Monday, May 6, 2013

Surat Cinta dari Arwah

Kelmarin habiskan masa dengan mengemas bilik kerja.
Simpan semua barang-barang yang digunakan hanya sekali dan sekala.
Habis kemas dapat dua kotak besar barang yang akan dikemas.

Masa tengah kusyuk dan tawaduk mengemas tu jumpa sepucuk surat.
Surat Cinta dari Arwah.
Terus terkenangkan arwah.
Arwah mencintai saya sehingga ke akhir hayatnya.
Sepanjang 28 tahun saya bernafas di bumi tuhan ini.

Sehingga saya berkahwin cinta arwah tidak pernah luntur.
Saya tahu itu.
Arwah selalu menjadi orang pertama berdiri di belakang saya ketika saya perlukan sokongan dan dorongan.
Arwah selalu menjadi orang yang paling kuat dan tabah di sisi saya ketika saya perlukan tongkat di saat mahu rebah.

Kini, setelah arwah tiada saya masih rindukan nya.

Saya simpan setiap surat cinta yang arwah titipkan buat saya.
Kadang-kadang saya tunjuk kepada MR. Daddy.
Selebihnya saya simpan sendiri.
Sebab saya mahu cipta memori indah.
Antara saya dan arwah....

Kini setiap kali air mata bergenang kerana rindukan arwah...saya titipkan doa dan fatihah.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa arwah.
Moga Allah permudahkan urusan arwah di "sana"

Surat Cinta dari Arwah

CC : FB

No comments: