Sunday, March 28, 2010

Check-listed Hujung Minggu

Inilah yang telah berlaku...
  • Pesta buku - tak jadi!
  • Wedding Ariff - checked
  • Shopping - tak jadi!

Si herokecil telah menunjukkan sifat-sifat semulajadinya untuk tidak berada di tempat yang penuh sesak...

Jadi kami sempat ke wedding Ariff sahaja..

K.A.M.I

Saturday, March 27, 2010

Saya Dah Dapat

dah lama saya mengidam nak beli benda ni





Tapi ada jer halangannya...





Akhirnya pada tanggal 25.03.2010 saya dapat juga





Yea...yea betul tepat pada hari gaji untuk bulan tiga saya dapat apa yang saya idamkan..





Apa dia?





Ini dia..








































































gambar dari Inchik google






Seronok giler saya.........

Asyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!!!!

K.A.M.I

Chech-list Hujung Minggu

Ini Mummy punya check-list untuk hujung minggu nih!

Tapi entahkan jadi entahkan tidak bergantung kpd keadaan...

  • Pesta Buku 2010 - bergantung pada herokecil
  • Wedding Ariff - bergantung pada herokecil
  • Jalan2 kat KL - bergantung pada herokecil
  • Shopping - bergantung pada herokecil

Wah nampaknya herokecil mummy yang mengambil tempat dlm semua check-list mummy...

So apa yang dapat mummy katakan?

Jangan buat perangai yea herokecil ku..

K.A.M.I

Entry Terawal

...yang pernah saya buat!

Ya Allah dah pukul 1.58 pagi masih ber'tenet' lagi...

Ha ha ha

Dasar mummy tak sedar diri...

Sebenarnya saya tengah layan drama korea dari youtube...

Entah tahun bila punya saya pun tak pasti tapi yang penting asyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!

Keh keh keh

MR. Daddy dgn ittew herokecil sudah tidur.....................

Good night or better i say good morning...




K.A.M.I

Friday, March 26, 2010

Cuti Yang Panjang

Yea saya telah mengambil cuti yang panjang daripada ber'blog'...

Keh keh keh...

Banyak sangat kerja yang menuntut masa dan tenaga juga buah fikiran

Maka masa untuk ber'blog' terpaksa saya ketepikan sementara waktu...

Sekarang masanya telah kembali...Saya kembali menulis di sini...


K.A.M.I

Friday, March 19, 2010

Adik Saya

...akan datang sini pada 7 April untuk menghadiri temuduga sebagai Atendan Kesihatan U3 di UiTM S.Alam...

Semalam ibu saya call masa saya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Bila ibu beritahu jer pasal berita tu, saya sangat-sangat teruja...

Dah banyak kali saya buat permohonan kerja untuk adik saya ni tapi tak pernahnya dapat.

Jangan kata nak dapat kerja nak dipanggil temuduga pun tak pernah...

Tapi kali ni baru jer tutup tarikh permohonan adik saya dah dapat panggilan temuduga, sebab ittew saya sangat teruja.

Itulah yang dikatakan REZEKI!

Kita berusaha...kemudian berdoa, barulah bertawakal.

Insya Allah kalau ada rezeki dia di UiTM ni tentu pekerjaan ittew jadi milik adik saya...

Kawan-kawan tolong doakan untuk adik saya yea..!



K.A.M.I

Wednesday, March 17, 2010

Sekali Lagi!

...mummy dengan daddy kena ambil EL (baca: emergency leave)

dan EL ini adalah kali kedua bulan ini. 2x EL dalam 1 bulan. Apekehal?

Kali ni kerana adik kepada baby-sitter kami masuk I.C.U sebab denggi berdarah.

Takoot wooooo....denggi berdarah! Boleh bawak maut tu!

Subuh-subuh yang hening K.A.M.I dah hantar herokecil ke rumah baby-sitter dan K.A.M.I terus ke pejabat.

On the way tue...tit..tit..tit..ada message masuk dalam handphone mummy.

Mula-mula malas nak baca tapi kata MR. Daddy tengoklah kalau ada emergency ke.

Bila baca...ya betul! Memang ada emergency.

So MR. Daddy dengan machonya terus mencari tempat u-turn dan membuat pusingan u 180 deg.

Memandangkan K.A.M.I dah bercuti hari ini so mummy bercadang untuk menyettlekan beberapa perkara supaya di lain hari tak payah ambik itu coooti lagi okeh!

MR. Daddy jangan ingat kanda boleh tidoooooooor siang hari ini wokeh!


K.A.M.I

Tuesday, March 16, 2010

Nanny 911

gambar hiasan dari Inchik Google


Membantu anda mendidik anak-anak...

Saya suka tonton rancangan ni sebab banyak yang boleh saya belajar dalam mendidik anak-anak.

Salah satu yang saya pelajari anak-anak hari ini tidak boleh dimarah atau dijerit-jerit!

Tidak macam saya suatu waktu dulu...Jangan kata marah, sekali ibu saya jeling pun saya dah menggeletar lutut.

Tetapi saya tengok adik saya...ibu saya jeling dia boleh tanya lagi

"Kenapa mak jeling-jeling? Sakit mata ke?"

Ya ampun!

Anak-anak sekarang perlu dididik dengan contoh dan tauladan...

Kepimpinan melalui teladan...Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri senget ke tepi!

Gunakan teknik denda dan nyatakan akibat jika anak tidak mahu mendengar kata-kata kita.

Selalu gunakan magic word "P.L.E.A.S.E" dan "T.H.AN.K Y.O.U"

Dan anda sebagai ibu bapa yang harus memulakan dulu seperti:

"Tolong mama angkat bantal tu"

Selepas anak angkat kata pula:

"Thank you..."

Dan pujilah sedikit anak-anak walaupun hanya dengan pertolongan yang kecil...

Dan anak akan melihat anda sebagai contoh terbaik mereka.



K.A.M.I

Sunday, March 14, 2010

Saya Suka

...MR. Daddy pun suka!

Surat yang mengggembirakan ittew sudah sampai!

Sampainya semalam tapi baru hari ni check peti surat.

Tengok muka MR. Daddy yang tersenyum-senyum tuh senang hati saya...

Semoga ALLAH mempermudahkan jalan untuk saya...amiin..

Doakan saya yea...


K.A.M.I

Thursday, March 4, 2010

Jangan Jadi Seperti Lalang

...ditiup ke kiri lentok ke kiri
...dihembus ke kanan tunduk ke kanan

Pernah anda dengar peribahasa di atas?

Pasti pernah kan...

Saya selalu dengar..dolu dolu lah masa zaman anak anak ribena.

Cikgu cikgu di sekolah dan emak selalu sebbut pepatah ni pada saya.

Faham maksud nya?

Yea! Jangan mudah terpengaruh dengan orang yang berada di sekeliling kita.

Maklumlah zaman remaja adalah zaman krisis identiti...Uuuuu krisis identiti? Bunyinya menakutkan...

Pada waktu inilah kita mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya...Yang mungkin kita rasakan cara mereka itu cool...

Kenapa yea? Entah jangan tanya saya...sebab saya memang tidak ada jawapannya...
Saya biasanya suka berada di garisan khatulistiwa yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun...

Tidak menyebelahi kutub utara yang suhunya melepasi takat beku atau...

Kawasan gurun sahara yang cuacanya selalu membakar kulit.

Jadi...

Saya rasa tidak salah menjadi seperti lalang...

...ditiup ke kiri lentok ke kiri
...dihembus ke kanan tunduk ke kanan


asalkan akarnya tetap di situ...
jitu mencengkam tanah bumi...



K.A.M.I

Tuesday, March 2, 2010

Nak Cantik Tak?

wah wah wah ramainya yang angguk kepala...
sebut aja pasal cantik sumer mau kan...
saya pun mau...
sapa tak mau cantik dek non oit!
.
.
.
saya ada tip cara penjagaan wajah...
e-ce-ce-ceh....
tips konon!
eh betul nih! saya dpt dr seorang kawan yg mmg pakar pasal kecantikan nih tau..!
.
.
.
katanya begini:
1. pakai toner t'lbh dahulu seblm men'scrup' wajah
**tujuan: supaya hanya kulit mati yg dibuang iaitu di bahagian lapisan atas**
2. pakai scrup tp jgn selalu...
**utk elakkn lapisan kulit yg belum mati t'buang sama**
3.pastuh cuci muka
**tujuan:kasik muka bersih lah apa lagi...buang sumer minyak masak yg ada kat muka tuh!**
4.pastuh pakai balik toner
**tujuan:sbg lapik sebelum pakai pelembap kerana pelembap hanya perlu berada di atas lapisan kulit bukan masuk ke dalam pori2**
5.pastuh pakai pelembap
**tujuan:biar muka tuh selalu lembap...tak delah kulit jadi kering jer.**
6.pastuh pakailah make-up
**supaya nampak cantik n anggun bergaya**
.
.
.
Bila di rumah elakkanlah pakai apa2 lepas cuci muka
Biarlah muka anda bernafas sendiri tanpa alat-alat bantuan pernafasan bagai!
.
.
.
lagipun anda kan semulajadi cantik.
betul...betul...betul...(baca: seperti upin n ipin)
.
.
.
dan jgn lupa amalkn minum air masak banyak banyak
kerana...
.
.
.
.
.
.
dirimu begitu berharga.....
K.A.M.I

Monday, March 1, 2010

Mari Kita Berkongsi

...berita gembira... (",)

Alhamdulillah permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran telah diterima.

Rasa gembira dan sedih bercampur-campur apabila saya mendapat tahu tentang keputusan permohonan saya it.tew

Gembira kerana kaki saya melangkah selangkah lagi memanjat tangga ke puncak kejayaan...

Dan rasa sedih sebab saya akan berpergian selama beberapa minggu untuk mengikuti kursus insentif di universiti berkenaan.

Bertambah sedih apabila tarikh melapor diri sama dengan tarikh hari jadi anak saya yang pertama...

Waaaaaaaaaaaaaaaa...mulalah bergenang air mata saya.

Pilu woooooo...saya tunggu sejak dia lahir untuk meraikan hari jadi dia yg pertama...

Tiba-tiba...







Saya tiada di sisinya...

Waaaaaaaaaaaaaaa...rasa sangat-sangat-sangat terkilan wooooooo...

Kepada herokecil mummy:

Maafkan mummy kerana tidak dapat bersama sayang di hari jadimu yang pertama.
Bukan mummy sengaja tetapi mummy terpaksa.
Mummy lakukan semua ini kerana mu sayang.
Ini semua demi masa depan kita bersama.

p/s: mummy sangat-sangat-sangat menyayangimu...




nota: entry ini ditulis dengan wajah yg sgt se.dey


K.A.M.I