Wednesday, May 26, 2010

Cerita Dari Seorang Sahabat

Semalam...entah kenapa tiba-tiba saya terasa gatal hendak meng'YM' seorang sahabat saya
Bukannya sudah lama tidak bertukar kabar berita cuma dah agak lama tidak online bersama
Saya menghantar mesej pertama...
Hampir 15min saya menunggu baru mesej saya berjawab
Katanya dia sedang solat sewaktu mesej saya sampai menjenguknya.
Saya kerling jam pada skrin komputer
4.06p.m
A.PA? Solat zuhur pada waktu yang sebegitu lewat...
Saya tanya kenapa?
Jawabnya:
"Masalah dalaman..."
.
Dalam hati saya berkata kesian Y****
Kemudian saya bertanya:
"Dorang tak bagi ko sembahyang yea?"
Jawabnya:
"Tidak secara terang tetapi secara halus...namun motifnya tetap sama."
Kemudian dia menyambung lagi:
"Solat pun di bawah tangga sahaja...tempat orang lalu-lalang"
Tersentap saya mendengarnya...
.
Pejabatnya sebuah pejabat yang bernama...jika saya tuliskan di sini saya pasti setiap dari anda pasti mengenalinya tetapi lihatlah situasinya
Sebuah bilik kecil untuk kemudahan solat untk pekerja yang beragama Islam tidak mampu disediakan...
A.TAU
Sengaja tidak mahu menyediakan...
Kerana tidak mahu terus-terusan ditindas sahabat saya mengambil langkah terakhir:
BERHENTI KER.JA!!!
.
Kemudian kami sambung lagi bicara
Semuanya berkisar tentang kehidupan dan pekerjaan
Saya mengenali sahabat saya ini sudah lama
Sudah pun 10tahun...
Dia salah seorang sahabat yang pernah merasa suka duka bergelar pelajar dengan saya...
Tetapi hari ini apabila mendengar ceritanya saya jadi malu...
Malu pada diri saya sendiri
.
Dia melalui kehidupan yang lebih berliku dari saya...
Tetapi dia tabah menghadapinya
Perjuangannya tidak berhenti di satu takuk
Usaha...usaha...dan terus berusaha
Sedangkan saya?
Saya mendapat pekerjaan yang sangat terjamin...
Gaji yang masuk tetap pada tariknya setiap bulan
Bagaimana sesakpun ekonomi...bagaimana gawatpun ekonomi...
Gaji saya tidak pernah dipotong walaupun sesen...
Tetapi berapa kali saya bersyukur?
.
Saya sepatutnya bersyukur dua kali ganda daripada dia...
Ah...manusia seperti saya memang selalu terlupa
Kepada sahabat saya itu saya doakan yang terbaik buat kamu:
.
"Semoga Allah Yang Maha Agung mempermudahkan kamu dalam setiap urusan kamu...membukakan kamu pintu rezeki yang halal lagi berkat...dan melancarkan perjalanan kehidupan kamu..."
AMIN...
.
Sahabat hanya ini bantuan yang dapat saya beri buat kamu
.
.
.
K.A.M.I

Tuesday, May 25, 2010

Biru Mata Hitamku

n3 ini adalah merujuk kepada layout baru blog saya...
akhirnya berjaya juga saya menukarnya...
tetapi saya masih di dalam mood menyesuaikan diri dengan layout baru ini...
tetiba rasa layout yang colourful ini sepertinya sedikit semak dan sesak
sebab dah biasa dengan layout yang putih bersih lagi suci itu
kahkahkahkah
saya sebenarnya bercadang nak tukar sikit-sikit jer dengan mengekalkan warna asalnya iaitu putih bersih lagi suci
te.ta.pi seorang sahabat dengan lantangnya bersuara

"setakat tambah coloum apa kes nyah? baik tak payah tukar langsung buang karen ajer!"

cis tercabar sungguh saya dengan kata-katanya lantas terus saya menukar keseluruhan layout blog.
ha! hambek kau biru mata hitamku
mula-mula tu tangan nih gatal jer nak pilih yang colour pinky dinky do
tetapi sekali lagi sahabat yang bermulut ce.lo.par itu menegur

"warna pink? alah tak matinya ko kalau tak pilih warna pink tuh...tak habis-habis dengan pink."

wah-wah-wah sesedap rasa jer mengata warna kesukaanku ittew!
lalu saya pun dengan beraninya memilih tema yang langsung tidak ada kena-mengena dengan kaler pink.
walaupun sebenarnya di hati saya bagai disiat-siat melihat beberapa layout dalam warna pink
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak kaler pink
tetapi pantang tok nenek ku tidak menyahut cabaran....
jadi inilah dia hasilnya....
entah berapa lamalah gamaknya saya boleh bertahan dengan layout baru ini
kihkihkihkih

Note:layout credit for http://www.btheme.info



K.A.M.I

If I Can Turn Back Time

.
...I will stop
...I will help u
...I will
But if i just can turn back time...but I know I can't
I do regret but what else can I do...
Really really sorry

****** ("_) ******

I just can pray for u

" Ya Allah Kau selamatkanlah Dia...Lindungi dia...Pelihara Dia...
Kau kurangkanlah kesakitannya...Kau permudahkanlah urusannya...
Kau ringankanlah beban tanggungannya...Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pelihara dan lindungi hamba-Mu itu..."


Note: Doa untuk seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja awal pagi tadi.
.
.
.
K.A.M.I

Monday, May 24, 2010

Perginya Tak Kembali

.
Pagi tadi ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja saya menerima panggilan daripada ibu di kampung.
Berderau juga hati saya bila melihat nama yang tertera "mama"
Pasti ada berita mendukacitakan.
Seorang ibu tidak akan menghubungi anaknya di awal pagi semata-mata untuk bergelak ketawa...
Hanya berita buruk yang akan disegerakan
Dan anggapanku benar belaka...
Seorang adik sepupu saya telah pergi dijemput Ilahi...
Perginya tidak akan kembali
Daripada Allah kita datang...kepada Allah kita kembali...
Al-Fatihah
.
.
.
K.A.M.I

Kecewa!!!!!!!!

.
Apabila hasrat untuk memasang air-cond yang sepatutnya berjalan pada petang semalam terpaksa dibatalkan.
Kenapa?
Kerana pok cik guard tak bagi itu workers masuk...
Kalao itu workers sudah tak boley masuk camana kekdahnya air-cond nak pasang?
Kenapa pok cik guard tak bagi masuk?
Kerana pok cik guard kata itu undang-undang apartment nih...
Setiap hari Sabtu dan ahad dilarang melakukan kerja pasang dan buka dan segala macam kerja-kerja renovation kerna akan menggangu-gugat penghunis yang lain.
Chait!
Waktu dorang pasang sampai tengah malam buta sampai anak aku tak boleh tidur hangpa bagi!
Tapi waktu aku nak pasang hangpa tahan itu lori!
Diskriminasi kaum!!!
Tak pa! Tak pa!
Hangpa tunggu...
Sat lagi esok lusa kalau aku dengar hangpa buat kerja hari Sabtu ka...hari Ahad ka...Siap hangpa aku tempik!
Kalo hangpa tak mau dengar aku calaq kereta hangpa
Ha ha ha ha ha...Kasi pueh hati aku...
Hangpa jangan main-main dengan aku...
Kesimpulan hari ini terpaksalah Mr. Daddy bercoti sebab nak jaga itu workers pasang air-cond...
Mula-mula nak suruh pok cik guard tu jer yang jaga tapi biasalah aku...
CE.RE.WET!!!
Alah nanti dorang masuk pakai kasut!
Nanti dorang guna toilet suka-suka hati jer!
Nanti dorang itu-nanti dorang ini!
Penyudahnya...

"OKlah OKlah abang cuti pantau dorang buat kerja." Kata MR. Daddy dengan rela hatinya.

Nota: Selagi air-cond tu belum dapat berfungsi selagi itu juga hati saya masih panas...
.
.
.
K.A.M.I

Sunday, May 23, 2010

Hari Minggu Yang Mengujakan


Kenapa?
Saja suka-suka nak kata macam tu...
Hari minggu ni jadi seronok sebab K.A.M.I dapat menghabiskan masa bersama-sama tiga beranak...
Lepas tuh lagi malam semalam K.A.M.I pergi beli air-cond
Finally...kahkahkahkah
Dah bertahun asyik sebut aja nak beli air-cond nak beli air-cond
Akhirnya malam tadi tersinggah juga membelinya...
Thank you MR. Daddy

So mulai malam ni herokecil tidur tidak lagi kepanasan...MR. Daddy juga...

*************************************

Apa lagi yang menarik pada hari minggu K.A.M.I???

Apa lagi kalau bukan sesi kemas-mengemas rumah.....

.

.

K.A.M.I

Friday, May 21, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian

.
Hari ini 21 Mei 2010 MR. Daddy coming home!
Yea...yea...yea...yea
Sukenya sukenya
Oops over excited lah pulok
Tapi memang happy wooooo...
Pagi tadi pun masa hantar itu herokecil ke rumah baby-sitter dia tak cry macam selalu
Sempatlah mummy pesan kat dia
"Sayang today daddy coming home so this evening he will be with us so Irfan don't cry anymore ok!"
Bulat aja mata herokecil pandang mummy...macam faham.
Hasilnya herokecil tak menangis bila hantar rumah baby-sitter
Good boy. That's my son!
.
Sebenarnya walaupun MR. Daddy out-station tak jauh mana...setakat sekangkang kera tapi sebab MR. Daddy kena overnight tapi ia tetap memberi kesan rindu pada mummy
Actually K.A.M.I jarang ke mana-mana sendirian melainkan dalam mode terpaksa.
Dolu masa sebelum ada herokecil mana MR. Daddy pergi mummy ikut...
Mana mummy pergi MR. Daddy pun pasti ada
I will follow you....follow you
Tapi lepas dah ada herokecil ni payahlah sikit
Tapi apa pun MR. Daddy pulang hari ini....
.
Note: Mode mummy gembira sebab sudah ada kawan untuk passing batton a.k.a herokecil (",)
.
.
.
.
K.A.M.I

Thursday, May 20, 2010

Bila Kucing Tiada

.
...tikus akan menari cha cha
Cha cha cha cha cha
Yea kucing di office saya tak ada...
Jadi si tikus-tikus menari dengan penuh bergaya
(termasuklah saya...hahahahahahaha)
Siapa kucing?
Siapa pula tikusnya?
Faham-faham sendirilah yea...
Saya intai komputer meja sebelah...
Tengah layan youtube....
Ya.....yab-ba yab-ba enjoy sakan nampak!
Saya intai komputer meja belakang...
Tengah layan facebook...
Ya...rajin sungguh berkebun dan bercucuk tanam yea...
Tapi
.
.
.
.
.
.
.
Kerja tetap jalan babe..!
E-hem! e-hem!
Jalan ker?
LU PIKIRLAH SENDIRI!
.
.
.
.
K.A.M.I

Malam Pertama yang Berjaya

.
.
Ha-ha! Apa yang kome sumer pikior tuh?
Asal teman sebut aja malam pertama tak der ke lain ler yang kome pikior kan kan?
Yang bebenornya teman bercakap pasal malam pertama teman tinggai berdua dengan herokecil sebab MR. Daddy outstation.
Mujur sesangat malam tadi herokecil tak buat perangai...
Sangat sangat baik
3G call dengan MR. Daddy
Bagi dia makan
Main-main kasi dia letih
Nenen...terus tidur
Lepas tu ada tiga kali dia bangun menyusu tapi mata tak buka...
Kiranya mummy pun tidur lena jugaklah malam tadi...
Tapi macam biasalah mummy tak boleh ke mana-mana...
Kalau nak ke mana-mana juga kena bawa dia
hatta ke tandas sekalipun.
Letak dia depan pintu tandas, tutup pintu jangan kunci
Tutup pun jangan rapat-rapat sangat sambil panggil nama dia
Boleh bayangkan?
Toksah bayanglah...
BURUK!!!
Sembahyang pun kena letak dia depan sejadah
Masak?
Hmmm...apa lagi melekat kat pingganglah jawabnya.
Gitulah kisahnya malam pertama mummy tinggal berdua dengan itu herokecil...
Pagi tadi hantar rumah baby-sitter nangis
Sian jugak tapi nak buat macam mana terpaksa kuatkan juga hati
Malam ni sekali lagi berdua dengan herokecil...
Semoga malam ini herokecil baik-baik juga macam semalam.
.
.
.
.
K.A.M.I

Wednesday, May 19, 2010

Berdua Lebih Baik

A.P.A.K.A.H???
Tidak! Tidak! Tolonglah jangan menyangka yang bukan-bukan...
Sebenarnya bermula malam ini mummy akan tinggal berdua sahaja dengan herokecil sebab our MR. Daddy kena bekerja di luar daerah...
Di Shah Alam
Chait!!!
Luar daerah lah sesangat...
MR. Daddy kena overninght kat sana selama 3hari 2malam
so.....
tinggallah mummy melayan kerenah si herokecil sengsorang
Ya Ampun semoga itu herokecil tidak buat perangai
Herokecil bila dengan mummy agak manja sikit (manja banyak kata MR. Daddy)
So mummy kena bersedia dari segi mental dan fizikal
Yang paling mummy risaukan ialah nak bawa dia naik kereta...
Sebab herokecil ini memang sangat-sangat tak pandai duduk diam dalam kereta...
Ada sahaja aktiviti yang mencabar fizikal hendak dibuatnya
Semoga herokecil duduk tenang dalam baby-sit dia
Kalau tak haruslah mummy bersilat sambil memandu
So kalau ada sesiapa yang nampak seorang wanita yang anggung bekerjaya bersilat di dalam kereta sila-silalah faham yea.....
Chai-yok! Chai-yok!
.
.
.
.
K.A.M.I

Tuesday, May 18, 2010

Pada Tarikh Ini...

Termetrinya sebuah janji
Terikat satu kata
Tertunai satu hajat
Terlaksana satu impian
.
Seorang anak Adam disatukan dengan 'hawanya'
"Aku terima nikahnya si comel binti si handsome dengan mas kahwinnya RM80.00....Tunai!"
"Sah?"
"Sah"!
"Sah"!
"Sah"!
"Alhamdulillah..."
.
Kini dua tahun sudah mereka melayari rumahtangga...
Walau kadang-kadang ribut melanda...
Walau kadang-kadang taufan membadai...
Walau kadang-kadang tsunami menghempas...
Tetapi alhamdulillah kehidupan mereka masih disulami senyum dan tawa...
Diindahkan dengan gurau dan senda...
Diserikan dengan rajuk dan manja...
Semoga kebahagiaan ini berkekalan...
Amiin
.
"Happy Anniversary 2 Years to Mummy and Daddy"



K.A.M.I

Sunday, May 16, 2010

Hujung Minggu...

Apa K.A.M.I buat sepanjang cuti sabtu-ahad kali ini?
(Sebenarnya K.A.M.I dah start coti dari hari Jumaat lagi sebab mummy demam...!)
Tak ada apa K.A.M.I balik kampung hantar komputer...selebihnya biasa-biasa aja
Cuma si herokecil sekarang makin ligat dan bertenaga...
Ada aja kerja yang nak dibuatnya...
Letih melayan kerenah herokecil ittew...
Tapi tetap seronok...
So layanzlah gambar yang sempat mummy candid...


Satu aksi posing maut dari herokecil





Inilah aktiviti kesukaan herokecil sekarang...memanjat!


Aksi budget comel herokecil



Tunggu wan dalam kereta


Berusaha mengeluarkan tangan yang hilang 'sebelah'




K.A.M.I

Thursday, May 13, 2010

Bila Hatiku Panas Membara-bara

Wah...Tajuk macam ada yang tak kena jer
Memang ia
Panas membahang di mana-mana
Aduh tak tahu dah mana nak mula
.
.
Saya tahu kita semua tak perfect mana
Tapi janganlah tunjuk dekat semua
Yang awak tu perangai tak semenggah mana
Apa? Tak rasa malu ke orang jeling sini jeling sana
.
.
Kalau muda mungkinlah ada maafnya
Tapi ini sudah separuh usia
Tak kan tak reti-reti lagi dosa pahala?
Mengajar yang muda mengumpat mengata
.
.
Kalau ia pun tak ada segan tak ada silunya
Hormatlah orang lain di sekeliling kita
Apa? Ingat semua orang suka nak dengar awak mengumpat mengata
Tak koser kak non! Dosa lama dah berkotak-kotak beratnya
.
.
Seronok sangat yea dapat mengumpat mengata
Tak fikir ker perasaan orang yang maruahnya dijaja
Macam mana kalau jadi dekat keluarga kita
Sana sini orang dok mengata
.
.
Kalau rasa orang tu ada yang tak kena
Tak boleh ker tegur baik-baik kat dia
Kalau tak nak dengar tak apa
Kita doakan untuk dia...bukan kepoh sini sana
Tolong yea...
.
.
.
.
.
pssst...kalau ada yang terasa mohon maaf yea...tak berniat nak menghina cuma sebagai iktibar kita bersama
.
.
.
.
.
.
K.A.M.I

Kecut Perut

Kecut mecut perut saya nengok badminton malam tadi...
Walau mulut kata tidak mahu meletakkan harapan tapi hati keras menidakkan...
Saya mahu MALAYSIA menang!
Walau dengan apa cara sekalipun
Kalian harus menang untuk menebus kekalahan terhadap JEPUN...
Setiap kali bulu tangkis dipukul mulut saya melopong!
Setiap kali bulu tangkis dismash tajam saya terlolong!
Naik takut anak saya..!
Apo nak buek anakku ibumu berjiwa patriotik! Ceh! Konon.
Kadang-kadang saya jadi pengulas sukan...
"mereka bermain di net...saya jangka bila ada peluang player kita akan membuat smash tajam...dia tak boleh buat silap...corak permainan sekarang kena bertahan"
Gaya macam hebat jer..!
Kadang-kadang saya jadi jurulatih pula...
"jangan bagi bola tanggung sebab dia tinggi...smash mesti tajam...jangan hilang tumpuan"
El-leh macam pandai sangat jer..!
Tapi itulah semangat juang.
Saya ucapkan tahniah kepada player-player badminton negara kerana telah berusaha sehabis baik.
Saya pasti kalau tidak banyak sedikit pasti ada rasa gentar musuh dengan player kita.
Go MALAYSIA Go! Go MALAYSIA Go!

...oleh itu usahalah sekudrat tenaga supaya kita tak menyesal apa-apa.. pic google

Esok...kita akan bertemu CHINA yang saya kira sebagai musuh tradisi kita dalam arena badminton negara...
Tak menang tak apa tapi semangat juang harus tinggi dan membara...
Bukankah kita harimau Malaya...
Kasi pulun sehabis nyawa...
Biar mereka ingat kita sampai bila-bila...


Nota: Esok sekali lagi jantung saya pasti hampir pecah nengok badminton nih!




K.A.M.I

Wednesday, May 12, 2010

Rock Climbing...

Hobby baru?
>>BUKAN!
.
.
Berminat?
>>BUKAN!
.
.
Sekadar nak tahu?
>>BUKAN!
.
.
Habis tu?
Rock Climbing nih sukan baru herokecil...
Tak percaya...
Percayalahhhhhhhhhhhhhhhh kata Dato' Siti
.
.
Sungguh anak saya dah menunjukkan minat dalam Rock Climbing
Tapi sebab kat umah saya belum ada lagi itu Rock yang boleh di climbing so...
Herokecil tukar jadi....
Mummy's Table Climbing
.
.
.
.
.
.
.
Apa nak jadi ni anakku..? Baka siapa yang suka panjat memanjat nih..? Isk...isk...isk
.
.
.
K.A.M.I

Kepalaku Mereng..!

Aduh..! Sakit kepalaku...
Migrain!!!!!!! Datang semula
Tapi saya bukan migrain sebab badminton kita kalah dengan Jepun tau...
Itu tidak ada kena-mengena
Tapi hatiku tetap sakit juga...
Boleh kalah..?
Hello player kita semua berada pada rangking yang lebih tinggi daripada player Jepun tapi KALAH!!!
Mak tak boleh terima kenyataan dek non!
Sungguh menekan jiwa dan perasaan...
Eh..! Apa kes nih...dah terkeluar tajuk
Ok...ok saya migrain dari semalam sampai malam tadi...
Memang tak ingat berdenyut-denyut...
Ngap..ngap...ngap
Telan panadol dua biji...tidur...
Tapi itu si herokecil pula tak moh tidur...
Aduyai...kenapa anakku comel..?
Penat ditimang-timang...didodoi-dodoi...masih juga membulat matanya...
Adakah kerana batukmu itu anakku?
Akhirnya tepat pukul 12.47 a.m tidurlah sudah si herokecil...
Sampai ke pagi...terjaga sebab dengar alarm saya...
Yang sayanya masih lena diulit intan...
Kahkahkahkah Tak guna punya mummy...



K.A.M.I

Saturday, May 8, 2010

Today's Planning

Tak ada planning gah pun...
Saja ayat kasi gah!
Hari ni K.A.M.I rancang nak balik KL umah mak...
Dah lama tak balik
So...lepas ni terus kemas baju-kemas beg-kemas herokecil...

Selamat berhari minggu u'lls

K.A.M.I

Friday, May 7, 2010

The Birthday Mummy


Today is my Birthday...
So Happy Birthday to me...
Owh wanna know my age?
No problem...
I'm 19years old.
Kahkahkahkah
19? Dreaming huh?
Ok the truth is plus another 10 years...
Wal-lah! I'm matured enough...
So I hope my dream will come true...
Chai-yok! chai-yok!



K.A.M.I

Thursday, May 6, 2010

Herokecil Memang Hero!

Malam tadi pukul 9.30 mlm herokecil dah tidur...
Ngantuk sangat kot!
Masa pergi Tesco petang tu pun mata herokecil dah separuh jer yang terbuka...
Balik rumah-makan-tidur.
Time check : 9.30 p.m
OK...bila herokecil sudah tidur mummy pun sudah boleh luruskan badan.
MR. Daddy macam biasa memasak...
Kelentang-kelentung dekat dapur...
Lantaklah! Asal makan tak sakit perut...
Time check : 9.50 p.m
Mummy dalam bilik komputer a.k.a bilik kerja
Buatlah apa-apa yang patut dan tak berapa nak patut
Pastu makan dengan MR. Daddy
Siap makan MR. daddy mandi-tidur!
Time check : 10.30 p.m
Mummy pulak lepas makan-gosok baju-mandi-solat
Sebelum mandi basuh dulu baju herokecil
Selesai solat baru mummy tidur.
Time check : 12.05 a.m
Tengah nyenyak tidur mummy terasa ada sesuatu yang berat menghempap mummy...
A.P.A.K.A.H???
YA ALLAH!!! Herokecil...
Dia bantai jadikan mummy menatang tunggangan lah pulok...
Terus bulat mata mummy
Yang si herokecil tersengih-sengih...
Seronok lah tuh!
Time check : 4.00 a.m
Waaaaaaaaaaaaaaaa 4 jam jerr mummy dapat tidur..!
Herokecil memang hero...
K.A.M.I

Tuesday, May 4, 2010

Siapa Yang Benar...Siapa Yang Salah?

Kes remaja ditembak mati polis itu masih hangat didebatkan...

Sebelah pihak mengatakan remaja itu mangsa kekejaman pihak polis yang salah guna kuasa...
Sebelah pihak lagi mengatakan remaja itu sendiri yang mencari sebab...
Saya? Anda rasa di pihak yang mana..?

Saya ibarat seorang hakim...ibarat saja okeh!
Saya tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak.
Tidak kepada remaja tersebut mahupun abe-abe polis berkenaan...

Cuma...
Ha! Ada cumanya tuh!
Cuma saya terfikir dari sudut hati yang paling dalam...e-ce-ceh...macam bagus jer...
Kehkehkehkeh

Saya terfikir macam mana ibu dan bapa remaja ini memberi keizinan kepada anak mereka yang masih di bawah umur...tidak berlesen...memandu sebuah kereta dan menumpangkan pula seorang rakan...Tang situ jer kita dah tahu salah! Lepas tu bila ditahan peronda polis...disuruh berhenti...lari! Biasanya orang yang macam mana yang lari dari polis nih? Orang yang bersalah kan? kan? kan?

Lepas tu yang abe-abe polis pong awatnya hangpa tembak budak tuh! Adui-ai kan dah jadi kes besaq lagi terhangat di pasaran..! Yang saya tahu polis hanya dibenarkan menembak jika mereka berada di dalam keadaan terancam dan tembakan pula haruslah tidak melepasi paras pinggang pesalah...dalam kata lain tembakan tidak membunuh pesalah sebaliknya hanya mencederakan tetapi pesalah boleh ditembak mati jika masih menggugat nyawa abe polis...kiranya mereka hanya mempertahankan diri. Pun kena jugak buat laporan bertulis (sila betulkan saya jika saya salah..! Info: diberi oleh seorang rakan yang bertugas sebagai anggota polis)

Jadik siapa yang salah? Mereka dan keluarga mereka atau mereka dan keluarga mereka jugak...
Sila jangan salah faham okeh! Seperti saya katakan awal-awal tadi saya tidak akan memihak kepada mana-mana side...kiri tidak kanan pun tidak biar saya duduk di atas pagar walaupun pagar itu bergoyang-goyang...apa kes?

Anda fikir-fikirkanlah tetapi suka saya ingatkan jangan menghukum..! Kita tidak berhak.

Nota: Isu di atas adalah isu sensitif...Sila jaga ayat-ayat berbisa anda.


K.A.M.I

Monday, May 3, 2010

Menu Pilihan K.A.M.I

Hai kakak-kakak, adik-adik, mak cik-mak cik di luar sana....
Hari ni K.A.M.I nak anda menjamu mata dengan menu-menu yang berjaya menjadi pilihan hati K.A.M.I sepanjang dua minggu lepas...
Okeh! Cakap banyak pun tak guna jom layanz gambar buat mencuci mata...
No. 1 : Sambal Ikan bilis campur petai...
Cubalah kalau berani
No. 2 : Ikan Bawal Masak Sambal
Asyik-asyik sweet-sour jer...sesekali kita ubah selera

No. 3 : Menu pelbagai
Jom kita zoom satu-persatu

3 (a) : Ayam Masak Kunyit

Mula-mula diperkenalkan dengan menu di masa di Johor

3 (b) : Sayur Kacang Panjang goreng Bertelur

Mesti korang dah biasakan...

3 (c) : Telur Dadar black paper
Ini memang antara menu wajib ada....yang ado!


3 (d) : Sup ayam K.A.M.I's style

Memang yummy-yummy kata MR. Daddy


No. 4 : Ayam Paprick
Ini mummy punya favorite! I likeeee!

No. 5 : Ayam Black Papper

Ini MR. Daddy punya favorite...plus Mr. Daddy juga yang masak! Kelas kan..?


No. 6 : Kari ayam Bila K.A.M.I teringin baru K.A.M.I masak

No. 7 : Ayam Masak Lomak Cili Api + Jus Durian Belanda
Cakap banyak pun tak guna...nak tau try lah!


No. 8 : Mee Sup + Milo Ais

Mr. Daddy punya air tangan...bila mummy request...

Inilah antara menu-menu pilihan K.A.M.I....

Insya-Allah akan datang K.A.M.I bawa pula menu yang lain untuk tatapan mata anda jua adanya...

K.A.M.I

Rentetan Hari Minggu K.A.M.I

Hujung minggu yang barau berlalu (01.05.10 - 02.05.10) K.A.M.I sekeluarga pulang ke kampung wan di Rembau. Wan ialah nenek kepada mummy...



K.A.M.I bertolak lebih kurang pukul 8.00 a.m dan tiba di kampung wan lebih kurang pukul 10.00 a.m. MR. Daddy bawa kereta pun tak laju sangat sebab itu herokecil sudah tidur. Takut kalau kereta terhentak terlalu kuat nanti terjaga pula herokecil itu...



Owh lupa nak bagitau kenapa K.A.M.I pulang ke kampung. Wan buat family day...lebih kepada keluarga belah wan lah. Ramai yang K.A.M.I tak kenal pun. Tapi itu jugalah sebab utama K.A.M.I pulang...nak berkenal-kenalan....



Tapi yang sedihnya family day ni macam tak berapa menjadi. Kata Pak Ngah Zin saya yang organized ni orang-orang lama so susun atur acaranya tak berapa menjadi..Moral of the story keluarga yang saya tak kenal tetap saya tak kenal...



Mhuah hahahahaha...



Layanz lah beberapa keping gambar yang sempat saya snap untuk tatapan saya jua adanya...


Herokecil tidur dalam perjalanan...mummy terpaksa mengecilkan badan


Wah...wah...enjoy ya kamu bermain di rumah onyang...


Majlis berendoi dan cukur jambul anak sepupu saya yang saya tak kenal sebenarnya...
Nota: Kalau ada antara mereka ni yang saya langgar di tepi jalan kompom bergaduh!
K.A.M.I