Thursday, July 17, 2014

Ayam Percik yang Dipanggang

Assalamualakum uolls...

Hari ni ahkak sekali lagi nak up entry resepi. Tapi akak janji untuk Ramadhan ni akak tak akan up entry resepi banyak-banyak...sebab :

1. Malas nak ambik gambar
2. Malas nak transfer gambar
3. Malas nak buat entry.

Jadi anggap sahajalah ini resepi yang terkahir akan dikongsi untuk Ramadhan tahun ini.

AYAM PERCIK KAK FIFI'S STYLE

 Bahan Perap (untuk enam ketul ayam saiz) :

1. Bawang besar
2. Bawang putih (3 ulas)
3. Halia
*Ditumbuk hancur atau blend jer...sonang!

 Bahan Kuah :

1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
*blend semuanya kasi halus.
5. Santan
6. Pes cili / cili boh / cili giling
7. Gula
8. Garam
9. Minyak untuk menumis.
10. Asam jawa (sedikit)

 Kekdah Membuatnya :

1. Perap ayam selama 30 minit dengan bahan perapan. Tambahkan garam dan kunyit kalau mahu. Saya cuma tambah garam tanpa kunyit.
2. Selepas 30 minit bolehlah dibakar. Saya tak ada tempat nak bakar so saya panggang dalam pemanggang ajaib.

** Sambil tu boleh sediakan kuahnya **

3. Panaskan minyak.
4. Tumiskan bahan kuah yang telah diblend sehingga agak garing. Api perlahan.
5. Kalau mahukan kuah percik yang pedas tambahkan cili pes / boh / giling dan tumis hingga cili masak.

** Jika mahukan ayam percik style Kelantan boleh skip langkah 5. **

6. Kemudian tambahkan sedikit asam jawa. Jangan terlalu banyak takut kuah jadi masam.
7. Barulah tambahkan santan. Waktu ni kuah harus sentiasa dikacau sebab tak nak kuah jadi berketul.
8. Lepas santan dah masak barulah perasakan dengan garam dan gula.

** Kuah yang telah masak juga boleh di percikkan pada ayam yang sedang dipanggang **

Ayam Percik Kak Fifi. Dah tinggal seketul barulah dapat pedoman untuk ambik gambar. Idak kalu aku bubuh jer gambar ayam togel tu.

Selamat mencuba. Sedap uollllsssssss (o_0)v

No comments: