Hanya tinggal dua hari sahaja lagi semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri...hari kemenangan selepas sebulan mengerjakan ibadah puasa...
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini akan tiba lagi...cuma takut-takut kita sahaja yang tidak berkesempatan bertemu Ramadhan akan datang. Bukankah umur itu rahsia Allah...
Dan sempena raya yang bakal tiba ini juga mengundang kesayuan di hati saya dan kedua-dua belah keluarga. Raya ini raya pertama saya dan MR. Daddy menyambutnya tanpa insan yang kami panggil ayah dan abah.
Sedih tau! Yang tau tu...tau lah perasaannya macam mana...kan? kan? kan? Yang tak tahu tu...buat-buatlah tahu...Yea saya tahu mesti korang suruh saya bersabar...redha...yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup...Memang betullah tu. Cuma sebagai hamba-Nya yang kerdil saya tidak mungkin akan lepas dari merasakan perasaan kehilangan itu. Lebih-lebih lagi arwah ayah pergi tidak sampai sebulan sebelum umat Islam menyambut Ramadhan..Semoga Allah tempat arwah ayah dan abah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di Jannah-Nya.
Itu pasal Syawal, saya dan keluarga. Sekarang pasal Syawal, umat Islam dan 9/11. Korang ada terbaca tak artikel pasal "Burn Quran Day" yang diuar-uarkan akan diadakan pada 11/9/2010 yang konon-kononnya bagi memperingati mangsa-mangsa yang terbunuh ketika peristiwa runtuhan WTC dan kerana pembinaan masjid yang berdekatan dengan bangunan tersebut. Masya-Allah...
Tak tergambar dengan kata-kata ketika saya mendengar berita tersebut. Begitu dendamnya mereka dengan umat Islam sehingga sanggup memijak maruah kita dengan membakar kitab suci kita. Walau segelintir gereja menolak dan mengecam keras tindakan sebuah gereja berpusat di Florida ini tetapi hati saya tetap tidak dapat dipujuk. Saya rasa marah tetapi kemarahan itu tidak dapat dilepaskan.
Hanya kepada-Nya saya berdoa semoga Dia memalingkan hati-hati mereka yang membenci Islam. Tetapi saya juga tidak dapat 100% menyalahkan mereka yang membenci Islam. Kenapa? Kerana umat Islam sendiri dewasa ini sangat susah untuk menunjukkan ciri-ciri Islam yang sebenar. Mereka tidak dapat menunjukkan bahawa Islam itu menuntut kepada kebaikan, Islam itu untuk semua. Kadang-kadang saya lihat umat Islam sendiri mempersendakan agama mereka...Subhanallah...
Semoga dengan kedatangan Syawal kita semua akan sedar bahawa kita berada di akhir zaman..sementara mata masih jelik, mulut masih boleh mengunyah, tangan masih boleh berpegang-pegangan, kaki masih boleh melangkah...mohlah kita menyusi dosa...Semoga Dia menerima dan mengampuni kita.
Salam Aidilfitri dan mohon maaf atas keterlanjuran kata dan sikap saya...
Wednesday, September 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment