Saya memang sangat suka menjahit.
I mean SAAAAAAAAAAAAAAAANGAT suka!
Saya start menjahit baju saya sendiri masa umur 13 tahun.
Form 1.
Kembang kuncup lubang hidung bila menjadi baju yang dijahit tu.
First baju yang saya jahit adalah baju sekolah saya sendiri.
Kain cotton putih mak saya yang saya kerjakan.
Dan itulah pertama kali saya beranikan diri gunting dan jahit baju tanpa tunjuk ajar sesiapa.
Ya, tanpa tunjuk ajar.
Saya belajar secara tidak proper.
Which is tengok-tengok IBU buat.
Alhamdulillah saya ada bakat menjahit.
Then saya terus mengasah bakat yang ada.
Skill ni kadang-kadang pandai luntur kalau kita tak guna sebaiknya.
Masa mula-mula habis belajar, dok umah sewa sebab kerja saya angkut mesin jahit IBU yang old school punya tu.
Dahlah heavy, manual ko!
Tapi tetaplah gigih sebab nak juga menjahit.
Lepas kahwin masih lagi pakai mesin jahit lama tu.
Sampailah dapat anak sorang.
MR. Daddy dah lama pujuk beli mesin jahit yang baru.
Tapi entah kenapa nak juga guna yang lama tu.
Sentimental value, mungkin.
Sampailah satu hari, jari Irfan hampir tersepit dekat jejari mesin jahit tu.
Barulah ku insaf, mahu beli yang baru.
Then MR. Daddy tolong carikan mesin jahit yang sesuai dengan saya.
Jumpalah jenama Singer ni.
|
Traditional: Model 2259 |
Since dah ada yang sudi belikan, haruslah kita bersyukur.
Tapi MR. Daddy tak beli ini sebijik.
Dia belikan juga dengan mesin jahit tepi.
So senanglah saya.
Lepas potong kain tak payah dah nak hegeh-hegeh cari kedai nak jahit tepi.
Tapi ini bukan mesin jahit heavy duty.
So hanya kain yang ringan-ringan sahaja yang sesuai.
Kalau buat jahit kain yang keras, kasar dan tebal haruslah cepat jahanam mesin ku.
Kalau nak tanya pasal ketahanan, bagi saya terpulang lah kepada kita yang menggunakannya.
So far dah setahun saya gunakan mesin ni.
Alhamdulillah masih setia berkhidmat.
Saya kerap guna, so sebulan sekali saya akan letak minyak supaya gear dalamannya tak haus/kering.
Dan sekarang tengah mengidam nak tambah lagi koleksi mesin jahit saya ni.
Ada dua bijik lagi yang menjadi idaman kalbu.
Yang menyebabkan tidur malam ku tidak lena....