♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
*Ehem ehem*
Hari ini dengan rasminya mami turn to 30.
Wah reveal umur nih...
Yeap...umur tu kan hanya angka.
Sekurang-kurangnya ia mengingatkan mami bahawa kematian semakin hampir.
Tahun ini Allah pinjamkan umur kepada mami.
Semoga dengan umur yang dipinjamkan ini mami lebih banyak mengingati-Nya.
Mensyukuri nikmat-nikmatNya.
Masuk 30tahun bermakna mami telah meninggalkan era 20-an
Mami termenung dan berfikir.
Apa yang mami telah capai sepanjang 30 tahun hidup ini.
Apa yang mami kesalkan.
Apa yang mami dah dapat.
Apa yang mami belum dapat.
Actually tak ada apa yang perlu mami kesalkan.
Sebab semua yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali.
Hanya mami boleh mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna di hari depan.
29 tahun...
Mami belajar banyak perkara...
Di sekolah rasmi, universiti, alam pekerjaan, kekeluargaan, keibubapaan dan sepanjang perjalanan kehidupan.
Mami menangis, ketawa, berkongsi, buat salah, minta maaf, bergaduh, minta maaf, melukakan, minta maaf, tersalah memilih, belajar dari kesilapan, melupakan, melepaskan, membuat pertimbangan, berpisah, berjumpa, kegagalan, berusaha, dikhianati, berkawan, bercinta, berjaya, berkongsi, berdikari, diuji...and the list goes on.
All my past experiences will be my current and future lessons.
Mami harap tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Tidak akan jatuh tersepak batu yang sama.
Tidak akan menyesali perkara yang sama....
The great moment in my life...having a precious 1 Muhammad Irfan Haziq |
No comments:
Post a Comment