Monday, March 31, 2014

Unexpected

Hari ni kak fifi bercooti. Cuti yang tidak dirancang so kita gelarkan sebagaikan URGENT LEAVE.

Kisahnya....

Semalam Ahad dengan Sabtu MR. Daddy kena kerja ada karnival apa ntah. Tapi hari Ahad tu karnival habis tengah hari so petang dalam pukul 4 macam tu ajak MR. Daddy pergi Bangi sebab nak beli barang jahit. Langsai terus dah barang jahit. Baju orang dah makin banyak. Tak suka kerja tertunggak ni.

So turun pukul 4. Bebudak ni happy dah. Ialah dua hari terperap dalam rumah tak kemana-mana. Sekali masa nak start kereta tak boleh. Ala-ala macam korang petik dapur gas tapi gas dah habis gitu.

Dah lah pukul 4 petang hari Ahad pulak tu. Memang tragis lah. Mintak tolong kawan MR. Daddy tapi malangnya kedai pulak tak ada buka hari Ahad tu. Nak tak nak tunggu jugaklah pagi Isnin.

Tak memasal bercooti hari ni. Dah alang-alang cuti mohlah langsaikan urusan-urusan yang boleh dilangsaikan hari ni. Selamat bekerja uollsss. Jangan nak Monday Blues sangat okeh!!



Eby Safiah melaporkan dari bengkel kereta Ah Seng.

Lama lagi ke Seng oiiiiii

Friday, March 28, 2014

Kurang Pekerjaan

Sebenornya banyak jer kijer tapi biasalah kerja-kerja yang tak berfaedah jugaklah yang paling syok untuk dikerjakan.

Jadi dalam tempoh seminggu ni sajer ambik gambar tetiap pagi uniform kijer.

Lagi satu nak merasa apakah perasaannya mengetik gambo sendiri dan post di blog.

Hmmmm...rasa hebat.






Isnin sampai Jumaat.

Eh peliklah amik gambo sendiri macam gini. Memang tak buatlah lepas ni kecuali ada keperluan...

Selamat berhujung minggu...

Wednesday, March 26, 2014

The Lost World of Tambun v.2

Hai uolls. Ingat nak settlekan The Lost World dalam satu entry jer. Sekali terpanjang lah pulak. Maklumlah semua benda nak cerita gitulah jadinya. Itu lah sebab zaman study dulu bila lecture kata highlight perkataan penting satu buku ahkak highlight sebab rasa semua pun penting. Kalau ada yang tak highlight pun perkataan penyambung macam di, yang, dan, ke. Lepas tu nak baca sendiri pening sebab dah penuh berwarna-warni.

Ok, sambung balik. Habis mandi bawak bebudak ni pusing-pusing dalam tu. Tapi tak jalan kaki. Tak larat dah. Tunggu train jer. Tak koser dah nak berjalan, kang ada yang tertinggal tapak kaki kat mana-mana. So naik train diorang bawak lah pusing-pusing dalam tu. Yang bagusnya train ni tak laju dan sampai dekat satu-satu kawasan dia akan berenti dalam lima minit dan bagi penerangan.

 Ok moh-moh naik train.

 Journey start... 

 Hentian pertama. Ini kawasan melombong. Kalau nak try melombong boleh datang sini. Tapi kitorang tak koser panas berdenting ha...melombong mendenya.

Tea House kawasan melombong. Tidak dibuka untuk orang ramai. Just nak tunjuk macam mana persekitaran diorang zaman lombong-melombong dulu. Nice...

Then kertapi terus gerak ke beberapa kawasan lain. Tiger valley, Swan lake, Hunted house. Tapi semua tu tak ada gambar. Bateri dah kong. Sekian terima kasih. Itulah perangai ahkak. Tiap kali pergi mana-mana time nak bergambar jer mesti dah tak ada bateri. Asal nak bergambar bateri habis. Asal bateri habis jer nak bergambar. Stressed!!!

Next destination Petting Zoo. Hype budak berdua tu sampai dekat sini. Kemain menggelupur lagi. Sebab kebanyakan binatang dilepaskan jalan sebelah ko. Yang jenis baik-baik lah. Tapi yang jenis mengejar mematuk dia simpan dalam kawasan berkurung. tapi still ko boleh pergi dekat. 

 Rakun. Menatang ni comel tapi bau hancing. Nuha mneggelupur nak kan rakun ni sekor. Menjerit-jerit dia mintak. Memang tak lah dik oiiiii. Busuk!!! Koser mak.

 Then lalu tepi sangkar ayam belanda. Hoih kemain eksyen ayam belanda ni. Bajet hot! Irfan geram. Nak ketuk kepala ayam ni boleh tak mami??? Ko nak kena sodok. 


Next part yang paling dia suka. Taman burung. Burungnya tak banyak tapi berkumpul satu tempat. So nampak penuh. Memang seronok lah bebudak ni. Ahkak jer yang dok terjerit-jerit. Ngeri aku tengok burung terbang-terbang depan muka ko. Makan patuk-patuk dekat kaki. Then hinggap dekat bahulah, dekat belakang lah. Memang tak lah hoiiiiii.

 Menteri besar lawat kawasan. Tangan silang dekat belakang ok! Mula-mula sampai dekat kawasan burung ni. Si Nuha survey dulu siapa yang akan jadi mangsa.

 Ok perlahan-lahan approach sekor demi sekor. Seronok betul dia dapat pegang burung-burung merpati tu hidup-hidup. Selalu tengok dalam gambar jer. Sempat lah dia pijak ekor burung merak. Seronok dia tengok merak tu menggelupur tak dapat berjalan. 

Masa ni dah start mengejar. Ahkak dah terjerit-jerit tarik si Nuha takut kena patuk ke apa. Budak ni menggelupur marah. Mintak lepas sebab dia nak mengejar burung. MR. Daddy ada ambik video bebudak ni kejar burung tapi dapat separuh rakam jer sebab takut speaker iPhone pecah rakam suara histeria akak. Ntah apa-apa tengok burung merpati pun histeria macam tengok orang kena pancung hidup-hidup.


Gambar dengan parrot. Nampak cantik jer parrot ni tapi garang nya ya ampun. Baru nak dekat sebab nak bergambar dia dah kembang bulu tengkuk standby nak patuk. Hak eleh macam bagus-bagus jer. Yang bawah kuning tu namanya Awang. Kahkahkahkah tak glamour langsung nama. Dia marah hoi kalau ko gelakkan nama dia. Kalau ko sebut Awang??? Lepas tu gelak-gelak. Nanti dia jerit kuat-kuat tunjuk muka garang kat ko. Tampar kang!!!

Ok settle dalam petting zoo tu gerak keluar. Masa ni Nuha dengan Irfan memang flat habis dah. Sampai Irfan jalan keluar pun MR. Daddy yang dukung. Sampai hotel mandikan, bagi susu dua-duanya, then pokpok terus tidur. Barulah mak-pak nya boleh berehat.

Malam tu keluar makan. Sempat jugak lah menyinggah ke Jusco Ipoh. Tempat kenangan tu. Pergi makan dekat persiaran stadium. Tak jauh dari hotel. Malas nak jauh-jauh. Penat, nak rehat bermalas-malasan atas katil jer.


Restoran Sabar Menanti dekat Persiaran Stadium Ipoh. Kalau makanan sampai lambat ko tak boleh marah sebab tajuk restoran dah menggambarkan segalanya...

Then balik, rehat, tidur. Esok pukul 8.30 turun breakfast. Adik Nuha kena kejut. Mula-mula tu dia bengang lepas tu baru ok. Breakfast was ok. Pilihan boleh tahan. So korang tak adalah stuck dengan empat lima jenis makanan jer. Orang agak ramai pagi tu. Tapi makanan tak sempat habis. Sebab diorang sangat pantas top-up makanan. 

Then naik bilik balik. Rehat sat. Kemas beg segala. Mandikan bebudak then mak pak budak pun ikut bersiap. Pukul 11.00 check-out. Selesai ad-hoc holiday...unplanned vacation kami.

 Ready to check-out.

 Last picture dalam bilik.

 Lobby...domok with bantal ucuk.

Abang Irfan...seronok katanya walaupun sekejap jer tempoh bercuti.

Good bye Ipoh...Good bye Tambun. Ada rezeki kami datang lagi.


Tuesday, March 25, 2014

The Lost World of Tambun

Alkisahnya......

Ad-hoc holiday...unplanned vacation. Biasaaaaaaaaaa

Memang sesungguhnya tak merancang. Tetiba tersebut di mulut dan dipersetujui maka moh kite. Ke mana???

Tak jauh dekat jer ke Ipoh...The Lost World of Tambun.

Lama dah nak ke sini tapi dok menuggu The Lost World Hotel kosong di hujung minggu. Nan ado!!! Letih menunggu. Semendang jer lah penuh. Finally decided carik jer hotel lain yang terdekat dekat The Lost World tu. Merajuk ahhh dengan The Lost World Hotel.

Kisahnya pada satu senja hari Jemahat....

D : Jerebu dah kurang kan?
M : Hmmmm...
D : Ada plan nak bawak anak-anak pergi mana ker?
M : Tak. Ingat hujung minggu ni nak menjahit jer.
D : Kita pergi Ipoh nak? Bawak budak-budak tu pergi Lost World of Tambun.
M : Bila?
D : Esok...
M : Esok????
D : Ha, kejap lagi abang carik hotel. Kemaskan beg ye.

Gituuuuuu!!! Langsung tarik baju sumbat dalam beg, zip, selesai!!! Kitorang memang pakar bab-bab mengejut, terkejut-kejut ni. Pagi Sabtu tu kejutkan Irfan macam biasa dia nak pergi school. Masa ni dia tak suspect apa-apa tapi masa pakaikan baju dia dah start bersoal jawab.

Pukul 7.00 keluar rumah...pukul 10.30 sampai hotel. Alhamdulillah smooth journey to Ipoh.

 Ber'selfie' dengan wajah gembira.

 Budak domok ni angkat terus masuk kereta, tak payah mandi. Kang sampai hotel baru mandi. Dia bukan faham lagi.

Budak domok muka besar talam. Tapi kalau panggil dia gemok depan mak cik- mak cik dia nanti kena marah, sebab mak cik dia tak bagi panggil gemok. 


Kitorang exit Simpang Pulai. Sampai jer hotel terus suruh MR. Daddy tanya kot-kot nasib baik bilik dah ready. Sekali betul kauuuuuuuu bilik dah ready. Berbunga-bunga gembira. Terus cepat-cepat parking nak check-in. So stay hotel mana?

The Heritage Hotel. Booked online with booking.com. Booking.com ni bagusnya boleh booking hotel walau tak ada kad kredit. Nanti masa nak check-in bawa slip booking yang korang dah print out tu tunjuk jer dekat receptionist. Pakai booking kitorang dapat RM170.00 ++/night/room. Kalau walk in rege untuk bilik yang sama adalah RM300.00++. Separuh jimat ok!

OK moh kita meneroka ruang bilik dulu. Pada saya biliknya ok sangat. Bersih dan kemas. Bilik mandi pun bersih dan tidak berbau. Katil king size muat kitorang empat beranak. Nora bagi empat bintang!

 Hallway. Irfan tengah inspection tahap keteguhan katil. Lulus dengan cemerlang !!!

 This is the king size bed for 4 of us. Kenit tu dah mandi setelah 3 jam setengah meninggalkan rumah. Ada dia kisah. 

 TV, meja and other accessories. Seluar tu buat tak nampak jer lah ye.

 View from our room, seventh floor. Belah petang memang terik amat sebab menghadap matahari turun.

 Toilet. Clean and neat. Nora bagi empat bintang.

Shower and bath tub. Kegemaran Nuha dengan Irfan. Lagi-lagi si Nuha. Asal dengar ada yang nak masuk bilik mandi dia pun menggelupur bukak baju nak mandi jugak. Sabor jerlah. Sehari dekat enam kali mandi.


Then settle letak barang semua dalam bilik, gerak ke destinasi yang sebenarnya. Ops sebelum lupa The Heritage ada parking lot yang cukup untuk korang parking kereta korang. So no problem. Ok dari hotel ke The Lost World of Tambun lebih kurang 2.5km. Tak jauh sangatlah tapi sebab terpaksa rentas traffic light bagai rasa macam jauh.

Sampai tambun pukul 12.00 macam tu. Matahari tengah terpacak. Panas tapi berangin. Terik tapi tak berbahang. Cemana tu??? Yes itulah keistimewaan Ipoh. Masa study dulu pun gitulah. Tengah hari buta tengok tv dekat hall siap pakai selimut. Bebudak rumah kata tebiat nak mampos agaknya. Tapi ahkak memang jenis kurang berpeluh...sejuk memanjang. Dah macam reptilia berdarah sejuk.


Welcome To The Lost World of Tambun. First time sampai. Masa belajar dekat ipoh dulu The Lost World ni dalam pembinaan fasa akhir.

Tiket masuk. Dewasa RM 50.00 / person / entry. Budak (4ys above) RM 43.00. Budak ni dia bukan setakat tengok umur sahaja jer, ketinggian juga diambil kita. 

Gelang biru...main semua sampai hitam rentung.


Tapi kitorang tak pergi pun main macam-macam dalam tu sebab ada Irfan dengan Nuha. Nuha dah sah-sah tak boleh main sebab kategori baby. Yang si Irfan penakut ya rabbi. Dah bertaur ni kemain berkobar-kobar sekali sampai turn dia selamba jer dia geleng kepala undur diri tak nak main. Takuit katanya. Tak ekstrim betul bujang sorang ni. Penyudahnya main lah dalam kolam besar yang ada peringkat-peringkat ketinggian air tu. Sesekali diorang ada buat ombak gak. Itu pun dia dah happy amat dah. Nuha sampai lembik main air. Sampai satu tahap dia macam pasrah jer ombak tu datang bantai muka dia.

Gambor mandi tak ada. Sebab tak kuasa nak ambik-simpan kamera. Kitorang pergi empat bernanak kjer so tak ada tukang jaga beg. Semua sumbat dalam loker. Oh pada yang nak tahu boleh tak mandi pakai baju biasa??? Jawapannya boleh sangat. Suka hati korang lah nak pakai baju apa pun. Tapi silalah hormati pengunjung yang lain, Carilah pakaian yang sopan sikit. Tak payah lah beria benor korang nak pakai swim suit tu. Theme park jer pun.

Tapi kalau agak-agak korang datang tu waktu peak seasons macam cuti sekolah ker, long weekend holiday ker baiklah korang jangan bawak barang-barang yang berharga. Bawak duit lebih kurang sudah. Sebab takut-takut korang tak dapat loker. Kitorang hari tu pun dekat setengah jam berpusing mencari dan menuggu loker kosong. Loker banyak tapi yang datang lagi ramai. Dah tu diorang bukan datang sejam dua then balik. Nan hado!!! Kurang-kurang 3/4 hari habis dalam tu.

Fuhhhh!!!! Lap peluh.


Monday, March 24, 2014

Ateeeee ke Bota Kite Yeop!!!

Hai uolllllls. Happy Monday. Happy keeeeeeee? Jangan monday-monday blues ek.

So ke mana korang hujung minggu lepas? Ahkak sekeluarga ke Bota. Atenyeee ada kenduri Yeop. Ke Bota ler kiteee.

Jumaat tengah hari tu MAMA call. Bagitau dia balik kampung sebab ada saudara MR. Daddy meninggal. Then MAMA ingatkan pasal wedding cousin MR. Daddy hari Ahad. Awalnya tak nak pergi sebab dah ada planning lain. Lagipun MR. Daddy tak warning awal-awal ada wedding weekend tu. So mind set memang tak ada nak ke sana. But then lastly decide pergi jugak.

Sampai lebih kurang pukul 12.00 macma tu. Sesat sebab MR. Daddy tak pernah sampai lagi rumah baru Pak Teh. Pusing kot jalan ni tak betul keluar balik. Pusing pulak kot jalan lain tak jugak betul, keluar balik. Then third try baru betul sebab dah ada yang menunggu.

Sampai terus cari air dulu. Panas berdenting hoiiiiiiiii. Sekali masa nak makan tengok lauk semua daging. Kak Fifi tak makan daging. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa. So MR. Daddy, Irfan dengan Nuha jer yang makan. But then later MAMA carikan ayam. Dapat makan sepinggan penuh. Puas gila. Tengah makan tu MR. Daddy dah hint hint suruh cepat sikit sebab nak balik. Dia tak larat dah kepenatan.

Salam-salam dengan sedara mara MR. Daddy...berkenal-kenalan. Irfan pun dah confused banyak benor atoknya. Atok sendiri pun dia dah tak ingat.

Selamat Pengantin Baru buat Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan. Hahahahaha ahkak lupa nama kome. Ramai bebenor berkenalan hari tu sampai nama si yeop dengan kak yong ni pun teman udah lupe. Maaf lah ye. Moga kome berdua berbahagia hingga hujung nyawa.


Wednesday, March 19, 2014

JE.RE.BU

Alhamdulillah sehari dua ni nampaknya keadaan jerebu bertambah baik, especially di Putrajaya. Setelah sekian lamanya tak hujan last Saturday-Sunday hujan turun agak lebat. Kesan cloud-seeding dan dengan izin-Nya.

Dan buat pertama kalinya setelah sekian lama berjerubu, pagi tadi pergi kerja ditemani cahaya bulan penuh. Terasa macam ahhhhhhhhhh indahnya cahaya bulan tu. Bila dah tak ada baru kita tahu menghargai. Ahkak lah tu. Pagi tadi keluar pergi kerja nampak bulan rasa macam indah sangat pagi tu. Udara pun rasa sejuk jer.

Kita manusia (tunjuk diri-sendiri) terkadang lupa yang kita sepatutnya menghargai apa yang ada dalam dakapan kita. Selalu kita tak nampak apa yang kita dah ada tapi meratapi apa yang kita inginkan. Sedangkan apa yang dah ada dalam dakapan itu jauh lebih penting daripada apa yang belum kita capai.


See, pemandangan dari rumah kak Fifi. Beza pemandangan tu waktu belum jerebu dan masa jerebu. Masa jerebu tak nampak apa dah.

Tapi ada jugaklah baiknya jerebu ni. Dek sebab berjerebu lah ahkak mengemop tetiap hari. Balik jer kerja bukak tudung, baju kerja tak salin terus capai penyapu. Memang tak guna vacuum. Habis sapu satu rumah, mop pulak. Elok pencuci lantai tu tahan sebulan dek sebab jerebu ni tak sampai dua minggu selesai ahkak gunakan. Sampai ke balcony sidai kain tu ahkak sental. Patah pinggang. Tapi syok jugak, sebab dah macam senaman. Berpeluh-peluh. Hasilnya sangat berpuas hati sebab tengok lantai licin berkilat. Anak-anak nak main pun tak susah hati sangat.

Hopefully keadaan yang makin pulih ni akan berkekalan. Tak mahu dah jerebu ni. Tapi itulah ujian dan peringatan dari tuhan. Bumi kita ni dah makin tua. Tunggu masa jer......

Tuesday, March 18, 2014

Da-tim

Sejak dah ada anak-anak ni...inilah antara satu benda yang kitorang jarang dapat buat. Ke tak pernah dah. Ke mana-mana pergi sure ngangkut berdua tu. Acaner nak dating?

Mana tak nya baru pasang hajat nak keluar berdua...kononnya nak tumpangkan bebudak kat rumah MAMA tapi tak sampai seminit sure tukar fikiran. Kesian lah, tak seronoklah, rasa bersalah lah, nanti mesti teringat kat anak-anak lah...penyudahnya gerenti berangkut semua. Walau hakikatnya dah tahu dah kalau bawa bebudak hiruk pikuknya macam mana...! Tapi tetaplah kannnnnnnnn

Ahkak Fifi memang salute parents yang boleh luangkan masa berdua-duaan. Hiasih *sigh*

Macam tahun lepas planning bercuti ke langkawi. Asalnya nak pergi berdua. Pagi booked untuk kitorang, tak sampai tengah hari masukkan nama budak berdua tu. Rasa tak sampai hati nak tingglkan. Penyudahnya sepuluh hari sebelum pergi tukar lagi fikiran. Kali ni dengan MAMA and IBU sekali kitorang masukkan nama.

Muahahahaha...langsung bertukar tema percutian. Daripada tema honeymoon kepada tema mother's day. Kekekekeke...

Tahun ni pun ada rancangan gak nak bercuti lagi. Entah berapa ramai battalion pulak yang kitorang angkut kali ni. Entahlah hati tisu memang gitu kot. Bila planned nak pergi mana-mana tu mulalah terbayang muka yang itu, muka yang ini. Haish...

Tak pelah tunggu lah anak-anak dah bersor esok baru keluar datim semula. Itu pun kalau umur panjang dan masih ada tenaga. Idak kalu duduk rumah sajalah. Kau pandang muka aku, aku pandang muka kau...

Macam-macam keletah...acaner nak tinggal?



Yang benar,
Ahkak Fifi

Aktiviti Outdoor yang Dikurangkan

Masih menanti berita dari #MH370. Banyak spekulasi yang berlegar, banyak andaian yang dibuat, banyak mulut yang bercakap tapi hanya DIA yang tahu SIAPA yang BENAR. Moga dia permudahkan segala urusan.

Back to our regular life...

Jerebu masih teruk. Dekat Putrajaya pun tak nak kalah. Even Sabtu-Ahad lepas hujan yang agak lebat tapi still degil benor jerebu ni semua. Masa hujan turun nampak jerebu semua hilang tapi bila hujan berhenti jer start naik balik jerebunya. Dugaan sungguh.

Sabtu-Ahad lepas MR. Daddy kena kerja. Ada event. So ahkak dengan bebudak tinggal lah dekat rumah. Si Irfan bangun jer tido tengok daddy nya tak ada terus melalak. Bila bagitahu daddy work lagi kuat dia berlagu. Malas nak layan, biarkan jer dia menangis. Penat kang berenti lah tu.

Then petangnya MR. Daddy balik dalam pukul 4.30 macam tu. Terus si Irfan meronta mintak bawa dia keluar jalan-jalan. Boring katanya. Tak ada ke manapun since jerebu teruk pergi makan jer. Carik yang indoor. Lepak dekat old town white coffee cyberjaya.

Ahad tu bawak pulak pergi Alamanda belah petang jugak. Oi ramai pulak umat manusia. Maybe sebab jerebu so memasing carik indoor jer buat lepas gian nak keluar. Masuk parkson tengok orang berkerumun dekat kawasan handbeg pergi jugak menyibuk. Beli satu. Tak ada sebab pun saja menggatal. Irfan pun dapat sekotak mainan. Ganti sebab rasa bersalah tinggalkan dia Sabtu-Ahad. Gitulah perangai MR. Daddy. Sabtu-Ahad kalau dia kena kerja nanti anak-beranak yang kena tinggal dapatlah habuan.



Bawak main kereta control ni time jerebu belum teruk. Dekat dataran depan masjid.


Thursday, March 13, 2014

Taekwondo dan Kasut Baru

Now Irfan dah masuk 5 years (ikut tahun) so nursery pun dah tukar. Masih di bawah penyeliaan orang yang sama cuma dia dah di hantar ke play school. So aktivit pun dah bertambah. Salah satunya play school ni ada taekwando. Jadi kenalah carikan dia kasut. Dia memang dah ada kasut cuma kasut tu tak sesuai untuk bertaekwando. Jadi mari beli kasut baru.

Beli hari yang sama keluar makan dekat Seoul Garden IOI tu. Banyak sikit pilihan compared to Alamanda. Masuk dua tiga kedai sukan. Tak jumpa yang berkenan. Ada yang berkenan tak ada saiz. Jalan lagi ke depan. Ada satu kedai sukan ni saiz ada, warna ada, tapi SA dia macam haram. Jangan kata nak layan, pandang kitorang pun tidak. Eksyen ko eh. Mentang-mentang kitorang masuk pakai selipar jepun so ko bajet kitorang tak mampulah beli kasut ko. Moh kita keluar.

Masuk kedai sebelah dia. Jumpa satu kasut warna ada, saiz tak ada. Suruh Irfan pilih yang lain dalam kedai tu jugak. Mak inchik tak larat dah nak berjoging dalam IOI tu. Nuha bukan reti jalan. Berlari macam belut. Tak ada yang Irfan berkenan. Then masa dah nak keluar tu datang sorang SA dia (maybe lebih senior yang sedang attend kitorang tu) tanya kasut mana yang Irfan nak. Then dia masuk dalam carik lagi sekali. Fortunately jumpa. Exactly seperti yang Irfan nak. Saiz dan warna. Ear to ear smile lah bujang tu. Bayar, jalan!

 Bergaya dengan kasut baru dia. Gila semangat nak pergi sekolah pagi tu. Eh, mahal ek kasut sukan sekarang ni. Kemain beratus-ratus regenya. Tak berbaloi lah sebab kasut yang Irfan pakai tu memang ringan.

Me and my new shoe

Sambil tunggu Irfan pilih kasut dia ahkak pun sibuk gak dok kelebet kasut untuk diri sendiri. Tapi bila memikirkan mungkin setahun dua lagi baru nak berjoging jadi marilah kita lupakan dulu hajat membeli kasut baru. Buat panas telinga jer nanti dengor zikir MR. Daddy.

Lepas tu ternampak kasut ni, terus teringat zaman gila-gila remaja ahkak dulu. Auwwww. Kenangan betul kasut ni. Mana ntah kasut ahkak...rasanya dah robek di makan tikus.

Tapi ahkak tidak pulang dengan tangan kosong......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selipar Pink untuk Ratu Pink
*lap air mata terharu*