Wednesday, July 22, 2015

Aidilfitri - Ruam Panas - Gamat eMas

Assalamualaikum semua...
Assalamualaikum dunia...

Salam Aidilfitri buat mereka yang mengenali saya secara peribadi...
Salam Aidilfitri buat mereka yang mengenali saya melalui blog saya...
Salam Aidilfitri buat mereka yang datang ke blog saya setelah dipandu oleh cik google...
Salam Aidilfitri buat semua samada kita kenal satu sama lain, mahupun tidak pernah mengenali.

Tahun ni raya saya tak bercuti kecuali pada hari raya pertama, kedua dan ketiga.
Senin dah masuk koje balik.
So bagi mereka yang baru masuk kerja hari ni, selamat kembali bertugas.
Ramailah tu yang ber# #semangatyanghilang #moodkelaut #masihmoodraya #naksambungcuti
Biasalah tu bila dah dapat cuti yang agak panjang, mood nak masuk kerja tu memang macam dirantai-rantai, kemain berat segala sendi-sendi dan otot-otot badan nak pergi kerja.

Mujurlah saya tak cuti panjang so pagi Isnin tu memang tak ada masalah nak pergi kerja.
Sebab cuti rasa macam cuti hujung minggu jer.
Tapikan raya hari tu kan.....
Sian ke Nuha, penuh satu belakang dia tumbuh ruam panas yang merah-merah tu.
Tengok pun dah tahu gatal.


 Tengoklah terukkan.
Bila dia berpeluh... lagi sakan ruam tu jadi merah. Sian dia merengek gatal.
Minta mami dia tolong garukan.
Kita pun jadi sedih and tak sampai hati. Perangai emak-emak memang macam tu.
Ruam ni start naik tumbuh sehari sebelum raya.

So, lepas mandi je... tab kan badan dia dengan tuala bersih tu.
Then terus lumur dengan KRIM GAMAT.
Sapu pelan-pelan bagi rata seluruh belakang.
Lepas tu baru pakai baju.



KRIM GAMAT ni mengandungi ekstrak Gamat dan Aloe Vera yang semua orang memang dah tahu elok untuk kulit.
Aloe Vera ni dia sejuk, so bila dia dah meresap dalam kulit kita, kulit akan jadi lembap dan tak kering.
Fungsi ni yang akan mengurangkan rasa gatal.

Nanti bila dia dah melasak main, berpeluh-peluh, ruam pun naik merah-merah saya sapu pulak dengan GEL GAMAT.
GEL GAMAT ni memang sesuai untuk luka basah.
Ia mengandungi ekstrak Gamat dan Teh Hijau.


Dannnnnnnnnnn
Alhamdulillah selepas 3 hari dengan izinNya, belakang Nuha "bersih" semula.
Dah tak mengadu gatal-gatal or pedih -pedih lagi.



Sayalah orang yang paling happy.
Tak ada dah tengok dia tergaruk-garuk dah macam apa.
Yang ada anak eczema pun bagus pakai ni.
Tak ada bahan kimia merbahaya mahupun bahan kimia berjadual yang boleh memberikan kesan sampingan.

Untuk Keterangan Produk / Nasihat Berkaitan Produk / Pembelian Set Percubaan boleh hubungi saya : 012-616.3705 (eby)

Juga dijual di dalam pek percubaan berkembar 3gram (KRIM GAMAT + GEL GAMAT)
Hubungi saya untuk pembelian dan penghantaran.

KRIM GAMAT dan GEL GAMAT ni sebenarnya sangat SERBAGUNA.
Ada macam-macam lagi kebaikannya.
Yang paling penting ianya BERSIH dan HALAL keluaran Gamat eMas Sdn Bhd.



Wednesday, July 15, 2015

Hutang PTPTN Tetap Dipanggil Hutang

Pernah berselisih pendapat dengan seorang kawan pasal hutang PTPTN ni.
Kisahnya sebab saya tak setuju dengan pendapat dia, dan dia juga tidak setuju dengan pendapat saya.

Masa tu tengah riuh pasal bebudak lepasan U mintak kerajaan mansuhkan hutang PTPTN.
Kononnya PTPTN ni ada riba'
Banyak menipu dan bla bla bla

Oklah fine ada satu tahap memang saya rasa interest PTPTN ni agak tinggi.
AKAN TETAPI
Semua tu sebenarnya dah ditulis di atas beberapa helai kertas putih dengan tulisan cetakan komputer warna hitam yang dipanggil PERJANJIAN yang mana kamu, kamu, kamu dan aku juga MALAS untuk membacanya.

Sebab masa tu misinya adalah mendapatkan duit untuk tampung kehidupan bergelar mahasiswa / mahasiswi.
Jadi kenapa waktu DIPAKSA bayar nak buat-buat sawan kononnya PTPTN ni serupa Ah Long, interest tinggi, mengenakan riba' yang haram, bla bla bla.

Sekalipun kita nak mansuhkan PTPTN tu yang masih dalam status BERHUTANG silalah bayar HUTANG kita tu.
Tak kan berkat hidup kita selagi yang dipanggil HUTANG itu masih tidak kita selesaikan.

Saya habis belajar tahun 2006 tapi start bayar PTPTN tahun 2010 dengan nilai pembayaran tahun pertama hanyalah RM 50.00 / bulan.
Ya hanya RM 50.00 sebulan. 
Sendu sangat kan.

Tapi year by year saya naikkan jumlah tu seiring dengan peningkatan hidup saya dan sekarang selepas 5 tahun daripada jumlah asal RM 28,000.00 dah tinggal suku.

Bayar hutang itu WAJIB.
Sebab kita yang memilih untuk berhutang dengan mereka.
Asbab HUTANG itu kita layak bergelar MAHASISWA / MAHASISWI.
Asbab HUTANG itu kita mampu mencari pekerjaan
Asbab HUTANG itu kita merasa pakai kereta besar
Jadi bayarlah HUTANG itu supaya ia menjadi asbab pula untuk kita hidup dengan lebih tenang dan gumbira.

Wednesday, July 8, 2015

Kenangan Ramadhan Yang Tetap Segar

Assalamualaikum semua...
*kenyit mata sebelah sambil lambai tangan*

Sepanjang Ramadhan ni saya selalu akan terkenang kisah-kisah Ramadhan sepanjang usia saya kenal Ramadhan.

Tapi dalam banyak-banyak Ramadhan yang saya lalui... Ramadhan 2012 paling terkesan di hati saya. Sangat-sangat terkesan!

Ramadhan 2012...
Dua minggu sebelum Aidilfitri... itulah titik perubahan hidup saya.

Dari peristiwa itulah saya belajar dua perkara utama yang saya pandang remeh sebelum ini.

(1) BUKAN DUIT YANG MENENTUKAN SEGALANYA

Betul duit itu penting, tapi duit tetap bukan segalanya. Dalam hidup ada banyak perkara yang kita tidak boleh ambil mudah semata-mata kerana mahu cari duit lebih. 

Kesihatan, keluarga, ibadat, rehat, persekitaran...semua itu sebenarnya yang akan mencorak hidup kita. Hiduplah dengan seadanya... insyaAllah kita akan benar-benar menikmati betapa hidup itu bukan semata-mata kerana duit.

Jangan semakkan fikiran kita dengan soal duit. Usaha semampu kita yang lain serahkan pada Dia. Yakinlah Dia telah menetapkan rezeki kita, dan Dia tidak akan sekali-kali menganinaya kita. 

(2) SEDEKAH MEMBERI KITA KETENANGAN

Ya, inilah yang saya rasa. Dulu saya beranggapan, nanti kalau aku dah kaya aku akan banyak bersedekah. SALAH!!! Bersedekah sekarang kalau nak kaya. Dah banyak sedekah tapi tetap tak kaya-kaya. Check dari sudut yang lain. Hati kita tenang tak? Hidup kita mudah tak? Masalah kita kurang tak? Orang suka tak dengan kita?

Bersedekah kerana harapkan keredhaan Allah, kerana mahu membersihkan harta. Ganjaran nya tidak semestinya wang ringgit berkepuk-kepuk, emas segunung, harta sekapal. TIDAK!!! Allah boleh beri dari sudut yang lain.

Allah beri hati yang tenang. Kita tidak runsing, sentiasa ceria dan gembira. Allah beri kita kelancaran hidup. Kerja dekat pejabat jadi mudah dan lancar, kesihatan kita juga baik. Allah selesaikan masalah kita. Tiap kali datang dugaan atau cabaran, mudah jer kita jumpa penyelesaiannya, ramai jer yang nak bantu kita. Allah beri kita aura kasih sayang. Kawan-kawan pejabat senang dengan kita, jiran tetangga mesra dengan kita.

Semua tu rezeki. Kita jer yang kadang-kadang nampak semua tu macam remeh. Padahal cuba sekali Allah uji dengan kesihatan, baru kita sedar betapa nikmatnya hidup yang sihat. Allah uji dengan hati yang gundah gulana, baru kita tahu hati yang tenang itu juga rezeki. 

Saya belajar dari kesilapan dan saya masih lagi belajar.

Semoga saya, awak dan kamu semua akan terus belajar menikmati kehidupan dan mensyukuri nikmat Tuhan.

Assalamualaikum :) 


#Di dalam setiap rezeki kita ada terselit hak yang lain, maka tunaikanlah hak mereka...

Tuesday, July 7, 2015

Dah Julai Pun

Assalamualaikum

Ampunlah dah masuk Julai pun. Parah betullah sekarang ni. Sebulan satu entry jer naik, tapi rasa sayang lagi dengan dunia blogging ni.

Sebab kat sinilah boleh merapu meraban yang tak tentu hala.

Tapi tahun ni aktiviti agak padat termasuk dengan kerja-kerja opis. Ad-hoc yang paling tak tahan. Tapi tak pelah itukan tugas kita. Buat jer selagi masih dalam capaian kerja kita. 

Dah 21 hari Ramadhan dan tinggal lagi 9 hari nak raya.

Bulan-bulan poser ni macam biasalah sesaknya jalan macam kan..... haih malas nak cakap.

Kadang-kadang try jugak bawa-bawa bersabar tapi selalunya memang hilang sabar. Macam kan dia sorang jer yang nak cepat balik rumah. Kita ni konon-kononnya cuma nak makan angin bersesak atas jalan tu...tolonglahhhhhhhh.

Raya tahun ni kittew tak balik kampung sebab pakar motivasi tuttttt kata itu salah satu cara penjimatan. Ish...ish...ish... manalah dia belajar agaknya ek. Nilai kekeluargaan itu kan sangat tinggi. Hari ni kalau kita buat pada ibu bapa kita macam tu, one day anak-anak pula akan buat pada kita. Mahukah?

*geleng-geleng kepala*

Eh, sepanjang bulan Ramadhan ni banyak tak dapat bubur lambuk. Paling famous for sure bubur lambuk kampung baru. Tapi saya tak makan bubur lambuk sebab dalamnya ada daging. Saya tak makan daging. Selalunya bahagian saya, saya akan beri pada kawan-kawan opis yang lain. Lebih baik begitu daripada membazir kan.

Oh kuih raya tahun ni pun tak beli. Sebab :
1) Cuti raya tak panjang
2) Orang datang raya tak makan pun kuih raya
3) Kitorang anak-beranak memang kureng sikit kuih raya ni, lebih kepada kerepek-kerepek jer.

Korang???

Eh dahlah. Kan dah kata memang suka mengarut jer bila buat entry.

Tata-titi-tutu