Thursday, July 17, 2014

Ayam Percik yang Dipanggang

Assalamualakum uolls...

Hari ni ahkak sekali lagi nak up entry resepi. Tapi akak janji untuk Ramadhan ni akak tak akan up entry resepi banyak-banyak...sebab :

1. Malas nak ambik gambar
2. Malas nak transfer gambar
3. Malas nak buat entry.

Jadi anggap sahajalah ini resepi yang terkahir akan dikongsi untuk Ramadhan tahun ini.

AYAM PERCIK KAK FIFI'S STYLE

 Bahan Perap (untuk enam ketul ayam saiz) :

1. Bawang besar
2. Bawang putih (3 ulas)
3. Halia
*Ditumbuk hancur atau blend jer...sonang!

 Bahan Kuah :

1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
*blend semuanya kasi halus.
5. Santan
6. Pes cili / cili boh / cili giling
7. Gula
8. Garam
9. Minyak untuk menumis.
10. Asam jawa (sedikit)

 Kekdah Membuatnya :

1. Perap ayam selama 30 minit dengan bahan perapan. Tambahkan garam dan kunyit kalau mahu. Saya cuma tambah garam tanpa kunyit.
2. Selepas 30 minit bolehlah dibakar. Saya tak ada tempat nak bakar so saya panggang dalam pemanggang ajaib.

** Sambil tu boleh sediakan kuahnya **

3. Panaskan minyak.
4. Tumiskan bahan kuah yang telah diblend sehingga agak garing. Api perlahan.
5. Kalau mahukan kuah percik yang pedas tambahkan cili pes / boh / giling dan tumis hingga cili masak.

** Jika mahukan ayam percik style Kelantan boleh skip langkah 5. **

6. Kemudian tambahkan sedikit asam jawa. Jangan terlalu banyak takut kuah jadi masam.
7. Barulah tambahkan santan. Waktu ni kuah harus sentiasa dikacau sebab tak nak kuah jadi berketul.
8. Lepas santan dah masak barulah perasakan dengan garam dan gula.

** Kuah yang telah masak juga boleh di percikkan pada ayam yang sedang dipanggang **

Ayam Percik Kak Fifi. Dah tinggal seketul barulah dapat pedoman untuk ambik gambar. Idak kalu aku bubuh jer gambar ayam togel tu.

Selamat mencuba. Sedap uollllsssssss (o_0)v

Wednesday, July 16, 2014

Ikan Kerapu Sweet Sour buat Mertua

Wah tajukkkkkkkkk tak agak-agak.

Sajer jer buat tajuk canggitu. Barulah nampak style...hakikatnyaaaaaaaaaa lemau.

Dah tinggal lagi 11 hari Ramadhan baru dapat hidayah nak kongsi resepi. Gambar berzaman dah transfer. Siap dengan resize watermark bagai tapi tiap kali nak update entry resepi mulalah kemalasan melampau datang.

Ok sekarang mari kita cerita resepi kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Since first day Ramadhan tu memang saya memasak setiap hari kecuali kalau berbuka di rumah IBU atau MAMA. Itu excuse. Tapi last week masa balik rumah MAMA terbuka pulak hati nak memasak. Kiranya kita bawa lauk siap jer terus ke rumah MAMA. Tapi kompom dengan MAMA dulu masak apa hari tu. Buatnya MAMA masak mee ke bihun ke, tak memasal lari tajuk pulak lauk yang saya masak tu. Kompom MAMA masak nasi.

So decide untuk buat ikan kerapu masak sweet sour. Jadi marilah kita berkongsi resepinya.

IKAN KERAPU SWEET SOUR

 Bahan - bahannya (untuk dua ekor ikan kerapu saiz kecil) :

1. Bawang besar (seulas) - hiris
2. Bawang putih (tiga ulas) - ketuk
3. Halis (besar ibu jari - 3 ketul) - hiris
4. Tomata (saiz sedang - 2 biji) buang kulit - cincang halus / hancur. Malas kalu boleh guna tomato puree.
5. Setengah batang timun - potong dadu
6. Setengah biji nenas - potong dadu
7. Sebiji tomato (saiz kecil) - potong dadu
8. Sedikit asam jawa
9. Sos cili / sos tomato
10. Tiga sudu besar gula perang (kalau tak ada gula biasa pun ok)
11. Satu sudu kecil garam.
12. Minyak untuk menumis.

Kekdah Membuatnya :

1. Ikan Kerapu belah tengah, ratakan dengan kunyit, garam dan sedikit tepung. Goreng garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan tomato cincang dan tumis 5 - 7 minit dengan api perlahan.
3. Masukkan pula bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga bawang besar kelihatan layu.
4. Tambahkan sedikit air. Kalau nak kuah banyak tambah air banyak.
5. Kacau hingga mendidih.
6. Tambahkan sos cili / sos tomato. Lebih kurang dalam 4 - 5 sudu besar. Lebih pun boleh.
7. Kacau lagi sampai mendidih. Then tambahkan asam jawa. Kacau lagi.
8. Lepas mendidih masukkan tomato, timun dan nenas kiub.
9. Kacau dalam 5-7 minit.
10. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.

Kemudian barulah sedia untuk dituangkan di atas ikan.

Yang ini cubaan dengan ikan bawal. Pun ok dan kebabom.

Selamat mencuba...  (0_o)v

Wednesday, July 2, 2014

Ramadha Ya Ramadhan

Hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan. Sekejapan jer rasanya kan. Macam baru sangat masuk tahun baru tetiba dah Ramadhan. Nanti tetiba lagi dah hujung Ramadhan. Haish...Tetiba jugak dah Syawal. Eh...biar betul. Tetiba pulak dah dapat berita telah kembali ke rahmatullah. Inalillah

So macam mana dengan Ramadhan tahun ni. Ada apa-apa ikrar Ramadhan yang korang buat?

Saya dengan MR. Daddy selalunya bulan Ramadhan memang akan ada ikrar yang kitorang akan usaha untuk laksanakan. Macam tahun lepas ikrar ke param cuma akan beli kuih atau air-air yang tak boleh bancuh sendiri. Dan misi kitorang berjaya. Alhamdulillah. Bukan apa nak mengelakkan pembaziran.

Dan Ramadhan tahun ini kitorang berikrar untuk tidak langsung ke param. Tahun ni nak masak. Menu untuk berbuka apa pada setiap hari juga sudah disediakan. Kekdahnya siapa sampai rumah dulu dia mesti terus ke dapur. Then siapa yang balik kemudian dia akan sambut baton.

Gitu!

Apa yang penting kerjasama. Iyelah kena faham sama-sama keluar kerja, sama-sama puasa so sama-samalah masak. Bergabung meletops!!! Tak jatuh aih ego suami kalau kena tolong isteri dekat dapur. Kalau idak pun settlekan anak-anak. Ini isteri bersilat dekat dapur cik abe melingkor main handphone. Tepat waktu berbuka lauk tak siap tahu pulak nak bising dengan isteri. Tak patut...tak patut.

Untuk bersahur pulak panaskan jer lebihan lauk waktu berbuka. Ada separuh orang dia tak boleh ulang lauk sama lagi-lagi kalau lebihan. Kitorang no problem! Lagipun subuh-subuh syafie tu takat mana sangat tekak ni lalu nak makan. Waktu sahur ni konsep makan bukan untuk kenyang tapi untuk lapik perut. Lagipun dalam sahur ada keberkatannya kan.

Sebab both me and MR. Daddy kitorang ni terlatih bangun sahur dari kecik. Walaupun hanya untuk minum seteguk air...tetap akan bangun sahur. Tapi memang tak lah kan. Kalau dah bangun tu tak ada ertinya seteguk air dah. Wajib lah makan juga. Cuma tak berapa nak heavy.

So uolls silalah bergembira menjalani ibadah puasa. Sebab bulan Ramadhan ni bulan yang paling banyak keberkatan. Bulan yang paling mudah untuk kumpul pahala.

Yok ramai-ramai tebalkan buku kanan (o_0)v