Saturday, September 28, 2013

Sakitttt

Sakit
Dari pandangan orang alim-alim
Sebagai kifarah daripada Allah. Menebus dosa-dosa kecil. Tanda kasih sayang Allah pada kita.

Sakit
Dari pandangan ustat jadi-jadian
Sebagai balasan atas kejahatan kelakuan kita. Sekarang Allah bayar cash!!!

Sakit
Dari pandangan aku
Pergilah jumpa doktor!!
Degil betul MR. Daddy ni.



eby.safiah

Friday, September 27, 2013

Tatut Baru Tittew

Hai semua. Tittew nak eksyen ni. Tittew beli kasut baru. Warna cekelat. Lama dah tittew nak beli kasut ni. Lama dah tittew cari kasut ni. Baru semalam jumpa. Terus tittew beli.


Ta-daaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!



Finally jumpa juga kasut design macam ni yang tak bertumit. Kasut design macam ni memang banyak tapi mostly semua bertumit. Kalau ada yang tak bertumit pun design nya agak serabut sikit. Saya memang dah lama cari yang simple macam ni.

Semalam jumpa dekat AEON Jusco IOI, terus grab. Mujuq tak mahal. Kalau tak mau ku jeling jer. Saya memang jenis manusia tak pakai kasut bertumit. Wedges pun saya tak pakai. Semendanglah terpeleot. Kaki sakit, hati pun sakit. Jadi marilah kita amalkan kasut flat jer.

Siap cakap dengan MR. Daddy kalau selesa pakai, nanti nak beli lagi satu, warna merah atau dark yellow. Nasib MR. Daddy angguk jer. Bila agak-agaknya ye nak pergi lagi.




Budak-budak Bertuah

Hohohoho...Eh, Jumaat. Assalamualaikum uolls. Happy ek hari ni. Maklum sahajalah selain waktu kerja yang pendek sikit, rehat yang panjang, hari ini juga hari terakhir bekerja sebelum berhujung minggu. Weeeeeeeeeee hoooooooooo.....

Oh semalam kan kittew khen pergi khen shopping tau. MR. Daddy baik hati ajak kittew pergi shopping. OK enough. Erk susah lah guna bahasa gila-gila remaja nih. Tapi gigih kan korang guna especially yang pe-rah-san remaja ittew. Kittew lah tew.

Fine, back to nature remaja-dewasa. By the way semalam pergi IOI Mall ada barang nak beli. Lagipun nak beli puting si Nuha tu sekali. Minah debab tu cuma nak guna puting NUK yang kuning tu. Dan nak tambah lagi masalah dekat Jusco jer pulak tu yang ada jual. Alang-alang baik kita ke Jusco IOI Mall sebab di situ selain ada Jusco ada jugak banyak kedai yang boleh membantu kita meluaskan kuasa membeli belah.

Maka ke IOI kita. Masa nak sampai tu hampir terlajak simpang nak masuk sebab jalan clear. Selalu bergulung kot kereta beratur nak masuk, but this time clear. Wahhhhhhhhh heavennya. Parking mudah dan cepat. Maka kadar kekusutan turun ke paras minimum.

So keluarkan stroller masukkan Nuha. Irfan dah start merengek. Tak larat jalan lah, penatlah. Carik alasan supaya dia yang masuk dalam stroller tu. Then pujuk, so ok. Pergi beli barang, MR. Daddy dengan dua panglima tunggu dekat luar jer. Irfan pun main sendiri. Melompat, berlari. Adik yang dalam stroller dah menggelepur nak join. Tak layan, penyudahnya si kecik tu mengamuk.

Angkat adik, MR. daddy dukung. Abang pulak masuk stroller. Dan dan tu jugak adik mengamuk nak jugak duduk dalam stroller. Sabo jerlah. Abang pulak dah tak nak keluar. Tak per tak per. Dua-dua tak nak mengalah kan. Mami ada jalan penyelesaian.





Ha merasalah korang berhimpit dalam tu. Yang syoknya diam pulak tu. Walhal dua-dua tu jenis yang tak boleh berhimpit macam tu. Tapi sebab jaki punya pasal...pura-pura lah selesa. Langtak korang. Sonang kojo den. Selamba jer muka dua-duanya. Orang yang lalu-lalang pun dok pandang-pandang. Kemain tak senonoh mak-pak budak ni.



Pandai-pandailah kuruskan perut memasing. Ko ingat stroller tu besar. Saya agak lagi dua tiga kali diorang naik duet macam ni, sure patah stroller tu. Bertahanlah wahai stroller. Aku yakin kau mampu melakukannya. Cer tengok dekat tangan Irfan dengan Nuha ada duit seringgit. Itu pun bergaduh ok. Foine!! Seringgit je pun korang ambiklah sorang satu. Terus senyap. Senang gila kerja menyopping lepas tu.

Lepas ni saya agak-agak dah kena usha-usha stroller baru. Stroller yang lebih kukuh. Stroller twin tu memang tak lah. Sebab bebudak tu kang bukan nak duduk kat tempat memasing, tetaplah berebut nak duduk satu tempat. Tak faham sungguh kejakian yang menjalar dalam diri mereka ini.......

Nuha Syarafana

Nak cerita perkembangan budak kenit nih. Perkembangan makan masih macam biasa. Makan memang tak ada masalah. Kalau tak dapat makan jer yang akan bermasalah. Fenin melayan kerenah dia. Kalau lambat bagi dia makan tapi dah tayang makanan tu depan muka dia siaplah dia menjerit macam kerasukan. Stressed kak ton.

Now dah mula nak berjalan-jalan. Merangkak sikit dapat tempat berpaut terus berdiri. Lepas tu berjalan berpaut ke dinding lah, kerusilah, kusyenlah. Jatuh bangun tapi tak pernah mengalah. Good job daughter. Kuat semangat. Macam tu lah anak mami.

Maybe by age 1 year old dia dah boleh berjalan. Lambat sikit compared dengan abangnya. Abang dulu 9 months tu dah berlari kejar anak anjing. Memang mami dengan daddy marathon jer lah time tu. Now tunggu giliran adik pandai berjalan pulak. Tak tahulah apa yang nak dikejarnya pulak.

Ini gambar last week. Masa ni rambut dia tengah panjang. Bila dia rimas ke, marah ke, bengang ke, dia suka garu kepala dia. so rambut dia akan jadi kusut masai macam tu. Dah macam hantu kak limah versi comel. Yang memandang pun naik rimas. Ini tidak boleh jadi...mari potong rambut.

Petang tu sebelum mandi potongkan rambut dia. Macam biasa mamilah yang akan jadi hair cutter dia. Tak potong apapun setakat trim jer bagi nipis sikit. So tak adalah bersepah benar rambut tu. Itu MR. Daddy yang sikatkan. Lepas tu dia balik stressed sebab anak dia dah tak nampak macam gegirl.

Esok-esok tu dia dapat idea. Nak bagi Nuha nampak ala-ala gegirl pergi diikatnya rambut si kenit. Budak tu pun diam jer digayakan itu ini. Lepas tu langsung tak usik.

Sampai tiga toncet budak ni dikerjakan dek bapak dia.

Thursday, September 26, 2013

#ootd #sotd

Wahhhhhhh gittew tajuk entry. Poyos sangat dah rasanya. Kemain lagi khen korang sekarang dalam fb, IG, twitterrrr segala ber#tag. Naik fenin akak membacanya. Kekadang tu langsung tak faham. MR. Daddy lagi syiok. Dia kata kalau tak faham google jerrr. Kerlas google mencari hashtag.

Saya ni namanya jer kerja menghadap komputer kiri kanan tapi bab-bab macam gini memanglah ketinggalan. Orang dah jauhhhhhh nun ke depan saya baru nak start cari lorong. Pun belum gak nak start jalan lagi. Dok lah terkial-kial kat situ jugak.

Jadi hari ini marilah kita eksen tak kena tempat ber#tag pada tajuk entry. Ada mak kisah. Janji dah guna #tag jugak. Wahhhhhhhhhhhh tiba-tiba fefeeling mengikut peredaran zaman. Puiiiiii!!!

Shawl panjang double layer. Kita #tag dia sebagai #sotd. Ha kau mampu! #shawloftheday.

Ini pakai semalam ker dua hari lepas. Ah...lantakkan hari apa pun yang penting #sotd. Shawl double layer.

Ini shawl lama tapi baru pandai nak pakai. Bajet jojie kengkonon pakai gituh. Tapi serius pakai macam ni paling mudah, paling simple, paling cepat, paling selesa.

Sekarang mula berjinak-jinak pakai shawl pergi kerja. Sebab rasa macam yakin nak pakai shawl dah sekarang. Kalau dulu takut kot nak pakai shawl sebab rasa macam hantu kak limah versi pakai tudung. Kemain serabut mabut bila pakai shawl tu. Lagi kalau dah ditarik dek Nuha. Ya Allah...tinggal inner jer kekadang tu.

Lagipun kata jual kan. Tak kan yang jual tak pakai. Now lagilah dah pandai pakai sap sap soi jerrrr. Pusing keliling sikit, pin sana sini sikit, siap! Lima minit jer...Itu yang mak inchik suka tuh.

Maka bersiap sedialah korang andainya lepas ni melambak lah gambar mak inchik dengan #ootd #sotd sesajer....Don't green vomit uolllsssssssssss

Wednesday, September 25, 2013

Selangkah Lagi

Bismillah hirrahman nirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengecapi sehari lagi kehidupan di dunia yang fana ini. Terima kasih Allah.

Assalamualaikum uolls. Berita sedih untuk hari ini; abang sepupu saya telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini selepas menderita sakit kanser paru-paru. Moga Allah ampuni dosa-dosa masa lalunya dan menempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnnn
_

Ok sekarang cerita pasal diri sendiri. Cerita frust pasal business. Biasalahkan kalau dalam business mesti ada jer yang nak potong tang corner. Itu belum lagi yang potong double line. Sabor ajerlah.

Tapi takpe kita percaya jer pada rezeki Allah; usaha, doa, tawakal. Yang potong tang corner, yang potong masa double line tu jaga-jaga ada yang merati. AES pun dah ada sekarang tau.

But still I need to thank you guys those yang potong tang corner coz' you push me to think creatif, react creatif otherwise maybe I ll stuck at the same place, I wont go further but because of you I have a guts to take another step.

End story
_

Ini cerita pasal Irfan. Semalam lepas ambil dia dari nursery, masuk-masuk jer kereta terus dia kepochi.

Irfan : Mami...mami teacher Siti nak kawin.
Me : Teacher Siti?
Irfan : Ha'ah teacher Siti nak kawin.
Me : Mana irfan tahu? *kepochi budak ni*
Irfan : Tadi masa irfan tidur irfan dengar teacher diana cakap. *sengih-sengih*

Hoih kepochi betul budak ni. Teacher suruh dia tidur rupanya dia menguping teacher dia bersembang. Irfan memang gitu. Kepochi!!!

Friday, September 20, 2013

Kerana Tudung Tingkat-tingkat

Jahat gila diorang nih. Sepanjang hari menganjing ah-kak sebab pakai tudung tingkat-tingkat.

Saya bukan tak pernah pakai tudung layer ni...pernah jer...selalu jer...cuma tak pernah pakai pergi office jer sebab tu sakan dorang pedajal hari ni.


Tersenget-senget pale nak bagi nampak tudung tingkat-tingkat ai. Itulah tudung yang dipakai yang menjadi bahan bebudak office hari ni.

Kuangjaq sungguh. Nak bergaya sekali sekala pun tak kasi can! Kena pulak pagi tadi malas ya ampun nak iron baju kurung jadi sarung seluar. Double trouble dorang membahan. Sabo ajerlah...

Wednesday, September 18, 2013

What Happeng???

**hang**
Kepala ting tong sangat lately nih. Kekadang tu rasa macam hantu penanggal. Wahhhhhhhhh perumpamaan tak agak-agak. Terus nak sama macam hantu penanggal jerrrrrrr. Meleleh air mata hantu penanggal kalau tahu nih. Dah macam tak berpijak di bumi. Melayang-layang kepala otak. Entah apa yang dipikir sendiri pun tak tahu. Yang nyata memang macam dalam khayalan.

Tambah pulak sekarang ni buat-buat busybody...lagi ting tong kepala. No complain...no complain. Lagi busy lagi banyak rezeki masuk...alhamdulillah.

Cuma bila sampai ting tong tu yang buat MR. Daddy pun naik hangin. Boleh dari awal bulan 9 tu setiap pagi Ahad menggelepur bangun, kejut MR. Daddy suruh mandi siap nak pergi kerja. Berasap jer orang tua tu. Orang tengah syok mimpi sampai ke bintang datang roket sesat langgar roket dia terus terhempas ke bumi.

"Hari ni Ahad lah honey.."
"Eh, ye ke? Ahad ye. Bukan Isnin."
"BUKANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!"

Buat muka tak bersalah tarik selimut balik. Lepas 15minit bangun balik. Terus pura-pura mengeliat.

"Eh, abang dah bangun? Hari ni kan Ahad."

Pura-pura tak bersalah. Mujur tak makan penampar. Dan insiden hampir meragut nyawa ini berulang setiap minggu. Ko mampu??? Bangun pagi Ahad dengan semangat berkobar-kobar nak pergi kerja. Rasa sangat down bila tahu hari tu Ahad....hari cuti.

#sayasayangofissaya.


Sunday, September 15, 2013

Cekodok Pisang

Semalam yang kengkononnya nak menengok bunga api tu tak jadi. Cancel!!! Hujan daaaa.

Kalo masih berdua mungkin ku tibai jugak pergi kot. Tapi ada bebudak kecik nih koser kak ton. Tengok je lah kome dari tingkap rumah.

Tak jadi pergi nengok bunga api marilah kita buat cekodok. Ada pisang sesikat tu. Asalnya pisang tu beli nak buat puree untuk budak Nuha. Dia breakfast makan buah. Tapi sekali pisang tu macam tak sedap makan mentah.

Fikir-fikir daripada membazir baiklah kita buat sesuatu. Blend, campur gula-garam sikit, campur tepung...goreng. Ha dah jadi cekodok pisang atau nama pentasnya jemput-jemput pisang.

Jemput semua ^_^

Saturday, September 14, 2013

Bunga Api...

Sepatutnya minggu balik KL tapi MAMA tak ada. Ke Ipoh jumpa adik and MAMA kata dorang tidur Ipoh. So cancel planned balik KL.

Nak keluar jalan pun tak ada mood lagi ni ada dua pasang baju officemate nak siapkan. Memang tak ada hati langsung nak keluar.

So MR. Daddy ajak pergi tengok bunga api. Korang tahukan sekarang ada pertandingan bunga api dekat Pusat Maritim Putrajaya.

Actually tengok dari rumah pun nampak tapi sajer nak bagi Irfan puas sikit tengok. Sebab kalau dari rumah agak jauh.

Tengoklah nanti kalau berjaya pergi tengok kita upload gambar. Itupun kalau merajin nak ambik gambar. Selalunya memang malaslah.


Wednesday, September 11, 2013

TUTORIAL oh TUTORIAL

Hai uolls....assalamualaikum....Apa habaq korang. Minggu ni minggu malas menaip. Ada benda nak cerita tapi dok simpan dalam kepala hotak. Badan sangat letih dan kepenatan. Minggu lepas weekend pack. Minggu ni pun untuk weekend dah ada aturcara yang menanti. The next coming week pun sama dah ada aktiviti yang memanggil. Iolls busy okeh. Wahhhhhhhhhhhhhhhhh bajet retis!!!

And to those yang wassap saya lepas waktu pejabat tu, maaf lah ye kalau saya lambat reply atau reply esoknya. Sebab lepas waktu pejabat saya memang jarang pegang telefon. Maklumlah bila lepas waktu pejabat waktu surirumah pula. Memang tak dan nak kelebet telefon. Kalau ada masa baring-baring sebelum lelap. Itu pun kalau ada tenaga lagi. Kalau tak masuk office esok pagi lah baru ku cek.

So korang janganlah kecik hati ek. Saya tetap reply cuma lambat dengan cepat jer. Ikut keadaan dan kesesuaian masa. So far ramai yang faham and ok jer tapi still ada juga dua tiga orang yang bengang. Yang tu saya tak dapat nak buat apa melainkan I m really sorry.

Dan kepada yang reramai wasaap tanya tutorial itu tutorial ini, nanti lepas dapat kelapangan masa saya try buat. Sebab sekarang agak membusy dengan urusan adik nak kahwin. Dah janji dengan IBU nak sponsor door gift dan kad jemputan dan banner untuk adik. Itu yang terkial-kial curi masa buat semua tu.

Ada yang minta buatkan tutorial untuk inner. Nanti ye sayang...insya Allah saya akan cuba tunaikan. Sebab nak buat inner tu tak adalah susah sangat but stilllllll tidaklah terlalu mudah. Cuma saya kena cari masa bertenang nak buat. Saya kalau boleh apa yang saya ajar tu uolls senang dapat dan berjaya buat. Nanti uolls akan rasa dia punya feel. Insya Allah satu-satunya.

Till then byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Friday, September 6, 2013

Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan

Politeknik Kementerian Pengajian tinggi Malaysia menawarkan program pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan kepada yang berminat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik.

Permohonan online telah pun dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2013 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang ditawarkan boleh melayari laman web politeknik dan membaca iklan penawaran.

Diingatkan kepada mereka yang ingin membuat permohonan anda perlu membeli No. Pin di Bank Simpanan Nasional untuk membolehkan anda membuat permohonan secara online.

Untuk mengetahui program yang ditawarkan dan kelayakan yang diperlukan anda boleh lawati laman web politeknik : www.politeknik.edu.my

Thursday, September 5, 2013

Tidur Tak Sedar Diri

Malam tadi ntah apa yang dipenatkan dek badan ni pun tak tahu. Kononnya lepas makan, lepas iron baju semua nak sambung potong kain. Lepas tu dok cakap dengan diri sendiri sat-sat lagilah. Check phone dulu. Reply wassap customer. Punyalah bagus kan , customer wassap petang dah dekat pukul 10 malam baru reti nak reply. Mujurlah budak tu tak mengamuk. Iyalah pasal duit jangan main-main ok. Dah lah budak tu baru first time nak beli barang dengan saya. Ish ish ish....

Dah dok kelebet telefon tu tengok dah pukul 10. Sepi jer pandang kain dekat atas meja. Dok lagi tu kira-kira nak potong ke tidak? Nak potong ke tidak? Potong kain ni kena waktu ada mood. Kalau tak ada mood takut salah potong. Sebab bila kita ada mood kita akan 100% focused. So apa yang kita nak buat itulah yang akan kita buat. Bila tak ada mood focus lari. Itu yang boleh salah ukuran lah. Lagi parah salah fesyen. Orang nak baju kurung kita bantai buat kebaya. Tak mampos.

Last-last tutup semua lampu kipas, masuk bilik joint MR. Daddy and kiddos dalam bilik melepak. Lagi syok. MR. Daddy tanya tak jadi potong kain ke. Malas...senang je jawab. Nanti-nantilah hujung minggu. Malam ni nak tidur awal, nak rehat, letih.

So macam biasa saya akan tidur dengan Nuha atas katil dan MR. Daddy dengan Irfan atas katil Irfan. Nuha malam tadi payah sikit nak tidur sebab dia batuk dan selsema. Tapi akhirnya lelap juga. Masukkan dia dalam buaian, letak bantal tinggikan supaya dia senang nak bernafas. Lepas anak-anak dah tidur, barulah mak pak pun lena nak tidur.

Tidur malam tu memang tak sedar apa dah. Memasing lena jer. Cuma Nuha kurang lena sikit maybe sebab selsema tu mengganggu dia kot. Tapi lepas pukul 4 macam tu baru dia lena. Sekali pagi pukul 6 bangun terpisat-pisat tengok sebelah. Eh naper Nuha bertukar baju tidur ni. Malam tadi sebelum tidur pakai baju warna putih, bangun pagi baju dah tukar warna hitam. Gosok mata sikit kasi cerah bijik mata. Tengok betul-betul, itu bukan Nuha tapi Irfan. Mana Nuha??????

Elok ada budak tu terkangkang sebelah MR. Daddy. Ya ampunnnnnnnnnnnnnnn sampai anak-anak bertukar tempat tidur pun mak pak tak sedar langsung. Ntah bila Nuha turun tidur dengan MR. Daddy ntah. Irfan naik tidur sebelah saya pun tak sedar apa. Itu budak memanglah bahaya. Nasib baik dia pergi ke MR. Daddy kalau tala ke tempat lain?????????

Jom Buat Shawl Double-sided Sendiri - Gayakan Shawl Anda

Sebab dah janji nak tunjuk tutorial yang seterusmya maka kita harus tunaikan. Janji ditepati...undilah akak untuk PRU14, akak janji akan berikan lebih banyak tutorial untuk menjimatkan belanja korang. Ahaks!!! OK mengarut mari kembali ke pangkal jalan.

Kalau uolls dah berjaya buat shawl halfmoon tu sendiri maka shawl yang seterusnya ni mesti sap sap soi untuk korang. Senang banget tuh! Ok lets begin....!!!

Sediakan bahan-bahannya:

**mind the tangan kecik...pembantu setia**
Korang mesti kena ada kain (saya pilih chiffon satu warna dan chiffon 3 tone), gunting, pembaris, pita ukur, jarum peniti dan kapur penanda.
Kain saya pakai 1.5 meter.

Langkah pertama:
Ambil satu kain dan lipat dua. Lipat bahagi sama rata. Sematkan jarum.

Lipat dua

Sematkan jarum

Langkah kedua:
Ulang langkah pertama pada kain yang kedua

Lipat dua

Sematkan pin

Langkah ketiga:
Letakkan kain pertama (yang telah dilipat dua tadi) di atas kain kedua. Letak sama rata (betul-betul bertindan) atau kain kedua ditindan di atas kain pertama. Ikut senang korang.

Ini contoh bila kain tu ditindan. Korang mesti tindan dengan kedudukan kain di atas tu exactly sama rata dengan kain di bawah supaya saiznya tidak ralat.

Langkah keempat:
Tandakan panjang dan lebar shawl yang korang nak. Saiz saya panjang 75cm (bila jadi shawl panjangnya adalah 150cm - ingat! kain korang dilipat dua). Dan lebar saya guna 60cm. Boleh lebarkan lagi kalau uolls nak. Tandakan dengan kapur penanda (macam gambar atas). Dan sedia untuk dipotong. Potong kedua-dua kain sekali (itulah motif kain ditindan antara satu sama lain).

Langkah kelima:
Sedia untuk dijahit tepi. Korang boleh pilih nak jahit tepi keliling dengan cara kain bercantum atau hanya satu bahagian yang bercantum dan yang lain terpisah.


Ta-daaaaaaaaaaa!!! Dah siap. Buat malam esok pagi korang dah boleh pakai. Kain chiffon bila basuh cepat kering sebab kainnya ringan dan nipis. Korang boleh pelbagaikan gaya pemakaian. Cukup labuh tak?

Tip 1 - Pelbagaikan Shawl Anda
Kalau korang nak buat dua lapis tapi dengan lebar yang berbeza ikut langkah di bawah.

1. Tindan kain seperti di atas.
2. Pada kain di bahagian atas, tanda ukuran untuk panjang A dan lebar B. Tinggalkan ukuran untuk C
3. Mulai menggunting pada ukuran A, gunting kedua-dua helai kain serentak.
4. Gunting kain DI ATAS SAHAJA pada ukuran B. Alihkan kain di atas tanpa mengalihkan kain di bawah.
5. Tanda ukuran untuk lebar C pada kain di bawah.
6. Gunting kain di bawah mengikut ukuran C.

Tip 2 - Pelbagaikan Shawl Anda
Masa nak jahit tepi bagi shawl double sided mulai jahit pada bahagian B dan C. Kemudian baru jahit tepi bersama bahagian yang lain. Ini akan menjadikan hanya bahagian B dan C sahaja yang terbuka.

Selamat mencuba....

Macam biasa ada masalah, soalan, bantuan boleh comment.
Atau sms/whatssap/wechat saya : eby - 012 6163705

_________________________________________________________________________________

Ads:
Dapatkan kain untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Lebih mudah dan cepat.
_________________________________________________________________________________

Wednesday, September 4, 2013

Big [KOREAN Drama]

Ini pun salah satu penyumbang ketidak cukupan masa. Sebab menghabiskan waktu menonton drama-drama Korea ni semua. Argh tak sukerrrrrrrrrrrrrrrr tapi apakan daya cintaku tidak mungkin akan beralih arah. Setiaku tetap pada mu...Lalu bagaimana lagi untuk ku menghilangkan rasa rindu ini jika tidak menonton mu. Ah...ini semua poyo!!!

Ini drama yang selesai ditonton bulan lepas. Jom preview dengan saya.

Tajuk:
Big

Cast:
Gong Yoo as Seo Yoon Jae
Lee Min Jung as Gil Da Ran
Bae Suzy as Jang Ma Ri
Jang Hee Jin as Lee Se Young
Shin Won Ho as Kang Kyung Joon
Jang Hyun Sung as Kang Hyuk Soo

Sinopsis:
Big menceritakan tentang cinta pandang pertama antara Yon Jae dan Da Ran juga Kyung Joon dan Da Ran. Namun halangan (macam biasalah cerita korea) hampir memutuskan perhubungan baik antara Da Ran dan tunangnya Yoon Jae dan cinta Da Ran pada "kekasih gelapnya" Kyung Joon. Konflik bermula apabila Yoon Jae yang dalam perjalanan untuk menemui Da Ran mengalami kemalangan dengan Kyung Joon yang baru lepas menemui Da Ran. Kedua-dua mereka bertembung dan terhumbang ke dalam tasik. Yoon Jae menyelamatkan Kyung Joon tetapi roh mereka telah bertukar tempat. Roh Yoon Jae berada di dalam badan Kyung Joon yang koma di hospital, manakala roh Kyung Joon berada di dalam badan Yoon Jae yang sihat.

Maka Kyung Joon (bertubuhkan Yoon Jae) terpaksa menyamar menjadi tunang Da Ran kerana pada pandangan orang ramai dia adalah Yoon Jae bukannya Kyung Joon. Mereka mencari ikhtiar untuk menukar semula roh mereka kerana majlis perkahwiann Yoon Jae dan Da Ran semakin hampir. Akhirnya perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan kerana roh kedua-duanya tetap tidak bertukar.

Setahun kemudian, mereka kembali bertemu di satu majlis perkahwinan. Ibu Yoon Jae (tanpa mengetahui roh di dalamnya adalah milik Kyung Joon) telah memaksa Yoon Jae berkahwin dengan rakan sekerjanya. Demi menyelamat keremajan Kyung Joon, Da Ran bersetuju berkahwin dengan Kyung Joon (melalui tubuh Yoon Jae). Setelah berkahwin perasan Da Ran terhadap Kyung Joon berubah. Dia mulai jatuh cinta pada budak berusia 19 tahun itu namun cuba menafikannya.

Bagaimana akhirnya cinta mereka???

Clue : frust sangat dengan ending cerita ni. Mengapa begitu??????????


 

Terima Kasih uolls

Dah ramai ek yang berjaya buat shawl halfmoon sendiri. Tahniah semua adik-adik. Bagus adik-adik akak ni. Gigih nak belajar. Itu yang akak suka tu. Lagi semangat akak nak bagi tutorial. Terima kasih juga yang tak putus-putus wassap akak tanya itu ini. Jangan risau korang tak ganggu akak pun. Kalau ganggu awal-awal akak tak letak no telefon untuk korang wassap. Silalah bertanya. Ilmu memang untuk dikongsikan kan. Tak da wassap boleh jer tinggalkan komen. Pun akak akan jawab juga.

Dan terima kasih juga pada adik-adik yang wassap gambar masing-masing bergaya dengan shawl halfmoon buatan sendiri. Macam mana perasaan korang masa first time pakai shawl sendiri buat? Rasa hebat kan. Rasa nyata jelita...erk :)

Dan ramai juga yang bertanya soalan yang sama dan mungkin ramai juga yang nak tanya soalan yang sama. Soalan yang biasa akak terima:

1. Shawl tu kalau pakai besar mana ye kak?
2. Kalau nak buat dua lapis macam mana kak?
3. Buat shawl pakai kain apa sesuai kak?
4. Kalau nak besar macam tudung labuh boleh pakai kain bidang 45 tak?
5. Kalau guna contoh polar yang akak bagi tu boleh buat lagi besarkan?
6. Keliling dia jahit macam mana?

OK adik-adik ini jawapannya:

1. Shawl tu kalau pakai besar mana ye kak?
Besar shawl tu sebenarnya bergantung juga cara korang pakai, tapi saiz yang saya beri adalah saiz standard, yang mana saya pakai tutup dada. Tapi tak ada masalah kalau korang nak besarkan daripada saiz yang saya dah beri. TETAPI jangan beli kain 1.5m, beli 2m terus so that saiz korang boleh adjust.

2. Kalau nak buat dua lapis macam mana kak?
Korang boleh potong dua jenis kain dengan satu saiz. Atau satu ukuran ikut polar dan lagi satu boleh besarkan sikit daripada polar. Then jahit tepi pun sama. Samada korang boleh jahit keliling dengan cantumkan dua jenis kain atau jahit keliling dengan cara berasingan hanya pada bahagian lurus sahaja dicantumkan. Ikut kreativiti korang. Yang mana korang rasa akan menjadikan korang nyata jelita bila memakainya.

3. Buat shawl pakai kain apa sesuai kak?
Setakat ni akak cuma guna chiffon. Knitting lycra juga boleh. Ikut taste korang. Yang penting bila korang pakai nyata jelita...gittewwh!! #boleh beli kain chiffon di sini

4. Kalau nak besar macam tudung labuh boleh pakai kain bidang 45 tak?
OK untuk yang tak tahu kain yang biasa kita beli tu normally bidangnya adalah bidang 45. Untuk kain bidang 45 ni ukuran keliling paling besar yang korang boleh dapat adalah 100cm (ukuran polar 75cm) so korang decidelah samada ukur keliling 100cm tu cukup besar bagi korang atau tak.

5. Kalau guna contoh polar yang akak bagi tu boleh buat lagi besarkan?
Ye sayang...boleh tapi macam yang akak dah beritahu ukur keliling hanya boleh pergi sampai 100cm dan please jangan beli kain 1.5m sila beli lebih.

6. Keliling dia jahit macam mana?
Normally halfmoon shawl ni orang jahit tepi halus jer. So that kalau korang buat double layer korang boleh pakai both side.

Ini contoh dah siap. Ukur keliling 75cm. Cukup besar tak untuk korang? Akak punya ni double layer dengan saiz yang sama. Dijahit bertindih. Kalau korang perasan belah bawah tu ada terkeluar sikit yang warna birunya.

 
Yang ni akak pakai terbalik pula, warna biru di luar. Tapi dah nampak macam warna purple sebab layernya warna pink. Belah tangan kanan boleh nampak layer warna pink.

Yang ini pulak contoh kalau korang buat double layer dengan saiz yang tak sama. Bahagian lengkungan tu akan terpisah so masa pakai both warna akan kelihatan. Nampak tak betapa berimannya akak ambil gambar pun dalam surau...apa barang ambil gambar dalam toilet :)
Hopefully soalan-soalan yang membelenggu pemikiran dan mengganggu tidur malam korang telah pun berjawab. Ahaks!!

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

Tuesday, September 3, 2013

Tertunggak

Lately ni terkejar-kejar betul dengan masa. Rasa macam tak kecukupan. Kecukupan yeeeeeee bukan berkucupan. Ada beza tu!! Kata orang kalau kita sampai tak terkejar masa maknanya time management kita lemah. Kita tak pandai membahagi masa dengan betul. Ialah kot. Hai lah kena urus masa balik semula ni. Breath in...breath out...breath in...breath out...

Ada banyak yang tertunggak especially baju customer. Ini pun adik beradik dah start menjerit-jerit dekat wechat nak buat baju untuk kenduri kahwin adik. Argh stressedddddd!!!! Ok breath in...breath out...breath in...breath out....Satu-satu. Mujur customer semua tak de nak urgent ke baju idak kalu bersilat aku menyiapkan baju orang.

Yang menyebabkan semuanya tertunggak tu bukan apa, sebab selagi si kenit tu tak tidur selagi itulah semua kerja tak dapat nak buat. Masak pun payah, kemas rumah pun susah, menjahit memang tak lah! Kerjanya nak melekat jer...Dengan MR. Daddy pun tak berapa nak. Melainkan kalau MR. Daddy pakai hensem-hensem. Baru dia nak ikut. Dia nak suruh mami dia berehat. Tapi saya jenis tak pandai nak duduk diam. So terasa lah azabnyaaaaaa.

Ada juga dua tiga tutorial nak buat lagi ni. Tapi semua terpaksa hold dulu. Buat tutorial ni kena bersabar dan bertenang. Kalau rushing rushing takut nanti orang tak faham. Rugi jer buat tutorial. Ilmu kan untuk dikongsikan. Ada juga yang email minta saya buat tutorial baju kurung segala tapi yang itu saya kena fikir dulu sebab tak mahu lah nanti ada tailor yang marah dengan saya kan. So saya akan cari jalan yang win-win situation. Korang dapat belajar...tailor pun tak rugi. Tapi kalau ikut saya, saya percaya pada rezeki. Tapi ialah kan lain orang lain cara fikirnya.

So sekarang focus pada perkara-perkara urgent dulu. Dua kali hujung minggu yang akan datang ni akan rest. Tempoh bertenang. MR. Daddy kata nak bawa sefamily balik kampung. Sebab dia tahu kalau dekat rumah celah mana pun mesti pergi juga pegang mesin jahit tu tapi kalau balik kampung memang mati kutu lah. Apa pun tak boleh. Habis-habis layan telefon, tv, makan, tidur. Itu jugaklah objektif dia.

Monday, September 2, 2013

Isi Masa

Tiap kali update entry benda paling sangap adalah letak tajuk. Kadang-kadang ntah apa tajuk yang saya letak sekali tulis entry langsung tak ada kena mengena dengan tajuk. Eh, lantak lah situ. Malas dah nak betul-betulkan. Jadi don't judge the entry by the title. Erk???

So last weekend tu pergi bawa Irfan ke Klang. KL memang tak lah. Orang tengah hiruk pikuk dekat Dataran Merdeka dengan jalan banyak tutup lagi. Cari alternatif kita ke Klang. Nak cari beg sekolah dia. Beg lama tu dah rabak. Mana tak rabak, orang beg dipikul dia seret. Bila kita nak tolong bawa tak bagi. Kemain eksyen. Tak payah! Irfan bawa sendiri. Penyudahnya rabak kawan tu. Tu belum cerita kalau dia bukak beg sebelah tangan. Dah tahu kan tak pro lagi tapi sibuk lah nak guna sebelah tangan jer. Tensi ahkak. Bila dah tak dapat bukak tu mulalah main rentap-rentap jer. Tak ubah MR. Daddy. Sebab tu handbeg saya yang mana berzip semua zip dah rabak. Kemain kasar membuka beg. Lagi kalau dia nak cepat main rentap jer.

Irfan ni cerewet sikit. Senang jer nak tahu dia suka atau tak benda tu. tengok muka dan air muka dia. Bawak dia round dari satu ke satu kedai. Kalau senyap tak berbunyik maknanya dia tak berkenan lah tu. Tak pun kalau dia bunyi gini "Emmm cantik". Ketidak ikhlasan tu sangat jelas pada tutur kata dia.

Dah jumpa beg yang dia berkenan terus pergi makan. Pergi Jusco Bukit Tinggi sebab tengok dekat luar dah gelap gelita tak berapa nak terang. So MR. Daddy ajak makan dalam bangunan. Masuk Jusco amboiiiiiiiiiiii kemain full house. Dari parking sampai kedai makan. Semua full house. Foodcourt lagilah. Berlaga vontot. Patah balik pergi Black Canyon. Situ ada satu dua table baru kosong. Meja pun tak berkemas lagi.

So laju-laju order sebab tahu lagi lambat order lagi lambat dapat makanan. Dah lah lapar gila masa tu. Jadi untuk mempercepatkan proses makanan sampai kita order benda yang sama. Makan yang sama, air yang sama. Tunggu lebih kurang 20minit makanan sampai. Orang yang table sebelah-menyebelah jeling-jeling jer sebab diorang duduk dulu tapi berpikir nak makan apa tu lambat sangat. Saper suruh order lambat.

Adik tengah korek harta karun dekat bawah so bergambar dulu dengan abang.


Gambar pulak dengan adik. Susah betul. Dia pulak yang nak tolong ambik kan gambar. Langsung jadi macam orang parkinson amik gambar. Kemain lagi muka ko dik...selambak. Budak ni kepantangan dia adalah lapar. Dia memang tak boleh lapar. Apa-apa halpun perut dia kena kasik penuh dulu. Lepas tu baru lah saya boleh makan pulak. Itupun tengok gak...kadang-kadang ker selalunya dia ngendeng makanan ko pulak. Bagilah sikit buat dia hisap-hisap yang penting senyap.

Sekian laporan untuk Hari Merdeka.