Wednesday, March 23, 2016

Fun Time... Potong Kain :)

Assalamualaikum...

Sementara semangat ni baiklah kita habiskan terus tutorial baju kurung kita ni.
Semoga ada manfaatnya kepada mereka yang nak jahit sendiri baju raya tahun ni.
InsyaAllah...

Ok... now masa nak memotong.
Tapi sebelum tu sila sediakan peralatan-peralatan yang mencukupi.

(1) Kayu pengukur
(2) Pita ukur
(3) Kapur / pensil penanda
(4) Gunting (yang tajam)
(5) Kain

Sedikit tips ye...
Untuk mereka yang pertama kali nak mencuba kak jeng nasihatkan beli kain cotton yang coraknya bersepah. Sebab apa? Sebab mudah untuk korang nanti nak gunting kain tu. Nak melintang ke, nak membujur ke, boleh saja. Dan lagi satu belilah lebih sikit. Lets say biasa korang buat baju kurung tu dalam 4 meter sepasang, cuba beli 4.5m atau 5m terus. Takut-takut masa gunting tu ada yang tersalah gunting so ada kawasan spare. Jadi tidaklah keseluruhan kain tu terbuang. Tak gituh.

Ok jom mulakan.


  • Ni contoh kain bunga bersepah so boleh potong membujur atau menegak. Tiada masalah.
  • Pastikan kain yang bahagian dalam (upside down) menghadap keluar masa nak tekan polar tu.
  • Kain lipat dua mengikut ukuran panjang baju.
  • Letak polar ikut gambar.
  • Pastikan kain pada bahagian kiri / kanan polar dilebihkan.
  • Tandakan keliling kain mengikut polar.
  • Kemudian tandakan pula 1/2" lebih besar pada bahagian kiri dan kanan polar.
  • Manakala bahagian bawah polar tandakan 1 1/4" lebih besar daripada polar.
  • Selepas dipotong korang beginilah sepatutnya ukuran kain.
  • Kiri kanan lebihan 1/2"
  • Bawah lebihan 1 1/4"
  • Angkat dan ketepikan polar
  •  Lepas alihkan polar, lipat kain menjadi dua (gambar kiri).
  • Potong sedikit hujung kedua-dua bucu kain yang telah dilipat tadi (gambar kanan).
  • Lipat dan ketepikan.





  • Untuk tangan dan pesak juga sama.
  • Bahagian atas tangan dan pesak (yang akan bersambung dengan badan) dilebihkan hanya 1/2".
  • Manakala bagi bahagian bawah pula dan bahagian buka tangan dilebihkan sebanyak 1 1/4"
  • Manakala untuk kekek, lebihkan keliling kekek itu sebanyak 1/2"
Untuk tebuk leher rujuk entry sebelum ni.

Ok dah siap potong kain.

Lepas ni sedia untuk menjahit eh.

Till then byeeeeeeeeeeeee


No comments: