MOSTI. Wal-lah!!
Okeh...tugasan memanggil..

Friday, March 25, 2011
Drypers vs Mammy Poko
Dolu-dolu dari mula Irfan lahir sampai umurnya setahun 9 bulan saya pakaikan dia drypers siang malam.
Tapi lately ni lepas drypers tukar packing baru saya macam dah tak besh nak pakaikan Irfan drypers sebab:
1. Belakang badan Irfan kat pinggang dia beruam sebab berpeluh. Bila saya check rupanya dia banyak berpeluh kat situ bila dia main lasak sangat. Dulu tak de lah pulak.
2. Lepastu malam bila tidur, nak kena tukar drypers dia sampai tiga empat kali kalau tak basahlah tilam.
Me and daddy jadi tak puas hati. Rasa macam ada yang tak kena jer dengan drypers packing baru nih. So kitorang decided nak cari pampers baru untuk Irfan. Lepas tuh nak compare dengan drypers tu.
So membeleklah kitorang laki bini dekat Tesco. Campare mengompare pun berlaku. Bla bla bla bla bla bla akhirnya kami telah mencapai kata sepakat membawa muafakat. Keputusan muktamad telah pun diambil dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan lagi.
Kami pilih mammy poko dan try kasi Irfan pakai untuk 1 hari 1 malam. Alhamdulillah, sesuwai.
Main lasak macam selalu pun kat tempat yang dia biasa berpeluh, kering jer.
Tidur malam pun tak yah tukar...tapi dengan syarat sebelum tidur tu kasik dia pakai yang barulah.
So bermula dari detik itu kami pun berikrar...maka kami mulai hari ini akan terus membeli mammy poko untuk dipakai oleh anak kami.
Sekian berita lampin dari,

Thursday, March 24, 2011
Babysitter oh Babysitter
Dua malam lepas dan malam semalam saya kemas beg Irfan yang selalu saya guna untuk hantar dia ke babysitter. Biasanya saya akan masukkan tuala, baju siang, baju tidur, barang mandi, pampers 5 helai dan botol susu.
Tapi sejak hari Isnin baju siang Irfan elok dok duduk dalam beg dia berlipat tidak diusik. Dalam plastik baju kotor pula hanya ada baju Irfan yang dipakainya masa datang.
Saya jadi tertanya-tanya....
Eh, siang-siang dia tak mandikan anak saya ke? Sebab baju siang tak berpakai pun.
Tapi semalam lagi saua terkejut.
Hari Rabu pagi daddy yang tolong kemaskan beg Irfan. Entah macam mana daddy lupa nak masukkan pampers. Pampers yang ada dalam beg tu cuma ada 2 keping.
Tapi....
Balik rumah saya tengok pampers dalam beg tu masih ada sekeping.
Dua keping tolak sekeping = sekeping
Sepanjang hari anak saya tak mandi dan pakai pampers yang sama dari pagi sampai petang.
HANGIN BETUL SAYA!!!!!!!
Daddy kata sabarlah sebab sampai minggu depan jer, lepas ni kita tak hantar Irfan kat dia dah.
Patutlah tiap kali hantar Irfan nangis tak moh tinggal situ...
Siap nanti hujung bulan!

Tuesday, March 22, 2011
Kasihnya Tidak Bersyarat
Sedang leka melakukan tugas harian di meja pejabat, air mata saya bergenangan. Entah mengapa rindu pada arwah ayah datang bertandang. Sungguh, rasa rindu ini tidak dapat ditahan. Terbayang arwah ayah yang suka berkebun bunga.
"Ya Allah Kau ampunilah ayahku. Limpahi Rahmat Mu buat ayah. Kasihanilah ayah seperti mana ayah pernah mengasihaniku."
Arwah ayah orangnya garang. Tetapi penuh dengan kasih sayang. Sewaktu kami adik beradik masih kecil, kami memang nakal. Ada-ada sahaja benda yang hendak kami lakukan. Tetapi apabila dihadapan ayah kami tunjukkan bahawa kami adalah anak-anak yang baik. Sebaik sahaja ayah keluar, hiruk pikuk kami bermain. Dan apabila terdengar bunyi motosikal ayah pulang, lintang pukang pula kami duduk di meja belajar berpura-pura sedang tekun belajar.
Setiap kali apabila ayah memarahi kami kerana kenakalan kami, ayah pasti akan keluar rumah dan pulang dengan membawa jajan sebagai memujuk kami dan menyesali tindakannya memarahi kami. Ayah keras pada luaran tetapi dalamannya sangat lembut dan sensitif. Setiap kali anak-anak sakit atau ditimpa masalah, air mata ayah yang akan menitis dahulu.
Sewaktu pertama kali saya menyuarakan hasrat untuk masuk sekolah berasrama, berminggu-minggu ayah termenung. Memikirkan saya yang akan tinggal jauh darinya. Tetapi demi masa hadapan saya, ayah izinkan jua walau hatinya terlalu keberatan. Begitu juga ketika pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke universiti. Ayah hantar saya dan sewaktu hendak pulang, ayah peluk saya. Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut ayah..."Elok-elok", itupun tanpa memandang ke arah saya kerana hatinya hiba meninggalkan saya di tempat orang.
Begitu juga ketika saya mahu melahirkan anak sulung. Pagi ketika saya dihantar ke hospital ayah menghubungi saya. Ayah menangis menyebabkan saya menjadi bertambah hiba. Ayah minta maaf kerana tidak dapat menemani saya di hospital. Ayah hanya dapat doakan saya dari jauh. Kasihnya ayah tidak pernah bersyarat. Dan kasih sayang itu tidak pernah kurang walau setelah saya bergelar isteri dan ibu.
Kini ayah telah kembali kepada Penciptanya. Saya redha, walau masih banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan untuk ayah. Sesungguhnya saya yang kerdil dan lemah ini hanya merancang namun Dia Yang Maha Tahu itulah perancang terbaik buat saya...
Al-Fatihah buat arwah ayah.

[VIDEO] Sorry Sorry with Lyric
Sorry Sorry by Super Junior (daddy loikeeee)
[Intro]
Dance Dance Dance Dance
Dance Dance Dance Dance
Dance Dance
CHORUS:
[All] Sorry Sorry Sorry Sorry
Naega naega naega meonjeo
Nege nege nege ppajyeo
Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby
Shawty Shawty Shawty Shawty
Nuni busyeo busyeo busyeo
Sumi makhyeo makhyeo makhyeo
Naega michyeo michyeo baby
[Siwon] Baraboneun nunbit soge
Nunbit soge naneun machi
Naneun machi mwoe hollin nom
[Yesung] (Ijen beoseonajido motae)
[Kyuhyun] Georeooneun neoui moseup
Neoui moseup neoneun machi
Nae simjangeul barpgo wannabwa
[Yesung] (Ijen beoseonajido motae)
[Ryewook] Eodil gana dangdanghage
Utneun neoneun maeryeokjeok
[Sungmin] Chakhan yeoja ilsaegiran
Saenggakdeureun bopyeonjeok
[Ryeowook] Dodohage geochim eopge
Jeongmal neoneun hwansangjeok
[Sungmin] Dorikil su eobseulmankeum
Nege ppajyeo beoryeosseo
Repeat CHORUS:
Ttanttan ttanttada tta ttaranttan
Ttanttan ttanttada tta
[Siwon] Nege banhaebeoryeosseo baby
[All] Ttanttan ttanttada tta ttaranttan
Ttanttan ttanttada tta ttarappappara
[Donghae] Hey girl gir gir gir gir gir girl I
Nunmantteumyeon ni saenggak (Hey girl)
Janakkaena sasil neo hana bakke anboyeo
[Yesung] (Malhaebwa) [Kangin] Ni mame naega
[Yesung] (Malhaebwa) [Kangin] Jari jabanneunji
[Yesung] (Malhaejwo) [Kangin] Naege marhaejwo
[Yesung] (Naneun babo babo babo)
[Ryewook] Jubyeon saramdeureun malhae
Naega neomu jeokgeukjeok
[Sungmin] I sesange geureon saram
Eodi handurinyago
[Ryeowook] Geugeol molla geunyeol molla
Shigihamyeo haneun mal
[Sungmin] Naega bureopdamyeon geugeon
Geudaedeuri jineun geo
Repeat CHORUS:
Ttanttan ttanttada tta ttaranttan
Ttanttan ttanttada tta
Nege banhaebeoryeosseo baby
Ttanttan ttanttada tta ttararara
Ttanttan ttanttada tta ttarappappara
Let's dance dance dance dance
Let's dance dance dance dance
Let's dance dance dance dance
Dance dance
[Yesung] Hey ije geuman naege wajullae
Jeongmal michil geotman gata yeah
[Kyuhyun] Nan neoman saranghago shipeo
Jeoldae dashi hannun pal saenggak eobseo hey, hey, hey
[Heechul] Aeiniragiboda chingugateun
Naega doego shipeo
[Kangin] Neoui modeun gomin seulpeum
Hamkke ganjikhagopa
[Ryeowook] Dashi eobseul mankeum mankeum
Neoreul neomu saranghae
[Yesung] Naega baran saram niga baro geu
That that that girl
Repeat CHORUS:
[Kyuhyun] sorry
[Heechul] hahaha
Sumber lyric
Monday, March 21, 2011
My Baby You
Are the reason i could work
Saya ada ramai "anak-anak" yang membantu saya bekerja.
Tanpa mereka pasti saya sangat susah.
Tetapi kadang-kadang kerana mereka juga kepala saya jadi pening.
Mari saya perkenalkan "anak-anak" saya...
Dari kiri:
Pinkbear - ini untuk kerja
Si kembar - ini untuk pindah memindah data
Honey - gamboooooo
Pinkhyppo - Ini untuk peribadi
Black - Back-up data
Passport - movie dan music
Salam perkenalan.
Sekian, terima kasih

Thursday, March 17, 2011
Perkahwinan Itu Perkongsian
Betul tak?
Yang belum kahwin tapi tetap nak angguk kepala sebab setuju pun tak apa...boleh jer..
Banyak yang saya belajar dalam sekolah rumahtangga. Belajar mengenali dia dan diri sendiri. Belajar memberi dan menerima. Belajar berkongsi suka dan duka. Belajar itu dan ini.
Sekolah rumahtangga juga mengajar saya untuk tidak terlalu berdikari, mengajar saya untuk selalu meminta pertolongan, mengajar saya untuk berkongsi apa yang saya ada dan rasa.
Dulu sebelum berkahwin semua benda dan perkara saya buat sendiri tetapi bila dah ada dia saya kena belajar mengagihkan tugasan. Walaupun kadang-kadang semak juga mata saya bila kerja yang dia lakukan tidak mencapai tahap piawaian ISO SIRIM saya.
Bila dia di dapur, dapur pasti dilanggar garuda. Bila dia menyidai pakaian, uish payah nak komen. Bila dia mengemas rumah, kadang-kadang saya tak perasan pun rumah tu dah berkemas.
Tapi bila melihat betapa lelahnya dia melakukan tugasan yang selalu saya lakukan itu, saya pasti akan membatalkan niat memberi komen-komen juri tetap yang profesional. Dia tidak mengeluh. Jauh sekali untuk mengungkit. Malahan selalu dia akan bertanya apa lagi yang boleh dibantunya. Tetapi demi mengelakkan saya diserang migrain yang berulang saya selalu mengatakan dah tak ada apa-apa lagi.
Dan sekarang kami dalam mood berpindah rumah. Maka banyaklah harta-harta ahmad albab yang perlu disimpan. Kali ini walaupun saya tahu perkahwinan itu perkongsian TE.TA.PI saya tetap nak melakukannya seorang diri. Tak sanggup dah suruh dia tolong kemas dan packing barang-barang. Poning kepalo den!
Agihan tugas kali ini:
Mummy : Packing barang.
Daddy : Angkat!

Wednesday, March 16, 2011
Packing! Packing! Packing!
Nampak tanda seruan tuh?
Itu menunjukkan betapa gigihnya saya.
Yea pada saat blog ini dibiarkan bersawang di sana sini saya sedang sangat gigih menyumbat segala harta ahmad albab ke dalam kotak.
Kami akan berpindah...We are moving...
Selepas 5 tahun menjadi rakyat tegar Klang Bandar Diraja akhirnya kami akan membawa diri. Bermula bulan hadapan kami akan meramaikan lagi umat manusia di kawasan tanah jajahan Putrajaya.
Selamat tinggal Klang. Janganlah dirindui kami ini. Kelak kami akan kembali. Walau kami berada beribu-ribu batu kelikir darimu namun kau tetap di hati kami....
Nota kaki: Ini entry orang yang tengah pening packing barang tapi barang tak kurang-kurang.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram