Friday, September 6, 2013

Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan

Politeknik Kementerian Pengajian tinggi Malaysia menawarkan program pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan kepada yang berminat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik.

Permohonan online telah pun dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2013 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang ditawarkan boleh melayari laman web politeknik dan membaca iklan penawaran.

Diingatkan kepada mereka yang ingin membuat permohonan anda perlu membeli No. Pin di Bank Simpanan Nasional untuk membolehkan anda membuat permohonan secara online.

Untuk mengetahui program yang ditawarkan dan kelayakan yang diperlukan anda boleh lawati laman web politeknik : www.politeknik.edu.my

No comments: