Monday, March 31, 2014

Unexpected

Hari ni kak fifi bercooti. Cuti yang tidak dirancang so kita gelarkan sebagaikan URGENT LEAVE.

Kisahnya....

Semalam Ahad dengan Sabtu MR. Daddy kena kerja ada karnival apa ntah. Tapi hari Ahad tu karnival habis tengah hari so petang dalam pukul 4 macam tu ajak MR. Daddy pergi Bangi sebab nak beli barang jahit. Langsai terus dah barang jahit. Baju orang dah makin banyak. Tak suka kerja tertunggak ni.

So turun pukul 4. Bebudak ni happy dah. Ialah dua hari terperap dalam rumah tak kemana-mana. Sekali masa nak start kereta tak boleh. Ala-ala macam korang petik dapur gas tapi gas dah habis gitu.

Dah lah pukul 4 petang hari Ahad pulak tu. Memang tragis lah. Mintak tolong kawan MR. Daddy tapi malangnya kedai pulak tak ada buka hari Ahad tu. Nak tak nak tunggu jugaklah pagi Isnin.

Tak memasal bercooti hari ni. Dah alang-alang cuti mohlah langsaikan urusan-urusan yang boleh dilangsaikan hari ni. Selamat bekerja uollsss. Jangan nak Monday Blues sangat okeh!!



Eby Safiah melaporkan dari bengkel kereta Ah Seng.

Lama lagi ke Seng oiiiiii

No comments: