Tuesday, September 28, 2010

Cerita Bergambar di Hari Raya Part II

Kadang-kadang satu entry sahaja tidak cukup untuk menggambarkan suasana hari raya...
Jadi saya guna entry kedua untuk menulis tentang kejadian-kejadian di hari raya
Alasan lain saya buat Part II ialah sebab komputer saya cik tenetnya telah dibelok oleh orang-orang IT yang baik hati itu jadi saya guna komputer admin. Bila guna komputer admin ramailah orang yang lalu-lalang sambil menjeling-jeling apa yang ditaip oleh jari-jemari saya yang runcing ini oleh itu tidaklah saya dapat duduk berlama-lamaan di komputer admin ini.

Oleh kerana raya tahun ini kitorang raya sebagai anak yatim jadi plan raya sakan menyerbu rumah orang untuk melantak juadah raya dan mengumpul duit raya untuk anak-anak di bawah umur tidak dilaksanakan. Hanya rumah-rumah WAJIB pergi sahaja yang kitorang jejakkan kaki selebihnya terkangkang di rumah layan Astro yang banyak siar cerita-cerita basi itu tapi bayar tetap sama hampeh tol Astro nih.

Jadi pada hari raya keempat adik-beradik ibu saya merangkap pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik telah berpakat membawa berkat untuk mengumpulkan diri mereka dan keluarga mereka di rumah ibu saya. Maka di pagi hari yang hening itu ibupun pergi ke pasar untuk membeli mangsa-mangsa santapan adik beradiknya yang berpusat di Senawang dan Key-Ell.

Setelah itu ibu pun bersiap-sedia memerah tenaga anak-anak gadisnya owh nasib baik saya tidak lagi tergolong dalam golongan gadis jadi saya bernasib baik daripada menjadi mangsa perah tenaga dan peras ugut si ibu itu. Mereka pun mulalah memasak kelentang kelentung kelenting di dapur yang konon-kononnya sangat sibuk lagi menyibukkan.

Tepat pukul 12.00 t/hari wajah-wajah kebulur pun tiba di rumah ibu. Waktu itu mangsa-mangsa juadah santapan seperti dua ekor ayam, sekarung kerang, enam biji telur ayam dan sekilo ikan yang mahal telah pun bersemayam di dalam pinggan dan mangkuk masing-masing.

Dan saya konon-kononnya yang paling penat menyediakan juadah santapan itu terus berpura-pura penat dan lelah sebaik melihat kelibat wajah-wajah kebuluran. Setelah bersalam-salaman sambil berpeluk-pelukan dan bercium-ciuman wajah-wajah kelaparan itupun dijamu makan. Maka terpancarlah wajah-wajah keriangan tidak lagi wajah-wajah kelaparan...


Wajah-wajah kelaparan mula bertukar menjadi wajah-wajah keriangan
Ibu si chef semulajadi memerhatikan mangsa-mangsa santapan dijamah oleh wajah-wajah kelaparan tadi
Sesi melicinkan pinggan mangkuk terpaksa dibahagikan kepada beberapa puak supaya tidak berlakunya perebutan santapan
Gendang-gendut tali kecapi...kenyang perut hai senanglah hati
Inilah barisan kita yang telah pun kenyang...kami rela berjuang untuk si perut kami
Sekelian wajah-wajah keriangan mempamerkan barisan gigi masing-masing. Yang pandang belakang tu kenapa? Kan MIG dah pesan jangan pandang belakang...Yang kementot-kementot pun satu hal jugak yang korang pergi amik saf belakang saper suruh ha padan muka gambar korang tak nampak tak dapatlah korang tumpang glamour sekaki dua

Begitulah kisahnya...


No comments: