Friday, March 7, 2014

Membuka 10 Pintu

Ini ilmu yang saya perolehi sewaktu menghadiri ceramah ustazah Faizah di MOSTI. Lama jugak dah tapi asyiklah terlupa nak jadikan entry. So today saya share ilmu ni.

Jika kita mengamalkannya insya Allah dengan izin Dia akan dibukakan untuk kita:
~ 10 pintu kebaikan
~ 10 pintu kebajikan
~ 10 pintu rezeki
~ 10 pintu kemudahan
~ 10 pintu (tak ingat dah)

Amalannya mudah sahaja.

Usai solat Subuh selepas memberi salam yang kedua, dalam keadaan korang masih duduk tahiyat akhir, tidak bercakap dan masih tidak memulakan apa-apa wirid dahulukan dengan bacaan:

" La ilahilallah wah da hu la syari'kalah lahul mulkuwa lahul ham du yuh yi wa yu mi tu wahu'a la kul li syai in qadir "

Bacalah sebanyak 10 kali dan sambunglah dengan wirid biasa atau doa usai solat. Insya Allah bantuan Allah sentiasa ada untuk korang.

Sematkan dalam hati korang, yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa ada untuk memberi kebaikan, kebajikan, rezeki dan kemudahan kepada korang.

Ingat ye kata kuncinya ialah yakin dan percaya!!!

** tentang kebaikan amalan ini kalau saya ada tersalah tulis, correct me please. Ilmu ni dah agak lama saya dapat tanpa catatan jadi mungkin ada yang saya tertinggal atau tertambah. Tapi kaedah amalan ini memang yang benar dari ustazah Faizah **

No comments: