Monday, May 9, 2011

Tak Senang Nak Jadi Penulis

Serius tak ada idea langsung nak menulis sejak minggu lepas.
Entry yang ada tu pun sebab kebetulan birthday mami dan pemberitahuan perkara tentang study.
Kalau tak ada benda-benda tu memang tak ber'entry' barulah blog ni.

Walaupun blog ini diwujudkan sebagai ganti luahan hati tapi tak senang juga sebenarnya nak menulis.
Tulis memang boleh tulis.
Tapi kadang-kadang dalam penulisan juga harus ada border line-nya.
Tak boleh semua benda nak tulis.
Aib dan keburukan orang tak boleh tulis.
Masalah peribadi dan rumahtangga pun tak mahu tulis juga.

Sebolehnya mami cuba untuk tulis benda yang kalau tidak banyak sedikit pun jadilah untuk dijadikan panduan.
Kalau tidak kepada orang lain kepada diri sendiri.
Maklumlah kita ni manusia kadang-kadang terlupa.
Bila terlupa tu, ada masanya baca balik apa yang pernah ditulis di sini ia mengingatkan mami.

Kadang-kadang idea banyak.
Tapi dek sebab terlalu banyak sampai tak tertulis juga.
Ish...ish...banyak betul alasan.

Tapi itulah hakikatnya...
Tak mudah sebebnarnya nak menulis nih.


No comments: