Wednesday, September 4, 2013

Big [KOREAN Drama]

Ini pun salah satu penyumbang ketidak cukupan masa. Sebab menghabiskan waktu menonton drama-drama Korea ni semua. Argh tak sukerrrrrrrrrrrrrrrr tapi apakan daya cintaku tidak mungkin akan beralih arah. Setiaku tetap pada mu...Lalu bagaimana lagi untuk ku menghilangkan rasa rindu ini jika tidak menonton mu. Ah...ini semua poyo!!!

Ini drama yang selesai ditonton bulan lepas. Jom preview dengan saya.

Tajuk:
Big

Cast:
Gong Yoo as Seo Yoon Jae
Lee Min Jung as Gil Da Ran
Bae Suzy as Jang Ma Ri
Jang Hee Jin as Lee Se Young
Shin Won Ho as Kang Kyung Joon
Jang Hyun Sung as Kang Hyuk Soo

Sinopsis:
Big menceritakan tentang cinta pandang pertama antara Yon Jae dan Da Ran juga Kyung Joon dan Da Ran. Namun halangan (macam biasalah cerita korea) hampir memutuskan perhubungan baik antara Da Ran dan tunangnya Yoon Jae dan cinta Da Ran pada "kekasih gelapnya" Kyung Joon. Konflik bermula apabila Yoon Jae yang dalam perjalanan untuk menemui Da Ran mengalami kemalangan dengan Kyung Joon yang baru lepas menemui Da Ran. Kedua-dua mereka bertembung dan terhumbang ke dalam tasik. Yoon Jae menyelamatkan Kyung Joon tetapi roh mereka telah bertukar tempat. Roh Yoon Jae berada di dalam badan Kyung Joon yang koma di hospital, manakala roh Kyung Joon berada di dalam badan Yoon Jae yang sihat.

Maka Kyung Joon (bertubuhkan Yoon Jae) terpaksa menyamar menjadi tunang Da Ran kerana pada pandangan orang ramai dia adalah Yoon Jae bukannya Kyung Joon. Mereka mencari ikhtiar untuk menukar semula roh mereka kerana majlis perkahwiann Yoon Jae dan Da Ran semakin hampir. Akhirnya perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan kerana roh kedua-duanya tetap tidak bertukar.

Setahun kemudian, mereka kembali bertemu di satu majlis perkahwinan. Ibu Yoon Jae (tanpa mengetahui roh di dalamnya adalah milik Kyung Joon) telah memaksa Yoon Jae berkahwin dengan rakan sekerjanya. Demi menyelamat keremajan Kyung Joon, Da Ran bersetuju berkahwin dengan Kyung Joon (melalui tubuh Yoon Jae). Setelah berkahwin perasan Da Ran terhadap Kyung Joon berubah. Dia mulai jatuh cinta pada budak berusia 19 tahun itu namun cuba menafikannya.

Bagaimana akhirnya cinta mereka???

Clue : frust sangat dengan ending cerita ni. Mengapa begitu??????????


 

No comments: