Thursday, January 19, 2012

Same Blood


Like father like son...
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke meja...

Selain MR. Daddy, Mak Su, Pak Tam, Pak Su,
Semua kaki gitar kapok.

Sekarang turun ke anak buah lelaki tunggal


Ini dia tengah main lagu Tanya Sama Pokok

Ini lagu Lelaki Seperti Aku

Macam mana saya tahu?



Sebab...
Sebab...
Sebab...







Ai lah penyanyi solonya...*blush*

Wednesday, January 18, 2012

Diet Uols



Uols ai sekarang tengah diet.
So pagi-pagi ai cuma makan mee / bihun sup.
Tapi ai pilih mangkuk yang paling banyak isi
Lepas tu kaut ayam bebanyak dalam sup tu

Malam-malam pun ai makan hot dog jer.

Nilah ghopernya. Yang ni Mr. Daddy yang buatkan. Ai tak sihat. Uhuk...uhuk...batuk. Haaaaah-cem....bersin.
Ai cuma makan 3 ketul jer...

Ai memang dah nekad nak diet sebab tu ai jaga makan ai.
Irfan pun join jugak.
Tapi dia cuma makan sosejnya jer...
4 ketui.

Sosej untuk Irfan

Bersungguh-sungguh kenit ni makan.


Daddy pulak cuma makan sosej dua ketul. Maklumlah yang lain habis dibantai dek bini ngan anak dia.









Eh, kejap! Kompius nih. Mr. Daddy atau ai yang diet sebenarnya?


Tuesday, January 17, 2012

Header Baru

Yea...azam pertama di tahun baru sudah tercapai
Gigih mengubahsuai gambar untuk dijadikan header blog yang tidak berheader ini.
Tapi ada macam nak tukar balik tuh...
Nak carik gambar yang lagi nostalgik dan gedik

Ni kalo Irfan tengok kompom senyum sampai telinga.
Mamat kenit tu suka giler kalo gambo dia jadi tatapan umum.
Perah-san!

Owh, masa hujung minggu hari tukan, teman daddy terminated P1 dekat PJ.
Sementara daddy buat urusan kat dalam, Irfan berlegar-legar lah.
Lari sana sini ikut semangat dia.
Saya pun dok kejar ke hulu ke hilir...
Tapi I cuma lari-lari manjer gittiew...kontrol jelita.

Sekali masuklah satu family yang terdiri daripada Ayah, Emak, dan empat orang anak gadis dari umur 12 tahun sampai 2tahun.
Irfan dah pandang-pandang.
Saya dah berdebar.
Tolonglah jangan...tolonglah jangan....doa saya dalam hati.

Irfan berjalan kool arah budak perempuan yang paling besar.
Saya jalan laju sebab nak kejar Irfan.
Niat di hati nak tarik dia pergi ke daddy sebelum dia buat hal.

Sekali tak sempat.
Sampai dekat dengan budak perempuan tu selamba jer Irfan cakap




"HAI..." sambil senyum comel.

Budak perempuan tu dah terpinga-pinga.





Saya?
Terus carik meja nak menyorok.


Benci tau! Suka buat mami malu!!!


Blue Lagoon, Port Dickson

Sebelum ni dah cerita Road to PD for MAK's Birthday.
Gambar dalam laut baru dapat, so marilah mencuci mata melihat kehijauan air laut.



Irfan help Mak Tok potong kek. Sebelum tu dua kali pasang lilin sebab si kenit ni sibuk nak tiup jugak. Maklumlah birthday dia kan setahun enam kali.


Cabar ye mak tok Irfan rasa dulu. Kalau cedap baru Irfan bagi mak tok sikit.


Emmm. Cedap.Nah mak tok makan sikit.


Ok, mak ngah pulak suap mak tok...


Berenti makan sat.


Enjoy the water. Walaupun namanya Blue lagoon tapi airnya warna hijau dan agak jernih.


Nampak, hijau kan.


Nampak, jernih kan.


Irfan sangat enjoy bersama pelampung Ultramennya. Sampai masuk mandi pun dibawanya pelampung tu sama. Dah bilik air kecik dengan pelampung dia lagi....


Mak cik-mak cik Irfan belanja air-krim, dijilatnya sekali terus muka berkerut. Katanya, "Eeeee, tak sedap!"


Mengamuk nak masuk semula dalam laut. Dia tengah kemaruk nak berendam. Tapi orang yang nak jaga dia dah tak larat.


Tak puas hati bila disuruh naik, sedangkan dia masih nak main air.


Saturday, January 14, 2012

Warkah Buat Kekasih

Kekasihku,
Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara, hanya blog bisu ini yang menjadi penghubung antara kita.

Kekasihku,
Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan hubungan kita walau telah lama kita bersama. Demi masa depanku aku terpaksa.

Kekasihku,
Aku tahu kau pasti akan bertemu dengan penggantiku yang lebih penyabar melayan kerenahmu. Aku sudah tidak sanggup lagi. Aku tidak mahu lagi anakku mendengar setiap kali aku memaki hamunmu kerana aku percaya kepimpinan adalah melalui teladan.

Kekasihku,
Pernahkah kau tahu aku menjadi sakit hati setiap kali kau buat hal aku terpaksa menghubungi keluargamu. Mengapa? Mengapa harus kau melibatkan mereka kekasihku? Sudahlah keluargamu suka benar berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin namun janji hanya tinggal janji.

Kekasihku,
Walau setiap bulan aku perlu menghulurkan wang saku kepadamu tetapi kau tetap tidak menjalankan tugasmu dengan sempurna. Sering sahaja kau celus dan keluargamu pasti meminta aku bersabar. Tetapi sampai bila kekasihku.

Kekasihku,
Aku berterima kasih kepadamu kerana selama kita bersama telah banyak jasamu kepadaku. Saat aku berduka aku datang kepadamu lalu kau menghiburkan aku. Saat aku kesepian aku datang kepadamu lalu kau tanpa jemu menemankan aku.

Kekasihku,
Walau telah banyak jasamu kepadaku namun aku tidak dapat menolak fitrah manusia yang selalu mahukan yang lebih baik. Sejak aku diperkenalkan kepadanya aku menjadi sangat teruja untuk memiliki dia.

Kekasihku,
Sekali lagi aku mohon kemaafanmu. Andai kau bertemu dengan teman baru satu sahaja pintaku, bahagiakan dia tanpa jemu. Jangan kau sakiti dia seperti kau sakiti aku. Aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu.

Kekasihku,
Sebagai tanda ingatan yang kau pernah bertakhta di hatiku aku sispkan gambarmu di blogku. Biar semua orang tahu bahawa tiada dendam di hatiku....
Selamat tinggal kekasihku.