Thursday, September 30, 2010

Further Study

*selingan*
Sebelum saya membawa anda menyelami tajuk entry kali ini biar saya bagi selingan dulu. Ini adalah berita gembira untuk diri sendiri *smile ear to ear* sebab talian internet saya sudah tidak diblok lagi. Semalam abang-abang IT yang handsome dan macho-macho telah datang untuk 'membuka' semula talian internet saya yang telah dibelok oleh mereka dua minggu lepas yang mana ia sangat menyukarkan jari-jemari saya yang runcing untuk menaip mencarut di didalam belog ini. Jadi selepas ini bolehlah Eby Safiah berBelog semula dengan rasa gumbira tanpa perlu lagi meminjam pakai komputer admin dan tiadalah lagi kepala yang tertoleh teleng sebab nak tahu apa yang saya buat di komputer admin itu.
*selingan habis*

Marilah kita kembali kepada tajuk entry yang asal. Further Study? Siapa yang nak further study tu? Sayalah si ibu muda yang dah ada suami dan seorang anak lelaki ittew. Saya memang dah lama sangat nak sambung belajar ni. Kan saya konon-kononnya seorang yang gigih, bercita-cita tinggi dan berhasrat murni untuk memajukan diri ke depan jadi saya telah membuat perancangan untuk menyambung semula pengajian saya yang tak pernah tertangguh itu.

Jadi?
Ha'ah jadi apa masalahnya. Eh konpius pulak saya tetiba. Apa masalahnya? Owh ok sekarang saya sudah ingat apa masalahnya. *Amaran: sila tiun mood anda kepada mood sedih berlebihan untuk meneruskan pembacaan*. Setiap dua minggu sekali saya akan menggodek-godek MR. Google tanpa rasa malu untuk bertanya universiti mana yang telah membuka tawaran untuk pengajian e-PJJ mereka. MR. Google yang baik hati tanpa mengenakan apa-apa bayaran kepada saya selalu menjawab pertanyaan saya secara bertulis memberitahu universiti mana yang telah membuka tawaran.

Al-kisahnya...
Saya pun ketemu dengan universiti yang berkenan di hati untuk menyambung pengajian saya. Setelah bertungkus lumus membuat kajian kononnya saya pun dah tetapkan nak amik apa dan di mana. Maka meeting tergempar pun diadakan di pengerusikan oleh saya dan MR. Daddy selaku tukang angguk dan geleng. Kata sepakat yang membawa berkat dicapai.

Tetapi...
Apabila tiba masa untuk proses permohonan dijalankan saya telah didatangai oleh aral yang melingtang pukang sehingga akhirnya tarikh permohonan hanya tinggal lagi tiga hari*te te te te tetttttt bunyi viola lagu sedih di tepi telinga saya* atau dalam bahasa yang tidak complex memang tak sempat nak apply.

Kesimpulan...
Kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Oleh sebab itu saya redha...mungkin masa untuk saya menyambung pengajian masih belum tiba lagi. Te.ta.pi apa yang terjadi ini tidak pernah melunturkan jiwa saya yang konon-kononnya berjiwa tegar ini untuk menyambung pengajian saya. Nampaknya target sambung belajar tahun ini akan dicarry-forward ke tahun hadapan. Boleh? Bolehkan ajer...

Sekian dari bakal pelajar yang tak jadi bakal pelajar,

Wednesday, September 29, 2010

Owh Kereta Baruku...

Papaku pulang dari kota…
Papaku belikan kereta…
Kereta kecil warna merah…
Bolehku bawa ke sekolah...
La la la la la

Masihkah anda ingat lagu ini?
Sila jangan nak buat-buat tak ingat pulak yea. Padahal zaman tadika dulu koranglah yang nyanyi paling kuat sampai gerimis kawan yang duduk kat depan tu. Bukak mulut macam nak terkoyak, gila punya kuat nyanyi pastu ngaku tak ingat, boleh blah!

Owh maaf tetiba pulak nak emosional tak tentu hujung pangkal, mari kembali kepada lagu kereta di atas. Kenapa tetiba nak cerita pasal kereta pulak ni kan..? Sebab mak tok a.k.a MIL saya dan mak lang a.k.a SIL saya ada belikan si herokecil kereta yang ada tayar empat tapi tak ada enjin tapi herokecil suka gila pastu kedekut nak mampos! Nak usik tayar kereta yang tak ada enjin tu pun dia kasik pelempang..!

Mula-mula dapat kereta baru yang tak ada enjin tu dia malu-malu jer nak kasik kereta tu berjalan. Lepas dah berlalu sepuluh minit mulalah punggung dia kejap senget kiri kejap senget kanan sebab nak tolak kereta tak ada enjin tu kasik jalan laju-laju. Tolak guna kaki dia yang belum panjang sangat tu sebab dia tak kasik orang lain pegang kete dia kenalah dia tolak sendiri...tapi comel jer dia tolak.

Lepas setengah jam main dia dah penat nak tolak kereta baru dia yang tak ada enjin tu. So dia turun dari kereta lepas tu diterbalikkannya kereta tu nak tengok sebab apa kereta tu tak boleh jalan sendiri tapi kena tolak dengan kaki. Tapi tahap kedekutnya tetap sama...hujung jari telunjuk kena tayar pun dia tetap nak kasik pelempang


Ini dia kereta baru dia yang tak ada enjin kaler biru tapi stereng ijo

Muka plastik buat-buat gembira bila gambo dia kena snap dengan kereta baru yang tak ada enjin tuh, padahal dia dah boring main

Happynya saya dapat main dengan kereta baru tak ada enjin

Ini baru lepas tergolek ketika cubaan berdiri di atas kereta yang tak ada enjin tapi ada tayar bulat yang boleh bergolek...

Are You Moist Enough????

Are You Moist Enough
Ha! Jawab-jawablah
Dah angguk kepala?
E-eh macam tak kompiden jer masa angguk tu
Tak pasti
Angguk lagi...


Kalau nak tahu samada moist atau tak moist cuba gores sikit kulit lengan tu...
Ada garisan putih???
Ada? Kalau ada maknanya belum cukup moist
Apa itu moist???? Lahhhhhhhh tak tahu???
Lem.bap!!! E-eh bukan mengata awak lembap, saya beritahu moist itu maknanya lembap
Adakah kulit anda cukup lembap...


Jadi untuk mengatasi kulit yang tidak lembap a.k.a kering sangat mudah...


1. Minum air dengan banyak...air masak ok!
Malaslah...minum air banyak sangat nanti asyik nak ke tandas saja


2. Kurangkan berada di tempat yang berair-cond
Mana boleh dah kerja dalam air-cond...


3. Jangan mandi lelama sangat nanti kelembapan semulajadi kulit hilang
Owh-owh-owh takkan nak mandi tak sampai lima minit???


4. Pakailah losyen vaseline yang dapat membantu melembapkan kulit
A big YES!! for this one


Wah-wah-wah...suruh pakai losyen vaseline semua senyum lebar...
Tetapi inilah yang menjadi pilihanku....
Ada empat pilihan, yang mana satu idaman kalbu...
Total Moisture, Healthy White, Intensive Rescue, and Aloe Cool and Fresh


Pilihlah yang manapun hasilnya tetap wal.lah!!
Kulit yang lebih gebu, lembut dan lembap..
Nampak tak???
Sebab itu vaseline selalu menjadi teman rapatku...


Bila ada yang bertanya apa rahsia kulitku cantik menawan...
VASELINElahhhhhhhhhhhhh...
Dengan vaseline dah tak perlu risau masalah kulit...
worth for your money
Tak cuba...tak tahu
Dah cuba...terus setia pada yang satu

VASELINElahhhhhhhhhhhhhhhh...


Cakap banyak pun tak guna...kalau berani cubalah!!
Dah cuba kena beritahu satu dunia
Macam mana???
Senang jer...
Buat satu entry dengan tajuk meletop "Are You Moist Enough?"
Pastu jangan lupa tepek gambar yang ada watermark vaseline

Tu sibuk lah tu nak tahu apa hadiahnya
Kan? Kan? Kan?
Hadiahnya lumayan OK!

Best Written Blog Posts
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products

Owh ada lagi ok utk si gadis yang bertuah yang memiliki "The Most Vibrant Skin" will win a Coach Handbag worth RM2,000!

Apa lagi?
Banyak sangat cerita pun letih jugak...
So apa kata korang chec-it-out here!!
Jangan lupa dapatkan dulu watermark vaseline tau...


Tuesday, September 28, 2010

Cerita Bergambar di Hari Raya Part II

Kadang-kadang satu entry sahaja tidak cukup untuk menggambarkan suasana hari raya...
Jadi saya guna entry kedua untuk menulis tentang kejadian-kejadian di hari raya
Alasan lain saya buat Part II ialah sebab komputer saya cik tenetnya telah dibelok oleh orang-orang IT yang baik hati itu jadi saya guna komputer admin. Bila guna komputer admin ramailah orang yang lalu-lalang sambil menjeling-jeling apa yang ditaip oleh jari-jemari saya yang runcing ini oleh itu tidaklah saya dapat duduk berlama-lamaan di komputer admin ini.

Oleh kerana raya tahun ini kitorang raya sebagai anak yatim jadi plan raya sakan menyerbu rumah orang untuk melantak juadah raya dan mengumpul duit raya untuk anak-anak di bawah umur tidak dilaksanakan. Hanya rumah-rumah WAJIB pergi sahaja yang kitorang jejakkan kaki selebihnya terkangkang di rumah layan Astro yang banyak siar cerita-cerita basi itu tapi bayar tetap sama hampeh tol Astro nih.

Jadi pada hari raya keempat adik-beradik ibu saya merangkap pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik telah berpakat membawa berkat untuk mengumpulkan diri mereka dan keluarga mereka di rumah ibu saya. Maka di pagi hari yang hening itu ibupun pergi ke pasar untuk membeli mangsa-mangsa santapan adik beradiknya yang berpusat di Senawang dan Key-Ell.

Setelah itu ibu pun bersiap-sedia memerah tenaga anak-anak gadisnya owh nasib baik saya tidak lagi tergolong dalam golongan gadis jadi saya bernasib baik daripada menjadi mangsa perah tenaga dan peras ugut si ibu itu. Mereka pun mulalah memasak kelentang kelentung kelenting di dapur yang konon-kononnya sangat sibuk lagi menyibukkan.

Tepat pukul 12.00 t/hari wajah-wajah kebulur pun tiba di rumah ibu. Waktu itu mangsa-mangsa juadah santapan seperti dua ekor ayam, sekarung kerang, enam biji telur ayam dan sekilo ikan yang mahal telah pun bersemayam di dalam pinggan dan mangkuk masing-masing.

Dan saya konon-kononnya yang paling penat menyediakan juadah santapan itu terus berpura-pura penat dan lelah sebaik melihat kelibat wajah-wajah kebuluran. Setelah bersalam-salaman sambil berpeluk-pelukan dan bercium-ciuman wajah-wajah kelaparan itupun dijamu makan. Maka terpancarlah wajah-wajah keriangan tidak lagi wajah-wajah kelaparan...


Wajah-wajah kelaparan mula bertukar menjadi wajah-wajah keriangan
Ibu si chef semulajadi memerhatikan mangsa-mangsa santapan dijamah oleh wajah-wajah kelaparan tadi
Sesi melicinkan pinggan mangkuk terpaksa dibahagikan kepada beberapa puak supaya tidak berlakunya perebutan santapan
Gendang-gendut tali kecapi...kenyang perut hai senanglah hati
Inilah barisan kita yang telah pun kenyang...kami rela berjuang untuk si perut kami
Sekelian wajah-wajah keriangan mempamerkan barisan gigi masing-masing. Yang pandang belakang tu kenapa? Kan MIG dah pesan jangan pandang belakang...Yang kementot-kementot pun satu hal jugak yang korang pergi amik saf belakang saper suruh ha padan muka gambar korang tak nampak tak dapatlah korang tumpang glamour sekaki dua

Begitulah kisahnya...


Monday, September 27, 2010

Cerita Bergambar di Hari Raya

Hari Raya...Hari yang Mulia...
Marilah kita meraikannya...

Owh sedap tak lagu raya saya?
Lagu tu baru jer saya cipta saat entry ini ditaip oleh jari-jemari saya yang runcing menggunakan komputer admin sebab komputer saya dah kena block padan muka saya bukan setakat tak boleh nak berbelog nak login maybank2u pun tak dapat apekejadahnya korang block komputer saya...

Owh maafkan sebab tersalah meluah perasaan mari kita berbalik kepada cerita asal iaitu Cerita Bergambar di Hari Raya...

Kisahnya bermula begini...


Seorang ibu yang perasan muda walaupun memang dia muda jelita sedang memangku anaknya yang comel kerana mengikut iras muka ibu perasan muda tadi. Mereka mengenakan baju bertema warna purple walaupun si anak telah bercucuran airmata tidak mahu memakai baju melayu cakak musang berjanggut itu tetapi si ibu perasan muda tetap memaksanya...Si anak kepada si ibu yang perasan muda mulai hilang sabar sebab si ibu yang perasan muda itu masih tergedik-gedik mahu mengambil gambar walaupun baju raya yang dipakainya bukanlah raya sangat...
"Mummy dah mintak ampon dengan wan ke belum? Asyik ambik gambar sajer..." Rungut si kecil yang langsung belum pandai bercakap...

Owh...nampaknya sesi bergambar buat si ibu perasan muda ini belum selesai lagi. Kali ini dia mahu bergambar bersama MR. Daddy yang tercinta lagi dicintai...Pesanan kepada si tukang ambik gambar...."Lapar sangat ke? Ambik gambar pun menggigil.."
Tiba-tiba si kecil yang suka merungut dalam bahasa Rusia itu join sekali ibu perasan muda dan Mr. Daddy dalam sesi menggambar diri sendiri...Owh sungguh indah bergambar di hari raya sehingga terlupa makanan yang sedap menjilat jari di dapur...Si tukang ambik gambar juga terpaksa menahan lapar kerana mengikut kehendak orang yang nak bergambar tu...
Tengok tu! Belum habis sehari raya si kecil dah tinggal pampers...Mana baju rayanya yang telah berpenat lelah dijahit oleh si ibu perasan muda tu? Dah tercabut entah ke mana sebab memang si kecil tak moh pakai baju tuh...Rimaslah mummy!!!Owh kecik hati si ibu perasan muda itu.Si kecil pula lebih suka hanya memakai pampers untuk mempermudahkan lagi pergerakan memanjatnya.
Tidur penuh gaya...Pernah tengok? Ini saya persembahkan tidur penuh bergaya setelah penat memantapkan skill memanjat dinding rumah.Kaki hendaklah disilangkan supaya nampak tidur-bergaya-ala-orang-kaya...Eh, saya betul-betul tidur tau!Sebab kamu tak nak pakai baju melayu yang mummy penat-penat jahit maka mummy publish gambar ini untuk tontonan umum...kehkehkeh mummy yang dengki khianat!


Sekian Cerita Bergambar di Hari Raya dari saya...
Next entry saya letak pulak Cerita Bergambar Gathering Raya di Hari Raya...berapa banyak raya daaaaaaaaaaa...


Gaya Si Comel Berbaju Raya

Pantun Merapu untuk Peraduan Gaya Si Comel Berbaju Raya.... oleh Eby Safiah

Mari semua dengar ini
Ada satu berita terkini
Mari cepat klik ke sini
Blog Babyibu kita terjahi

....Apa yang nak ditunggu lagi
....Masuklah contest yang Babyibu anjurkan ini
....Babyibu & Azzamoro tengah murah hati
....Nak bagi hadiah untuk ibu dan baby

Sudah canang sana sini
Sekarang saya pun mahu join sekali
Cuba saja tak adanya rugi
Hadiah hebat tidak terperi

....OK pantun merapu stop di sini
....Sebab nak list down hadiah yang tidak terperi
....Jangan lupa ya join sekali
....Tarikh tutup 31 Oktober tahun ini

Hadiah hebat tidak terperi
Rajin-rajinlah klik sendiri
BabyRuffkins
Gin and Jacqie
Myavenue888
Secret Bargains
Tote Boutique
Tupperwareville
Victoria'sSecretHeaven
Weego Bottle
My Superkids
eoeonline
sofeabebywear
Izzabakery
Mahanim



Ini penyertaan saya...
Nama Baby : Muhammad Irfan Haziq B. Muhammad Pauzi
Umur Baby : 1 tahun 4 bulan
Gud Luck Shayang...chaiyok! chaiyok!

Thursday, September 9, 2010

Owh Tragiknya...

Pagi ini 30 Ramadan...seperti biasa kami keluar bekerja di awal pagi...
Pukul 4.30 pagi herokecil sudahpun bangun nak ikut MR. Daddy keluar mencari sesuatu untuk dijadikan habuan bersahur sementara saya di rumah mula memenuhkan isipadu beg-besar-balik-kampung sebab petang ni kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung yang jaraknya berpuluh kangkang kera.

Saya pun mula memilihh baju untuk MR. Daddy...persalinan untuk herokecil dan...dan...dan...eh! saya baru perasan saya tak ada baju raya....
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Kenapa jadi macam nih? Kenapa boleh lupa beli baju raya sendiri...
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Owh Tragiknya...

Tak per-tak per...saya memujuk diri sendiri...
Andai itu takdirnya saya redha...owh hanya kerana tidak ada baju raya itu tidak bermakna saya tidak boleh merayakan aidilfitri yang mulia ini...

Siap sesi kemas-mengemas pakaian dan setelah berjaya memenuhkan isipadu beg-besar-balik-kampung dengan padatnya walau balik hanya tiga hari te.ta.pi! gaya balik kampung mesti ada...maklumlah orang ada kampung kata saya kepada MR. Daddy sambil angkat-angkat kening.

Pukul 7.00 pagi kami keluar untuk pergi kerja...bawa sekali beg-besar-balik-kampung yang berat macam penuh jongkong emas...owh indahnya kalau betul-betul penuh jongkong emas...sebab konon-kononnya habis kerja kami nak terus balik kampung...maklumlah orang ada kampung *sambil angkat-angkat kening jeling MR. Daddy*.

Dalam perjalanan ke opis memang lancar tanpa gangguan kecuali lopak-lopak jalan dan bonggol-bonggol yang sengaja dibina untuk memperlahankan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju-melulu-tak-ingat-mati serta traffic light yang cuma ada tiga warna tak meriah tu.

Sampai di opis sangat awal...dan semua orang yang berselisih dengan saya dari turun kereta sampai dekat meja opis asyik tanya soalan-sama-yang-tak-mencabar-minda:
"Eh, tak cuti lagi ke?"
"Eh, kerja lagi...esok kan raya."
"Eh, ada lagi?"
Owh tragiknya...
Salahkah saya seorang-pekerja-yang-berdedikasi-dan-berdisipllin-tinggi bekerja satu hari sebelum hari raya????
Salahkah? Salahkah? Salahkah?

Owh Tragiknya...

Wednesday, September 8, 2010

Burn Quran Day vs Syawal

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri...hari kemenangan selepas sebulan mengerjakan ibadah puasa...

Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini akan tiba lagi...cuma takut-takut kita sahaja yang tidak berkesempatan bertemu Ramadhan akan datang. Bukankah umur itu rahsia Allah...

Dan sempena raya yang bakal tiba ini juga mengundang kesayuan di hati saya dan kedua-dua belah keluarga. Raya ini raya pertama saya dan MR. Daddy menyambutnya tanpa insan yang kami panggil ayah dan abah.

Sedih tau! Yang tau tu...tau lah perasaannya macam mana...kan? kan? kan? Yang tak tahu tu...buat-buatlah tahu...Yea saya tahu mesti korang suruh saya bersabar...redha...yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup...Memang betullah tu. Cuma sebagai hamba-Nya yang kerdil saya tidak mungkin akan lepas dari merasakan perasaan kehilangan itu. Lebih-lebih lagi arwah ayah pergi tidak sampai sebulan sebelum umat Islam menyambut Ramadhan..Semoga Allah tempat arwah ayah dan abah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di Jannah-Nya.

Itu pasal Syawal, saya dan keluarga. Sekarang pasal Syawal, umat Islam dan 9/11. Korang ada terbaca tak artikel pasal "Burn Quran Day" yang diuar-uarkan akan diadakan pada 11/9/2010 yang konon-kononnya bagi memperingati mangsa-mangsa yang terbunuh ketika peristiwa runtuhan WTC dan kerana pembinaan masjid yang berdekatan dengan bangunan tersebut. Masya-Allah...

Tak tergambar dengan kata-kata ketika saya mendengar berita tersebut. Begitu dendamnya mereka dengan umat Islam sehingga sanggup memijak maruah kita dengan membakar kitab suci kita. Walau segelintir gereja menolak dan mengecam keras tindakan sebuah gereja berpusat di Florida ini tetapi hati saya tetap tidak dapat dipujuk. Saya rasa marah tetapi kemarahan itu tidak dapat dilepaskan.

Hanya kepada-Nya saya berdoa semoga Dia memalingkan hati-hati mereka yang membenci Islam. Tetapi saya juga tidak dapat 100% menyalahkan mereka yang membenci Islam. Kenapa? Kerana umat Islam sendiri dewasa ini sangat susah untuk menunjukkan ciri-ciri Islam yang sebenar. Mereka tidak dapat menunjukkan bahawa Islam itu menuntut kepada kebaikan, Islam itu untuk semua. Kadang-kadang saya lihat umat Islam sendiri mempersendakan agama mereka...Subhanallah...

Semoga dengan kedatangan Syawal kita semua akan sedar bahawa kita berada di akhir zaman..sementara mata masih jelik, mulut masih boleh mengunyah, tangan masih boleh berpegang-pegangan, kaki masih boleh melangkah...mohlah kita menyusi dosa...Semoga Dia menerima dan mengampuni kita.

Salam Aidilfitri dan mohon maaf atas keterlanjuran kata dan sikap saya...

Wednesday, September 1, 2010

Cuti Merdeka yang Tidak Produktif

Cuti Merdeka semalam, 31 Ogos 2010 kami sekeluarga tidak ke mana-mana pun. Tak larat sebab tak bangun sahur. Masa berbuka pun tak makan banyak sebab tak selera.

Jadi kami pakat-pakat dok kat umah jer...jimat juga duit dan tenaga. Lagipun nak bawa si herokecil ni keluar kena ada tenaga lebihan sebab si kecik kalau keluar saaaaaaaaaaaaangatlah lasak. Pegang itu-pergi sini-panjat sana-cuit sini....owh sungguh meletihkan. Bila ditegah mulalah dia mengeluarjan aura suaranya yang macam guruh berdentum tuh...memang sure satu psaraya akan toleh...

Dok kat umah pun tak delah kami goyang kaki sangat...kami menguruskan kerja-kerja pembungkusan batu berlian tampal yang diorder oleh pelanggan-pelanggan yang budiman.

Sekian, begitulah aktiviti yang tidak produktif kami di hari merdeka....