Tuesday, March 16, 2010

Nanny 911

gambar hiasan dari Inchik Google


Membantu anda mendidik anak-anak...

Saya suka tonton rancangan ni sebab banyak yang boleh saya belajar dalam mendidik anak-anak.

Salah satu yang saya pelajari anak-anak hari ini tidak boleh dimarah atau dijerit-jerit!

Tidak macam saya suatu waktu dulu...Jangan kata marah, sekali ibu saya jeling pun saya dah menggeletar lutut.

Tetapi saya tengok adik saya...ibu saya jeling dia boleh tanya lagi

"Kenapa mak jeling-jeling? Sakit mata ke?"

Ya ampun!

Anak-anak sekarang perlu dididik dengan contoh dan tauladan...

Kepimpinan melalui teladan...Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri senget ke tepi!

Gunakan teknik denda dan nyatakan akibat jika anak tidak mahu mendengar kata-kata kita.

Selalu gunakan magic word "P.L.E.A.S.E" dan "T.H.AN.K Y.O.U"

Dan anda sebagai ibu bapa yang harus memulakan dulu seperti:

"Tolong mama angkat bantal tu"

Selepas anak angkat kata pula:

"Thank you..."

Dan pujilah sedikit anak-anak walaupun hanya dengan pertolongan yang kecil...

Dan anak akan melihat anda sebagai contoh terbaik mereka.



K.A.M.I

No comments: