Wednesday, December 1, 2010

Bila Tak Update Keadaan Persekitaran

Susah juga bila kita tak mahu ambil tahu keadaan persekitaran kita. Apa yang terjadi atau yang bakal terjadi.
Macam saya ni.

Sesungguhnya saya tidak tahu pun hari ini adalah hari happy hour dan J card day di JUsco sebelah rumah saya. So balik kerja ajak daddy makan dekat jusco.

Owh banyaknya kereta. Baru perasan jusco sesak luar biasa. Budget ada sales ataupun orang tengok wayang. So terus cari parking dekat tempat biasa.

Masuk ajer dekat dengan pintu jusco. Ya ampun umat manusia macam cacing. Happy hour punya promotion. Punyalah ramai. Berebut-rebut nak berjalan. Dengan anak kecik, dengan troli, dengan budak-budak yang di luar kawalan. Aduh rasa nak muntah.

Pusing cari jalan lain nak naik atas untuk makan. Sekali dekat atas bertembung pulak dengan orang yang beratur lima enam lapis. Aduh apa pulak ni? Owh terbertembung pulak dengan kawasan J card promotion.

Memang salah hari kami datang ke situ. Saya ni jenis yang allergic tempat yang penuh sesak nak jalan pun kena tahan nafas, rasa nak muntah. Mujur tempat makan tak ada orang. Maklumlah orang tengah sibuk berbaris.

So terus cakap dengan daddy, lepas ni kaena selalu update aktiviti jusco ni kalau tidak, macam nilah jadinya. Nasib baik Irfan kami tak pakaikan kasut, suruh daddy dukung ajer, ai memang tak lalulah.

No comments: