*selingan*
Sebelum saya membawa anda menyelami tajuk entry kali ini biar saya bagi selingan dulu. Ini adalah berita gembira untuk diri sendiri *smile ear to ear* sebab talian internet saya sudah tidak diblok lagi. Semalam abang-abang IT yang handsome dan macho-macho telah datang untuk 'membuka' semula talian internet saya yang telah dibelok oleh mereka dua minggu lepas yang mana ia sangat menyukarkan jari-jemari saya yang runcing untuk menaip mencarut di didalam belog ini. Jadi selepas ini bolehlah Eby Safiah berBelog semula dengan rasa gumbira tanpa perlu lagi meminjam pakai komputer admin dan tiadalah lagi kepala yang tertoleh teleng sebab nak tahu apa yang saya buat di komputer admin itu.
*selingan habis*
Marilah kita kembali kepada tajuk entry yang asal. Further Study? Siapa yang nak further study tu? Sayalah si ibu muda yang dah ada suami dan seorang anak lelaki ittew. Saya memang dah lama sangat nak sambung belajar ni. Kan saya konon-kononnya seorang yang gigih, bercita-cita tinggi dan berhasrat murni untuk memajukan diri ke depan jadi saya telah membuat perancangan untuk menyambung semula pengajian saya yang tak pernah tertangguh itu.
Jadi?
Ha'ah jadi apa masalahnya. Eh konpius pulak saya tetiba. Apa masalahnya? Owh ok sekarang saya sudah ingat apa masalahnya. *Amaran: sila tiun mood anda kepada mood sedih berlebihan untuk meneruskan pembacaan*. Setiap dua minggu sekali saya akan menggodek-godek MR. Google tanpa rasa malu untuk bertanya universiti mana yang telah membuka tawaran untuk pengajian e-PJJ mereka. MR. Google yang baik hati tanpa mengenakan apa-apa bayaran kepada saya selalu menjawab pertanyaan saya secara bertulis memberitahu universiti mana yang telah membuka tawaran.
Al-kisahnya...
Saya pun ketemu dengan universiti yang berkenan di hati untuk menyambung pengajian saya. Setelah bertungkus lumus membuat kajian kononnya saya pun dah tetapkan nak amik apa dan di mana. Maka meeting tergempar pun diadakan di pengerusikan oleh saya dan MR. Daddy selaku tukang angguk dan geleng. Kata sepakat yang membawa berkat dicapai.
Tetapi...
Apabila tiba masa untuk proses permohonan dijalankan saya telah didatangai oleh aral yang melingtang pukang sehingga akhirnya tarikh permohonan hanya tinggal lagi tiga hari*te te te te tetttttt bunyi viola lagu sedih di tepi telinga saya* atau dalam bahasa yang tidak complex memang tak sempat nak apply.
Kesimpulan...
Kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Oleh sebab itu saya redha...mungkin masa untuk saya menyambung pengajian masih belum tiba lagi. Te.ta.pi apa yang terjadi ini tidak pernah melunturkan jiwa saya yang konon-kononnya berjiwa tegar ini untuk menyambung pengajian saya. Nampaknya target sambung belajar tahun ini akan dicarry-forward ke tahun hadapan. Boleh? Bolehkan ajer...
Sekian dari bakal pelajar yang tak jadi bakal pelajar,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment