Friday, December 3, 2010

Bila Tak Kerja

Semalam kami tak kerja ambil cuti segera sebab baby-sitter Irfan ayah dia masuk hospital. Sepatutnya saya seorang sahaja yang bercuti tapi daddy ni memang tak boleh kalau saya cuti dia kerja, kecuali ada kerja penting. So end up dua-dua tak kerja.

Pagi tu kami tak ke mana-mana. Main dengan Irfan dekat rumah jer...daddylah yang main dengan Irfan, saya sibuk menjahit, kononnya.

Petang tu dalam pukul empat, lebih kurang kitorang keluar makan dekat luar sebab makanan yang sesuai untuk Irfan dah habis.

Lepas makan pergi sales office sebab kitorang nak tanya pasal rumah yang kitorang cadang nak beli tu. Sekali pergi sudah sold out daaaaa...yang tinggal yang kitorang tak berapa berkenan. Tapi ada satu rumah tu (teres setingkat) macam ok jugak tapi hati masih berbelah bahagi.

Lastly kitorang decide kalau ada rezeki rumah tu pasti jadi hak kami. So kami bersabar dulu sampai duitnya betul-betul cukup dan dapat beli rumah yang betul-betul kitorang admire. Orang yang sabar tu ganjarannya besar kan...

Balik dari sales office bawa Irfan pergi taman. Kasik dia jalan puas-puas sampai penat. Maklumlah rumah sekangkang kera tak puas dia berjalan, pemandangan pun tak jauh. Dapat berjalan kat taman...fuhhh sakan budak tu.


Nampak tak bunga teratai yang pelbagai warna tu. Ada putih, pink, ungu dan kuning. Cantik sangat...

Irfan pun suka tengok bunga teratai yang cantik tu sampai berkerut-kerut muka...

Hello kecik, hati gumbira aaa dapat jalan sampai puas...

"Sinilah Irfan gambar dekat sini, cantik..."

"Tak mau...tak mau...Irfan takut, bunyinya sangat kuat"

"Ha kan tak ada apa-apa"
"Gayatlah daddy"

Ambang Botanik

Saya suka jambatan ni. Saya selalu bayangkan ambik gambar pengantin di sini tapi bukan pengantin sayalah. Mesti cantik kan? Korang boleh bayangkan?

Bila kaki dah cecah tanah, bukan nak kena pegang.

Kesian daddy...kena joging kejar Irfan yang suka berlari. Tak mahu jalan dah...


Turtle...tapi sayang airnya keroh. Ikan keli pun banyak tapi tak nampak.

Tengoklah tu berlari saja.

Tangan gatal. Sempat lagi nak mencuit-cuit apa yang dapat dicapai tangan kecik dia tu.

Buai...buai...buaiku laju.

Siapa yang lebih gembira? Irfan ke mummy?

Huhuhu kepala dinasour ni sangat menakutkan Irfan. Terjerit-jerit dia.

Main lagi...main sampai penat.

Menggelusur pulak...Habis hitam baju


No comments: