Wednesday, September 1, 2010

Cuti Merdeka yang Tidak Produktif

Cuti Merdeka semalam, 31 Ogos 2010 kami sekeluarga tidak ke mana-mana pun. Tak larat sebab tak bangun sahur. Masa berbuka pun tak makan banyak sebab tak selera.

Jadi kami pakat-pakat dok kat umah jer...jimat juga duit dan tenaga. Lagipun nak bawa si herokecil ni keluar kena ada tenaga lebihan sebab si kecik kalau keluar saaaaaaaaaaaaangatlah lasak. Pegang itu-pergi sini-panjat sana-cuit sini....owh sungguh meletihkan. Bila ditegah mulalah dia mengeluarjan aura suaranya yang macam guruh berdentum tuh...memang sure satu psaraya akan toleh...

Dok kat umah pun tak delah kami goyang kaki sangat...kami menguruskan kerja-kerja pembungkusan batu berlian tampal yang diorder oleh pelanggan-pelanggan yang budiman.

Sekian, begitulah aktiviti yang tidak produktif kami di hari merdeka....

Monday, August 30, 2010

Semasa Cuti Nuzul Al-Quran

Jumaat lepas seperti semua orang sedia maklum adalah cuti umum untuk Selangor dan Penang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Celcom kono kojo...hikhikhik

Saya di rumah bersama herokecil yang semakin lasak dan aktif...Sungguhlah penat melayan kerenah dia seorang. Lepas satu-satu "kerja" yang nak dibuatnya. Pendek kata memang tak menang tangan-tak diam mulut melayan dia.

Hari Jumaat tu dia memantapkan lagi skill memanjatnya...Aduyai kecut perut saya...Ada saja akalnya...

Tengoklah tuh...selamba jer dia...Mummy yang rasa jantung nak jatuh ke bawah.

Last-last bawa dia main dekat bawah...Wah memang happy go-go lah dia...tapi lepas tuh mummy semput balik sebab dia pergi kejar anjing yang melintas tepi taman tuh...Kang kono gigit dek anjing tuh tak pasal-pasal jer nak oi..

Muka tak pueh hati bila mummy kata anjing tu HARAM!!!


Ko pun satu eby!! Faham sangatlah budak cenonet tu makna HARAM...


Thursday, August 26, 2010

Raya...raya...raya

Hari Khamis minggu lepas kami tiga beranak berbuka puasa di luar. MR. Daddy tetiba nak makan Pizza Hut...walaupun hakikatnya mummy yang makan lebih...owh owh owh betulkah MR. Daddy yang nak makan Pizza Hut ittew...

Kami pergi makan di Jusco Bukit Tinggi, Klang sebab itulah tempat yang paling dekat dengan rumah kami, lagipun esoknya hari Jumaat tu mummy jer yang cuti MR. Daddy kena kerja...kehkehkeh....owh MR. Daddy sangat jealous bila mummy dapat bergolek-golek di atas tilam yang empuk lepas solat Subuh.

Owh kembali ke tajuk asal...masa sampai di Jusco tu mummy tengok depa dah buat dekorasi raya dekat ruang legar depa...berinspirasikan raya dengan suasana kampung...Mummy sempatlah snap beberapa keping gambar tapi ada gegar sikit sebab itu herokecil dah mula menggelupur mahu masuk ke tempat dekorasi itu...

Ala-ala rumah kedai kampung gitu...bawah kedai atas tempat tinggal


Ada ayam-itik lagi...geram jer herokecil mummy nengok ayam putih tu



Masa mummy tengah snap gambar nih...herokecil dah pun berada dekat ayam-itik tadi. Ya Allah nak oi..jahanam dekorasi orang nih...

Wednesday, August 25, 2010

OooooooooOh Teman...

Saya ada kawan...Saya kenal masa zaman-zaman belajar dolu-dolu...
Kawan saya ni lhaki-lhaki...
Sejak-sejak habis belajar akhir tahun 2003 kami dah putus hubungan...
Dengar-dengarnya dia merajuk sebab kekasih hatinya berkahwin dengan orang lain...
Jauh membawa diri...ke mana tidaklah diketahuinya tempatnya

Tetapi pada pertengahan tahun 2010 ni kitorang jumpa balik kat dalam FB...
So...bila dah jumpa tuh biasalah bertanya khabar berita-dah kahwin ke belum-anak dah berapa-tinggal kat mana-kerja apa-dan bla bla bla

Dipendekkan cerita dia pong beritahu pada saya dia sekarang tengah masyuuuuuuukkk....
Owh...saya kata baguslah...rezeki dia.
Katanya saya tak nak ke jadi macam dia....hidup senang-tak payah kerja dengan orang-habiskan banyak masa dengan family-pergi melancong-dan bla bla bla
Hmmmmm...dekat fikiran saya macam ku tahu jer bisnezzz apa yang sedang dibuatnya.
Tapi saya tidak memberikan jawapan yang diharapkannya...

Kawan saya ni tak putus asa...pujuk lagi dan lagi dan lagi...
Tahu bisnesss apa yang dibuatnya? MLM-->meniaga larut malam (Multi-Level-Marketing)
Aduhai saya kalau bisnes jual barang saya gagah lagi tapi kalau jual air liur nih...payah dek non!
Dengan baik saya tolak...tapi katanya saya ni tolak rezeki-tak nak maju-cepat puas hati dengan apa yang saya ada-takut nak mencuba-dan bla bla bla

Lantak kaulah labuuuuu...
Dah kukatakan aku tak mahu...maknanya tak naklah...
Katakan TIDAK! kepada MLM...
Saya terasa MLM nih macam menipu orang...itu perasaan saya, orang lain punya perasaan saya tak tahu..!
Cuma yang saya minta kalau dah orang kata tak nak tu tok sah lah ko kondem-kondem...
Setiap orang ada hak untuk menolak dan menerima...


Ada Faham?

Sekian, saya yang tak minat MLM...meniaga ada barang saya OK!

Monday, August 16, 2010

Saya pun nak cubaaaaa

Bila tengok orang lain buat dan boleh berjaya saya pun terhegeh-hegeh nak cuba...
Bila tengok orang lain buat dan boleh pergi lebih jauh saya pun teringin gak nak mencuba

Cuba apa?
Cuba nak berniaga...

Ada tak sesiapa yang nak beli batu berlian tampal?
Batu berlian tampal tu apa?

Alah batu berlian yang orang tampal kat baju....
Kat tudung...kat t-shirt....kat blouse.....kat topi.....
Batu perhiasan tuh...
Jadi entry kali ini saya buat entry pengenalan...
Nanti untuk entry akan datang saya upload banyak-banyak gambar batu berlian tampal tu...
So sesapa yang terasa nak beli...silalah emel saya ok!

gifi.groupofcompanies@yahoo.com




Ini gambar pengenalan kepada batu berlian tampal tuh...Tapi saya ada banyak lagi yang lebih cantik-mantik...Harganya pun sangat berpatutan ok! (Yang atas tuh RM11.00 / Yang bawah RM RM6.00)