...yang bergigi enam
.
.
.
Garuda ni sangatlah rajin...
Rajin menolong saya 'menghiasi' rumah K.A.M.I syurga K.A.M.I itu
Biasanya selepas saya menyusun atus semua perabot dan perhiasan rumah...
Ia hanya bertahan paling lama sehingga jam 10.30 a.m iaitu...
Sebelum herokecil itu bangun dari tidur.
Lepas dia bangun jangan mimpi semua benda berada pada tempat asalnya.
.
Lepas tu time makan!!!
Ha, siaplah. Dia pun nak satu mangkuk dan satu sudu...
Tetapi penyudahnya mangkuk kita juga yang disudunya
Habis bersepah atas lantai...
Tapi herokecil ni satu jer pe'el dia pasal makanan ni...
Apa yang saya makan, semua dia nak rasa
Kalau dia rasa benda tu sedap dia akan mintak lagi
"nok...nok...nok..." lebih kurang macam tulah bila dia mintak
Tapi kalau dia rasa tak sedap dia terus geleng kepala sambil kerut muka
"nonok!" itu dia akan sebut kalau kita suap juga ke mulut dia.
Lepas tu herokecil K.A.M.I ni kudukut sikit...
Kalau dia tahu makanan tu sedap...dia nak makan sorang-sorang jer
Favourite dia chocolate!
Pernah sekali masa balik kampung dia berebut chocolate dengan paksu dia sampai merajuk adik bongsu saya tu...
Hai-lah anak mummy
.Sekarang herokecil sangat pandai merajuk...
Hentak-hentak kaki dan paling muka arah lain bila apa yang dia nak K.A.M.I tak bagi especially dengan MR. Daddy
Tapi kalau dia dapat apa yang dia nak or dia nak ambil hati kita dia akan hulur dahi dia suruh cium...
Tapi kalau dia dapat apa yang dia nak or dia nak ambil hati kita dia akan hulur dahi dia suruh cium...
Dahi sahaja! Dia tak suka orang cium pipi dia...rimas kot!
Dan herokecil sangat marah kalau MR. Daddy ganggu mummy dia...
Dia akan jerit marah-marah sambil tarik apa yang boleh dicapai oleh tangan kecil dia yang comel tu...rambut, telinga atau hidung MR. Daddy yang selalu menjadi sasaran...
Sayang mummy yea? Mummy pun sayang Irfan...
Sangat-sangat...Lama-lama...Banyak-banyak...
Itulah herokecil yang saya kandungkan dan lahirkan...
kekdahnya herokecil 'menghiasi' rumah K.A.M.I syurga K.A.M.I
Memang tak larat nak mengemas...tangan dia lagi laju buat kerja!
Budak yang cepat 'panas' montot kalau disuruh duduk diam-diam
Mummy and daddy sayang Irfan sangat-sangat...lama-lama...banyak-banyak...mmmmhhuah!!
No comments:
Post a Comment