Tanggal 19 Julai 2010 menjadi tarikh ingatan buat K.A.M.I sekeluarga...
Tarikh yang membawa seribu satu kesedihan...
K.A.M.I tahu bukan K.A.M.I sahaja yang mengalami pengalaman menyayat hati seperti ini
Ramai lagi di luar sana pernah menghadapinya
Tetapi K.A.M.I menghadapinya dalam keadaan yang tidak bersedia
Langsung tidak bersedia
Pagi Isnin 19 Julai saya keluar bekerja seperti biasa...
Hantar MR. Daddy ke pejabatnya dan saya terus ke pejabat saya...
Cuma pagi itu saya tidak terus bersarapan seperti kelazimannya...
Saya terus menyudahkan kerja-kerja saya sehingga jarum jam menunjukkan ke angka 10 pagi.
Tergerak di hati hendak menghubungi ibu di kampung tetapi MR. Daddy pula menghubungi saya...
Selepas berbual dengan MR. Daddy beberapa minit saya langsung terlupa untuk menghubungi ibu.
Tepat jam 12.45 tengah hari telefon bimbit saya berbunyi
"mama" tertera nama di skrin telefon saya...saya tersenyum sebelum menjawab panggilan
Tetapi bukan suara ibu di hujung talian...sebaliknya abang saya
"Call balik! Call balik! Urgent! Urgent!"
Itu sahaja ayat yang keluar sebaik sahaja saya memberi salam.
Saya tidak sempat hendak bertanya lanjut panggilan telahpun diputuskan
Hati saya berdegup kencang.
Namun saya masih tidak dapat mengagak urgent apa yang abang maksudkan...
Lantas jemari saya laju mendail kembali nombor ibu.
Selepas lima kali mencuba barulah talian saya bersambung...
Abang yang menjawab panggilan saya dan jelas di pendengaran saya kedengaran suara ibu menangis teresak-esak...
Saya jadi takut tiba-tiba...saya tanya abang tapi abang tidak mahu menjawab pertanyaan saya
Selang beberapa saat kemudian ibu menjawab panggilan saya
"Angah, ayah kamu dah tak ada!"
Ayah dah tak ada? Saya rasa seperti bermimpi...bukan! saya rasa ibu tersilap cakap...
Saya putuskan talian...
5 minit berselang ibu menghubungi saya semula...
Ibu tidak lagi menangis...perlahan-lahan dan sepatah demi sepatah ibu tuturkannya semula...
"Ayah dah tak ada lagi...Kamu balik ya...beritahu pada adik-adik..."
Saya tidak bermimpi! Ibu juga tidak tersilap cakap!
Ayah telah kembali ke rahmatullah...
Ayah pergi untuk selamanya...
Redha? Saya tahu saya harus redha...
Saya tahu yang hidup pasti mati...
Tetapi sebagai seorang anak sedikit rasa terkilan pasti hadir...
Namun saya yakin ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik untuk saya sekeluarga
Ujian-Nya tidak pernah melebihi tahap kemampuan hamba-Nya
Saya hapuskan air mata...
Sekalipun saya bersedih saya mesti tunjuk kuat pada adik-adik sebab sekarang saya adalah benteng mereka...
Saya tempat mereka bergantung...
Untuk ayah,
Angah doakan kesejahteraan ayah di 'sana'...
Ya Allah, Kau ampuni dosa ayahku...
Kau terimalah amal ibadatnya...
Kau sampaikanlah pahala sedekah K.A.M.I untuk ayah...
Kau lapangkanlah kuburnya...
Dan Kau masukkanlah ayah ke dalam salah satu syurga-Mu...
Aminnnn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
2 comments:
sabar ye.. kematian tu pasti.. kena tabah.. semoga arwah dikalangan orang2 yang beriman di jannah
mast,
thanks...betul yang hidup pasti mati...masa ayah telah sampai...semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di syurga-Nya...
Post a Comment