Tuesday, February 21, 2012

Demi Tugas


Si kenit Irfan Haziq tidak sihat.
Demam daripada hari Jumaat.
Badannya sekejap panas sekejap sejuk.
Daripada hari Jumaat jugalah saya tidak bekerja.
Menemani dia di rumah.

Irfan Haziq ni walaupun demam dia tetap cergas.
Masih mampu bermain.
Berlari ke sini ke sana.
Masih kuat untuk membuatkan rumah seperti dilanggar garuda.
Cuma manjanya sahaja berlebihan sedikit.

Bila menyusu, mahukan saya memegang botolnya.
Bila tidur, mahukan saya membuainya.
Bila mandi, mahu saya yang menemaninya.

Tetapi hari ini saya dipanggil bertugas.
Ada kerja yang harus dilangsaikan setelah dua hari mengambil cuti kecemasan.
MR. Daddy yang menemani IRfan di rumah.

Kata MR. Daddy celik jer mata, dia dah cari saya.
Minta daddy menghubungi saya.
Sebaik sahaja menjawab panggilan telefon air matanya terus laju menitik.
Menangis minta saya buatkan susu untuknya.

Runtun sebenarnya rasa hati bila mendengar tangisan dia.
Lebih-lebih lagi dia dalam keadaan tidak sihat.
Tetapi saya terpaksa...

Semoga anak mami Irfan Haziq cepat sembuh.
Kembali sihat dan ceria seperti selalunya.


Friday, February 17, 2012

Susah Sangat ke?


*Tazkirah untuk diri sendiri*

Mengapa dalam mencapai impian dan cita-cita aku berkeras untuk berjaya?
Mungkin sebab hasilnya nampak nyata dan membahagiakan.

Mengapa dalam mengejar keinginan dunia aku mampu mendisiplinkan diri?
Mungkin sebab aku tahu akhirnya manis-manis belaka.

Mengapa untuk menjadi seorang yang berjaya aku tegas berusaha?
Mungkin sebab aku boleh lihat bayangan kesenangan.

TE.TA.PI

Mengapa dalam menyempurnakan suruhan DIA
aku tidak berkeras untuk berjaya
aku tidak mampu mendisiplinkan diri
aku tidak bertegas untuk berusaha

Sedangkan DIA sudah berjanji
ada balasan di setiap perbuatan ku
ada kemanisan di setiap usahaku
ada kebaikan di setiap amalanku

Malunya aku
Tunduk kepada nafsu sendiri

Semoga selepas ini
aku dapat mendisiplinkan diri untuk keperluan duniawi dan bekalan di negeri abadi
aku dapat berusaha untuk mencapai cita-cita dunia dan impian di tempat kembali
aku dapat bekerja keras untuk kemudahan di dunia dan kesenangan di sana nanti


Monday, February 6, 2012

Heartstring [KOREAN Drama]


Title: 넌 내게 반했어 (Neon Naege Banhaesseo) / You’ve Fallen for Me
Also Known as: Falling in Love / Heartstrings
Previously known as: 페스티벌 / Festival
Genre: Romance, music
Episodes: 15 + 1 Special

See, saya highlight tang genre.
Sebab apa?
Saya sebenarnya saaaaaaaaaaaaaaaangat jarang tonton drama korea kalau genrenya bukan romantic comedy atau comedy.
But this one I in.

Selalunya kalau genre romance ni banyak sangat adegan ayaq mata.
Letih wooooooooooooo nak tengok.
Sat-sat nangis...sat-sat nangis.
Tapi yang ni ok.
Babak-babak berendam air mata memang sangat minima dan berada di tempat yang betul.

Sinopsis

Cerita cinta remaja dalam alam kolej (mesti korangpun banyak pengalaman macam ni). Tentang Lee Shin (Jung Yong Hwa) yang sangat mencintai muzik moden. Lee Shin berpewatakan cool dan tidak meminati apa-apa selain muzik. Dalam masa yang sama dia jatuh cinta kepada seorang pensyarah tarian di kolejnya.

Lee Gyu Won (Park Shin Hye) mempelajari seni muzik tradisional di kolej yang sama di mana Lee Shin belajar. Mereka sama-sama meminati muzik walau dalam genre yang berbeza. Namun skop kehidupan Gyu Won hanya tertumpu kepada kehidupan di rumah bersama datuknya dan di kolej dengan muzik tradisionalnya.

Namun kedua-dua mereka dipertemukan secara tidak langsung oleh beberapa insiden. Hari demi hari mereka menjadi rapat dan intim akhirnya jatuh cinta. Halangan cinta mereka tidak berkisar tentang orang ketiga mahupun cinta antara dua darjat. Ianya lebih kepada sikap egois masing-masing dan sikap ingin melindungi antara satu sama lain (which i can say more to a real life, where some of us facing the same problem due their puppy love).

They look cute together

Seeeeeee...cute and look good, huh?
Cast

Jung Yong Hwa as Lee Shin
Park Shin Hye as Lee Kyu Won
Song Chang Ui as Kim Suk Hyun
So Yi Hyun as Jung Yoon Soo
Woo Ri as Han Hee Joo
Kang Min Hyuk as Yeo Joon
Lee Hyun Jin as Hyun Ki Young
Im Se Mi as Cha Bo Woon

Extra

*Kang Min Hyuk dan Jung Yong Hwa menganggotai kumpulan muzik yang sama iaitu CNBlue yang bergenre rock, alternatif rock di mana Yonghwa adalah vocalist dan Minhyuk adalah drummer (watak yang sama yang dibawa di dalam drama heartstring)
*Jung Yong Hwa dan Park Shin Hye pernah berlakon bersama di dalam drama You're Beautiful di mana cintanya ditolak oleh Minam di dalam drama tersebut.
*Song Se Hyun yang memegang watak sebagai bassist untuk kumpulan The Stupid dalam drama ini merupakan adik kepada pelakon Song Seung Hun.
*Oh Won Bin yang berlakon sebagai guitarist The Stupid adalah former member kepada kumpulan k-pop FT Island.


credit kepada: koreandrama


Friday, February 3, 2012

Tazkirah: Note for Self


Everything happens for a reason...EVERYTHING!




Akhir tahun lepas saya ada apply untuk further study.
Dan semalam keputusannya telah diterima.




Alhamdulillah saya diterima.
Namun...
Masih ada halangannya.


Sedih?????
Pastilah.
Ini impian saya lama dahulu.


Bila masanya telah tiba, ada halangan yang menanti saya.
Saya masih ada 3minggu untuk menyelesaikannya.


Saya akan berusaha.
Jika ALLAH izinkan saya pasti mencapai impian saya.
PASTI!!!!

Namun jika ALLAH berkehendakkan TIDAK, sekuat manapun usaha saya pasti saya tidak mampu melaluinya.

Kadang-kadang....
Apa yang kita mahukan BUKANlah yang terbaik buat kita.

Dan kadang-kadang...
Apa yang kita tidak mahu itulah yang TERBAIK untuk kita.

Bukankah DIA PENENTU YANG TERBAIK.
Bukankah DIA PERANCANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL.

Saya sedang belajar berlapang dada.
Saya sedang belajar menerima seadanya.
Saya sedang belajar SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAH YANG TERSELINDUNG DISEBALIKYA...


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”- Surah al-Baqarah ayat 216


...Dan ini adalah janji ALLAH.
JANJI ALLAH ITU PASTI!!!