Monday, September 27, 2010

Cerita Bergambar di Hari Raya

Hari Raya...Hari yang Mulia...
Marilah kita meraikannya...

Owh sedap tak lagu raya saya?
Lagu tu baru jer saya cipta saat entry ini ditaip oleh jari-jemari saya yang runcing menggunakan komputer admin sebab komputer saya dah kena block padan muka saya bukan setakat tak boleh nak berbelog nak login maybank2u pun tak dapat apekejadahnya korang block komputer saya...

Owh maafkan sebab tersalah meluah perasaan mari kita berbalik kepada cerita asal iaitu Cerita Bergambar di Hari Raya...

Kisahnya bermula begini...


Seorang ibu yang perasan muda walaupun memang dia muda jelita sedang memangku anaknya yang comel kerana mengikut iras muka ibu perasan muda tadi. Mereka mengenakan baju bertema warna purple walaupun si anak telah bercucuran airmata tidak mahu memakai baju melayu cakak musang berjanggut itu tetapi si ibu perasan muda tetap memaksanya...Si anak kepada si ibu yang perasan muda mulai hilang sabar sebab si ibu yang perasan muda itu masih tergedik-gedik mahu mengambil gambar walaupun baju raya yang dipakainya bukanlah raya sangat...
"Mummy dah mintak ampon dengan wan ke belum? Asyik ambik gambar sajer..." Rungut si kecil yang langsung belum pandai bercakap...

Owh...nampaknya sesi bergambar buat si ibu perasan muda ini belum selesai lagi. Kali ini dia mahu bergambar bersama MR. Daddy yang tercinta lagi dicintai...Pesanan kepada si tukang ambik gambar...."Lapar sangat ke? Ambik gambar pun menggigil.."
Tiba-tiba si kecil yang suka merungut dalam bahasa Rusia itu join sekali ibu perasan muda dan Mr. Daddy dalam sesi menggambar diri sendiri...Owh sungguh indah bergambar di hari raya sehingga terlupa makanan yang sedap menjilat jari di dapur...Si tukang ambik gambar juga terpaksa menahan lapar kerana mengikut kehendak orang yang nak bergambar tu...
Tengok tu! Belum habis sehari raya si kecil dah tinggal pampers...Mana baju rayanya yang telah berpenat lelah dijahit oleh si ibu perasan muda tu? Dah tercabut entah ke mana sebab memang si kecil tak moh pakai baju tuh...Rimaslah mummy!!!Owh kecik hati si ibu perasan muda itu.Si kecil pula lebih suka hanya memakai pampers untuk mempermudahkan lagi pergerakan memanjatnya.
Tidur penuh gaya...Pernah tengok? Ini saya persembahkan tidur penuh bergaya setelah penat memantapkan skill memanjat dinding rumah.Kaki hendaklah disilangkan supaya nampak tidur-bergaya-ala-orang-kaya...Eh, saya betul-betul tidur tau!Sebab kamu tak nak pakai baju melayu yang mummy penat-penat jahit maka mummy publish gambar ini untuk tontonan umum...kehkehkeh mummy yang dengki khianat!


Sekian Cerita Bergambar di Hari Raya dari saya...
Next entry saya letak pulak Cerita Bergambar Gathering Raya di Hari Raya...berapa banyak raya daaaaaaaaaaa...


No comments: