Monday, May 30, 2011

New Week, new Aim!!!

Either you run the day or the day runs you.
-Jim Rohn-


Najwa Mahiaddin - Got To Go

I loike...!!


Najwa Mahiaddin - Got To Go

This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend

So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why (why why why)
You always makin’ me
Cry (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(Go go go go go go)
Read my lips I’m leavin’,
and no no I ain’t teasin’,
This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone



Saturday, May 28, 2011

Dutch Lady is Going to Reveal the Winner!

Ini pasal apa?
Ini adalah pasal perasa baru untuk susu Dutch Lady.

Undian ditutup hari ini dan esok pemenangnya akan diumumkan.
So, kalau anda berada sekitar 1Utama jangan lupa singgah ke sana.

Dutch Lady team akan berada di sana bermula pukul 9.00pagi untuk pengumuman pemenang.
Pastikan anda berada berdekatan coz' they have up to RM15,000 cash prizes up for grabs.

All you have to do it just show up with any Dutch Lady UHT pack!
Early birds would also get a special Dutch Lady goodie bag.
Ha, nampak tu ada goodie bag lagi untuk yang datang awal.

So, ramai-ramai ke sana yea...


List Aktiviti Hujung Minggu

~ A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M ~

Sudah hujung minggu q(^_~)p
Sekarang mami n family (read:mami, daddy, Irfan) dah sampai kampung.
Kami balik malam tadi.
Boleh tahan banyak jugak kereta, maklumlah cuti sekolah dah mula.

Hari ni banyak kerja nak buat.
Meh tengok list aktiviti mami untuk hari ni:
1. Ziarah kubur arwah ayah.
2. Jenguk bizness yang ibu and adik tolong uruskan.
3. Lawat kawan yang baru bersalin.

Owh, malam tadi Irfan buat fe'el lagi.
Sakit kepala mami.
Pukul 4 pagi Irfan kejut mami ajak pergi makan.
Nak Mc.D pulak tuh.
Manalah mami nak cari Mek-dey sesubuh hening tuh.
Last2 nk kasik jugak dia pueh hati bawak p mkn kedai mamak.

Pukul 5 balik.
Bagi dia susu, terus tido lena.

Ok korang selamat berhujung minggu...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 27, 2011

The Making of Baju Kurung - Final Product

Sebelum ni dah tunjuk proses awal siapkan baju pink ni dalam The Making of Baju Kurung, so sekarang nak tunjuk final productnya.

Mari tengok satu-persatu secara close-up


Tangan...


Bawah baju
















Ta-daaaaa...Inilah bajunya....

Sekian,terima kasih.

Hari Jumaat

Hari yang bahagia.
Hari cas-cas +ve datang berduyun tiba.
Almaklumlah menghampiri hujung minggu.

Mari tengok muka yang paling bahagia...




Tengok muka budak nih. Tengok mulut dia tuh. Tengok tangan dia. Tengok apa jadi dengan kek yang ada dalam pinggan dia....Hancur lunyai kek tuh, dah tak ader roper kek!!!

Diletak kek tu dalam tapak tangan pastuh penyek macam tu dengan muka yang happy giler. Kalo dah kenyang inilah ghopernya....Muka comot tak tau nak kata, macam tak ada mok-ayah...anak saperlah ni???
 Selamat bekerja dengan gumbira dan selamat berhujung minggu...

Nota kaki: Sesiapa yang perasan dia pandai nyanyi, pandai joget, pandai jadi dramaqueen boleh hantar video korang pada FB rasmi Perodua dengan tajuk "Perodua Lagi Best" untuk menang RM10,000.00 atau paling cikai boleh rembat Ipad2.

Thursday, May 26, 2011

Hari -ve

Penat.
Tak ada perasaan
Bosan
Mengantuk.
Hilang semangat.
Tak ada tenaga.
Tak ada mood.
Sakit kepala.
Malas.
Kelesuan.

Demikianlah senarai hari -ve mami = hari ini
Tapi esok dijamin happy go lucky sebab esok Jumaat.

Jumaat = q(^_~)p
Published with Blogger-droid v1.6.8

Kitab Cinta - Edisi Terluka

Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
*Airmata masih tidak mahu berhenti*

Bukan!!! Bukan kerana mami telah menonton Kitab Cinta ini
Tetapi kerana mami tidak akan dapat menontonnya.

Dari hari Selasa mulut mami riuh mintak daddy carikan jugak channel TV Al-Hijrah itu.
Dan...
Dari hari Selasa mulut daddy riuh beritahu mami TV Al-Hijrah tak dapek siaran kat Putrajaya.
*effect raungan*

Bencilah!
Nampaknya jadilah mami seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
Sob...sob...sob...sob
*sambung balik*

Tuesday, May 24, 2011

Kitab Cinta

Godek-godek Youtube jumpa cerita baru "Kitab Cinta".
Ceritanya akan ditayangkan di TV Al-Hijrah.
Bermula 1 Jun 8.30mlm.

Cerita kolaborasi Malaysia-Indonesia.
Diarah oleh Eirma Fatima.
Tapi banyak pengambaran dibuat di Acheh, Indonesia.
Tiba-tiba rasa meroyan pulak nak tengok cerita ni.
Tapi kenalah tunggu sampai bersiaran.
Masalahnya TV Al-Hijrah ni payah sikit siarannya.
Dalam Astro tak pasti dah ada siaran ke belum.

Memang malam ni mami meroyanlah kat daddy suruh carik jugak siaran TV Al-hijrah ni sampai dapat.
Antara pelakon utama cerita ini:

Nur Fazura Sarifuddin (Mustika)

Hardy Hartono Danurussamsi (Wali)

Feri Agus Suriandi (Irfan)

Promo dari youtube:




One Million Youth Gathering 2011

Perhimpunan 1 juta belia ini akan berlangsung di Putrajaya weekend ini.

Tarikh: 27-28 May 2011
Lokasi: Presint 3, Putrajaya

Owh kalau anda rasa diri anda belia dan tak ada rancangan mahupun jemputan kenduri kawen weekend ni (almaklumlah dah start cuti sekolah = musim naik pelamin) silalah meramaikan umat di sana.

Biasalah kalau ada pesta muda-mudi macam ni haruslah ada konsert kan.
Ini tahun depa jemput artis antarabangsa tau.
Dari mana?
Bukan artis Indonesia.....bukan bukan!!!
Bukan artis Inggeris....bukan bukan!!!

Artis dari KOREA!!!!
Maklumlah tengah hot K-Pop gittew!!!
Super Junior M...


Bila???

Tarikh: 28 Mei 2011
Masa: 9.00mlm -11.00mlm
Tempat: Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3

Selamat Hari Belia...

The Making of Baju Kurung

Ahad lepas (22.5.11) bawa MIL pergi kenduru di Shah Alam.
3 hari sebelum pergi tu sembang dengan daddy.

Mami: Ahad ni kan kenduri rumah prof tu.
Daddy: Hmmm...kenapa?
Mami: Boringlah asyik pakai baju yang sama jer. Rasa macam nak buat baju barulah.
Daddy: Sempat ke? Lagipun ada ke kainnya.
Mami: Sempat. Buat baju kurung jer. Kain ada yang kita beli tahun lepas.
Daddy: *kerut kening* Beli tahun lepas? Bila?
Mami: Alah...raya tahun lepas tu. Mami tak buat semua. Ada lagi dua pasang mami tak jahit.
Daddy: Kalau sempat buatlah.

So bermulalah The Making of Baju Kurung Mami.

Ini kain pasang untuk buat baju kurung tu.
Mami beli cuma 2meter sebab nak buat baju sahaja.
Kainnya dah ada.
Warna pink 2 tone.

Ini proses pertama.
Gunting menggunting.
Biasa mami kalau potong kain untuk buat baju kurung memang mami akan susun macam tu.
Tujuannya supaya mami nampak bahagian mana yang dah dipotong dan belum dipotong.
Juga untuk ukur panjang pesak baju.
Ini baju kurung Pahang --> pesak gantung.

Ini second stage.
Proses cantun mencantum bahagian yang disusun tadi.
Macam senang jer bunyinya kan.
Daripada proses menggunting sampai stage yang ini mami ambil masa setengah hari.
Tapi ini belum touch-up lagi.

Mana final produk @ baju yang siapnya?
Nanti mami upload lain.
Godek-godek dalam phone tak jumpa pulak baju yang dah siap.

Next time kalau rajin mami buat entry tutorial jahit baju kurung sendiri.
Kalau rajinlah....


Monday, May 23, 2011

Teknologi dan Impaknya

Bunyi tajuk macam heavy post...
Nan ado!!!!

Cuma nak cerita sikit.
Bila kehidupan terlalu bergantung kepada canggihnya teknologi,
hidup jadi lumpuh once teknologi itu menghadapi kegagalan.

Macam mami sendiri.
Dulu, handphone.
Bila keluar tertinggal handphone...rasa macam tak bawa wallet.
Then, laptop.
Once laptop rosak rasa macam gelap betul dunia.
Sekarang Tab.

Hari Sabtu tu Tab mami tak ada line internet.
Dah lah kejap lagi nak balik rumah MIL.
Mulalah macam cacing kepanasan.
Kejap-kejap check Tab.
Tengok kalau-kalau dah ada line.
Serius susah hati sungguh.
Bukan apa, sebab mami ada buat business kecil-kecil lan, so melalu Tab tulah mami akan check email.
Kalau customer buat tempahan, kalau customer buat bayaran, kalau customer nak tanya apa-apa.

Lucky masalah internet tak lama.
Sebelum gerak balik rumah MIL dah ada line balik.
Syukur sangat.

Nampaknya lepas ni mami kena belajar jangan terlalu bergantung kepada teknologi.
Tapi...macam susah jer.
Eh, sebebnarnya ada sorang lagi yang sekarang pun dah bergantung kepda teknologi.
SIAPA???



Budak kenit ni...


Bukan main lagi dia...sekarang tv bolayan..!


asal nampak Tab mami suruh daddy bukak youtube...kalau tak layan boboiboy, pocoyo tak pun wonder pets. ada jer kat tv sengaja tak nak tengok.

Peace Mami...jangan marah-marah tau...
Jenuh betul sekarang terpaksa kongsi Tab dengan dia.

Friday, May 20, 2011

Etika Menjawab dan Membuat Panggilan

Lor...
Angkat jelah telefon tu jawab:
"Halllllllllloooooooo..."

Kalau telefon sendiri memang syoklah jawab macam tu.
Tapi kalau telefon office?
Try buat macam tu.

Bukan apa...
Mami banyak kali dah terkena kes-kes telefon ni.
Baik masa jawab panggilan mahupun buat panggilan.

Sebenarnya mami pantang jugak kalau orang telefon main terkam tak ada intro.
"Hello sapa ni?"

E-eh, tak reti bagi salam ke?
Tak pun kasi intro sikit.
Selamat pagi-tengah hari-petang.
Kasi tau awak tu siapa dan dari mana.
Lebih-lebih lagi untuk urusan rasmu.
Lantaklah kalau yang jawab tu tak tanya pun siapa kita.
Yang penting budi bahasa amalan mulia.

Kita call orang mestilah kita tahu apa tujuan panggilan itu dibuat.
Kepada siapa kita nak bertanya.
Mungkin yang menjawab panggilan kita tu bukan orang yang sepatutnya tapi patutkah kita tanya siapa dia?
"Hello, siapa ni?"

Even kalau ragu-ragu atau takut salah nombor, boleh apa tanya nama syarikat tu.
"Ini Syarikat XYZ Sdn. Bhd ke?"
"Ini Kementerian ABC ke"?
Tak ke molek lagu tu...

Pastu kalau jawab telefon...
Separuh syarikat/jabatan/kementerian menyarankan staffnya mengangkat telefon dengan diiringi nama syarikat/jabatan/kementerian tersebut.
"Hello, Syarikat XYZ Sdn. Bhd."
"Hello Kementerian ABC."
Rasanya tak rugipun kalau buat macam tu.

Dan jawablah telefon dengan senyuman.
Memang si pemanggil tak nampak tapi melalui suara mereka tahu air muka kita waktu tu.
Dan ini akan meninggalkan tanggapan pertama terhadap diri kita...
Dan syarikat/jabatan/kementerian tempat kita bekerja.

So...
Lepas ni amalkanlah cara yang beretika setiap kali membuat dan menjawab panggilan.


Sekian, teima kasih.

Mischievous Kiss

atau tajuk lain dia Playful Kiss
atau Naughty Kiss.

Dekat Malaysia tengah tayang.
8tv rasanya hari Sabtu pukul 6.30petang.
Kalau di Korea tayang tahun lepas Sept-Oct.

Masa mula-mula tengok review dia rasa dah separuh hati nak tengok sebab...
Tak suka dengan dia punya heroin Jung So Min


Tapi sebab ada Kim Hyun Joong gagahkan jugaklah diri tengok. Kim Hyun Joong ni second hero dalam Boys Before Flower.


Cerita ni pasal cerita budak sekolah bercinta. Tengok pun banyak skip. Tapi kalau nak tahu keseluruhan cerita kenlaah tengok sendiri.

Mischievous Kiss


Genre: Romance/School

Synopsis

Based on the popular manga, Oh Ha Ni is a clumsy student who falls for the perfectionist, Baek Seung Jo. However, Seung Jo is indifferent towards her and rejects her love. When Ha Ni’s house collapses, she and her father moves into his long-time friend’s house. It turns out that Seung Jo is the friend’s son and Ha Ni is given the opportunity to be near the guy she loves. Will she be able to move Seung Jo’s heart?

Casting

Kim Hyun Joong as Baek Seung Jo
Jung So Min as Oh Ha Ni
Lee Tae Sung as Bong Joon Gu
Lee Si Young as Yoon He Ra
Jung Hye Young as Hwang Geum Hee (Seung Jo’s mother)
Oh Kyung Soo as Baek Soo Chang (Seung Jo’s father)
Choi Won Hong as Baek Eun Jo (Seung Jo’s brother)
Kang Nam Gil as Oh Ki Dong (Ha Ni’s father)
Hong Yoon Hwa as Jung Joo Ri (Ha Ni’s friend)
Yoon Seung Ah as Dok Go Min Ah (Ha Ni’s friend)
Jang Ah Young as Hong Jang Mi

Enjoy your weekend all!!!


Tuesday, May 17, 2011

Cuti Panjang

Sekarang mami tengah bercuti.
Cuti sendiri bikin.
Sebab apa?
Sebab Irfan kena kuarantin so haruslah ada yang menjaga.
Sekarang turn mami, Khamis dan Jumaat nnt turn daddy pulak.

Last Friday call bos to let him know mami ambik urgent leave untill this Wednesday.
Then mami pun story morylah kenapa nak cuti.
Bos pun ok-ok a'ah-a'ah.

Dapat cuti sesekali macam ni syok jugak.
Dok kat umah sambil jaga Irfan sambil layan hobby.
Tengah hari daddy pun tumpang sekali balik makan.
Syok jer rasa.
Tapi itu dua hari punya cerita.
Kalau dok kat umah macam tu untuk dua bulan...
Tak taulah...

Meh nak tunjuk sikit kerja tangan mami untuk dua hari ni.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 13, 2011

Penyakit Mulut, Tangan dan Kaki

Start daripada hari Selasa Irfan tak sedap badan.
Makanpun antara nak dengan tidak je.
Bila nak makan mesti dia nangis kata sakit.
Susah betul hati mami.

Hari ni mami tak tahan dah.
Dah berapa hari Irfan tak lalu makan.
Ajak daddy pergi klinik.
Mesti kena check juga.
Daddy kata malam baru boleh pergi sebab petang tadi ada orang tengah pasang air-cond, tak kan nak tinggal.

Ok,malam lepas je solat Maghrib terus keluar pergi cari klinik.
Doktor check.
Tengok dalam mulut Irfan ada ulser dua bijik-->ia-ia jer ulser pakai biji.
Patutlah...kata mami dalam hati.
Rasa lapang sikit.

Tetiba doc cakap meh tengok tangan.
Hmmmm ada ruam.
Kaki?
Eh ada ruam jugak
Anak puan kena penyakit mulut,kaki dan tangan.

Allah...
Apa yang mami bimbangkan jadi juga.
Inilah risiko bila anak ke nurseri.
Mujur juga tidak berisiko tinggi sebab Irfan tidak demam.
Dia cuba tak boleh nak makan sebab ada ulser dalam mulut...sakit.

Tapi doc suruh cutikan Irfan lama (2minggu)
So mami dengan dadi akan take turn.
Minggu ni mami cuti, minggu depan daddy pula.
Penyakit mulut,kaki dan tangan ni penyakit berjangkit.
Agen penyebar paling utama cecair dalam badan macam air liur.
Puncanya ialah virus yang biasa terdapat dalam usus.
So sekarang Irfan kena kuarantin,tak boleh pergi tempat awam,tak boleh pergi nurseri.

Moral Of The Story???
Kebersihan --> TIP-TOP!!!
Lepas nih memang kena wiridlah teachers nurseri Irfan.
Apa guna kat rumah 400 kalicuci tangan guna sabun, dalam kereta berkarung-karung wipe tissue tapi kat nurseri asal boleh?

Nota:Maklumat tambahan pasal penyakit ni baca kat sini


Wednesday, May 11, 2011

Talking About Leg Cramps

Ok, today we talk about leg cramps atau dalam bahasa Melayunya kaki kejang.

Kenapa tiba-tiba cerita topik ni?

Sebab lately ni selalu kena.
Terutamanya waktu tidur.
Lebih-lebih lagi dalam pukul 2-3 pagi.
Ya, ampun...sakit dia memang tak tertahan.

Siapa yang pernah kena masa tidur tapi tak rasa...
Memang hebat.
Tabik spring toink...toink...toink...
Sekali kena boleh mengalir air mata.

Siapa yang pernah kena memang tahu.
Normally wanita mengandung juga biasa menghadapinya.
Masa pregnancy dulu pun memang pernah kena.
Agak kerap sebenanrnya.

Doktor cakap ada dua faktor:
1. Kurang kalsium sebab wanita mengandung, baby akan tarik kalsium ibu kalau ibu tak ambil kalsium tambahan especially yang liat minum susu macam mami nih :(
2. Pertambahan berat badan sebab memang logiklah kalau mengandung berat bertambah terutama bila kandungan 6bulan ke atas.

So,
Apa faktor orang yang mengalami leg cramps ni bila tak mengandung.
Kata doktor yang mami jumpa nih faktor utamanya masih lagi kalsium.
Lagi-lagi bila berlakunya peningkatan usia.
Dan lagi faktor kesihatan macam pertambahan berat badan.
Dan lagi kurangnya senaman atau terlajak bersenam.
Jangan kata orang yang bersenam bagai nak rak tu tak ada penyakit hinggap.
Kita kalau terlajak senam akan bagi kejutan pada otot-otot badan.
Kena buat sikit-sikit dan jadikan rutin.

Apa yang selalu mami buat kalau kena leg cramps ni.
Mami belajar ni dari petugas PBSM masa sekolah rendah dulu.
Sebab kali pertama mami kena leg cramps ni masa umur 12 tahun tengah sukan.
Apa kes wakil negeri menangis tengah padang sebab kena leg cramps.
Cis jatuh reputasi!!!

Petugas PBSM tu kata kalau kena leg cramps ni yang paling mudah kita buat untuk kurangkan rasa tegang tu ialah dengan menggerakkan ibu jari kaki.
Maknanya kalau kaki kiri yang cramps, pegang ibu jari kaki kiri tu dan gerakkan.
Tak kiralah ke kiri-kanan atau depan-belakang atau dipusing-pusing.
Buat perlahan-lahan, jangan bagi tekanan pada bahagian yang cramps.
Insya Allah akan rasa kurang sikit tegang pada bahagian yang cramps tu.
Inilah yang mami buat kalau kena leg cramps.

Kenapa ibu jari kaki, bukan jari kelingking atau jari-jari yang lain.
Entahlah, mami pun tak tahu sebab tak dan nak tanya.
Maklumlah semangat kesukanan yang tinggi.
Bila rasa dah ok terus lari masuk padang balik.
Terus tak ingat nak tanya.

Eh, kejap! Cakap terima kasih tak kat abang tu ek???



Monday, May 9, 2011

Tak Senang Nak Jadi Penulis

Serius tak ada idea langsung nak menulis sejak minggu lepas.
Entry yang ada tu pun sebab kebetulan birthday mami dan pemberitahuan perkara tentang study.
Kalau tak ada benda-benda tu memang tak ber'entry' barulah blog ni.

Walaupun blog ini diwujudkan sebagai ganti luahan hati tapi tak senang juga sebenarnya nak menulis.
Tulis memang boleh tulis.
Tapi kadang-kadang dalam penulisan juga harus ada border line-nya.
Tak boleh semua benda nak tulis.
Aib dan keburukan orang tak boleh tulis.
Masalah peribadi dan rumahtangga pun tak mahu tulis juga.

Sebolehnya mami cuba untuk tulis benda yang kalau tidak banyak sedikit pun jadilah untuk dijadikan panduan.
Kalau tidak kepada orang lain kepada diri sendiri.
Maklumlah kita ni manusia kadang-kadang terlupa.
Bila terlupa tu, ada masanya baca balik apa yang pernah ditulis di sini ia mengingatkan mami.

Kadang-kadang idea banyak.
Tapi dek sebab terlalu banyak sampai tak tertulis juga.
Ish...ish...banyak betul alasan.

Tapi itulah hakikatnya...
Tak mudah sebebnarnya nak menulis nih.


Saturday, May 7, 2011

Birthday Girl

♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫
♪♫ Selamat Hari Jadi ♪♫

*Ehem ehem*

Hari ini dengan rasminya mami turn to 30.
Wah reveal umur nih...
Yeap...umur tu kan hanya angka.
Sekurang-kurangnya ia mengingatkan mami bahawa kematian semakin hampir.

Tahun ini Allah pinjamkan umur kepada mami.
Semoga dengan umur yang dipinjamkan ini mami lebih banyak mengingati-Nya.
Mensyukuri nikmat-nikmatNya.

Masuk 30tahun bermakna mami telah meninggalkan era 20-an
Mami termenung dan berfikir.
Apa yang mami telah capai sepanjang 30 tahun hidup ini.
Apa yang mami kesalkan.
Apa yang mami dah dapat.
Apa yang mami belum dapat.

Actually tak ada apa yang perlu mami kesalkan.
Sebab semua yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali.
Hanya mami boleh mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna di hari depan.

29 tahun...
Mami belajar banyak perkara...
Di sekolah rasmi, universiti, alam pekerjaan, kekeluargaan, keibubapaan dan sepanjang perjalanan kehidupan.
Mami menangis, ketawa, berkongsi, buat salah, minta maaf, bergaduh, minta maaf, melukakan, minta maaf, tersalah memilih, belajar dari kesilapan, melupakan, melepaskan, membuat pertimbangan, berpisah, berjumpa, kegagalan, berusaha, dikhianati, berkawan, bercinta, berjaya, berkongsi, berdikari, diuji...and the list goes on.

All my past experiences will be my current and future lessons.
Mami harap tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Tidak akan jatuh tersepak batu yang sama.
Tidak akan menyesali perkara yang sama....


The great moment in my life...having a precious 1 Muhammad Irfan Haziq

Friday, May 6, 2011

Buat Mami

Dalam facebook mami ada 2 orang kawan dah wish besday pada mami.
Awal sehari.
Baru tadi daddy dengan Irfan pulak bagi mami kejutan.
Memang terkejut juga mami sebab mami dah hampir lupa esok besday mami.
Daddy dengan Irfan sediakan kek besday untuk mami.
Kek yang mami memang suka pula tu.
Thanks daddy...thanks Irfan.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA

Mulai hari ni adik-adik yang buat permohonan nak masuk IPTA, TEVT dan ILKA boleh semak keputusan permohonan di sini.

Semakan dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Lembah Klang
2. Utara
3. Selatan
Pembahagian dibuat berdasarkan kedudukan universiti.

Kalau tidak berjaya adik-adik boleh buat rayuan di sini

Tarikh tutup rayuan ialah pada 16 JUN 2011.

Thursday, May 5, 2011

Permohonan Program Siswazah dan Prasiswazah UKM

Permohonan Program Siswazah dan Prasiswazah Bagi Kemasukan September 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dimaklumkan kepada sesiapa yang berminat nak sambung belajar secara separuh masa (part-time) bagi program Ijazah Sarjana Muda / Sarjana di UKM boleh check website ini --> UKM Pusat Kembangan Pendidikan. Ada maklumat tentang program, mod kursus, yuran dan tempoh pengajian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JUN 2011.

Pengambilan untuk kemasukan SEPTEMBER 2011.


Monday, May 2, 2011

Our Extended Family

Cuti 3 hari minggu ni mami, daddy dan Irfan balik Sungai Besar (kampung mami).
Kebetulan mak lang Irfan (SIL mami) dah bersalin.
So kami pergi lawat terus.
Mak lang dapat baby girl.
Puteri pertama for both side.

Baby mak lang kecik je.
Masa lahir 2.98kg.
Tapi sorry lupa nak snap picture.
Seronok sakat Irfan.

Masa mami pegang baby, muka Irfan masam je.
Muka baby pun Irfan tak mau pandang.
Apa nama baby?
Sorrylah mami tak ingat.
Namanya payah sangat nak sebut.
Mami cuma ingat depannya je.
Nur Z.... Z....

Nampak no dah tua....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 1, 2011

Lagi Sekali

Dua hari lepas check peti surat.
Nampak ada bil air.
Ambil dan tengok.

Tengok lagi sekali.
Tengok tarikh bil pula.
Tengok lagi sekali jumlah.
Sekali lagi tengok tarikh bil.
Geleng-geleng kepala.

Sebab apa?

Tak nampak? Tak apa..ada close-up


Tarikh bil: dari 25/02/11 hingga 06/04/11


Berapa??? RM 6.27
Biar betul??? Sebulan ++ hanya banyak tu.
Tiba-tiba mami senyum.
Terus cari daddy.
Beritahu daddy:

"Bil air kita RM6.27 jer. Kalau bawah RM10.00 Syabas bagi rebet. So bulan ni tak payah bayar bil airlah kan daddy."

"Syabas bagi untuk Selangor je. Kita Putrajaya."

Lorrrrr...