Saturday, May 11, 2013

A Gentleman's Dignity [KOREAN Drama]

Ketagihan sudah bermula.
Fuhhh sangat tidak suka bila ketagihan menonton drama Korea telah kembali.
Mulalah tak senang duduk.
Tapi ketagihan kali ini boleh diatasi *garu kepala*
Cerita cerita lama.
Tidaklah lama sangat.
Hujung tahun lepas.
A Gentleman's Dignity.

Sinopsis
Cerita tentang empat sekawan yang membesar bersama. Mereka berkongsi saat suka dan duka bersama. Mengenali antara satu sama lain lebih daripada orang lain mengenali mereka. Mereka juga menyimpan perasaan kepada wanita yang sama...sayangnya hanya seorang yang berjaya mendapat tempat di hati wanita tersebut. Tiada rahsia diantara mereka sehinggalah mereka akhirnya jatuh cinta kepada wanita impian masing-masing dan keadaan menjadi rumit. Rahsia demi rahsia terbongkar dan hampir mengugat nilai persahabatan itu.

Do Jin : mencintai Yi soo,wanita yang tidak mencintainya. Terus berusaha demi mengejar cinta wanita itu. Saat dia berpaling Yi Soo datang kepadanya. Setelah cinta bersatu Do Jin pula ditimpa masalah, Yi Soo berpaling. Cinta mereka diuji.

Tae San : Wanita impiannya Se Ra seolah-olah tidak sesungguh hati mencintainya. Sebaliknya teman baik Se Ra, Yi So yang mencintai Tae San. Hati Tae San bergetar namun Yi So wanita pujaan Do Jin, sahabat baiknya.

Yoon : Peguam yang kematian isteri. Jatuh cinta kembali, namun cintanya tidak terungkap kerana dia terlanjur mencinta adik sahabat baiknya, Tae San. Manakala Tae San sedari awal menolak hubungan antara adiknya Maeh Ri dengan sahabat baiknya Tae San.

Jung Rook : lelaki pertama berkahwin dengan wanita berusia yang berharta. Dia sentiasa melalui masalah dengan isterinya kerana sikapnya yang suka berfoya-foya. Tiga sahabatnya yang setia membantu.

Adakah cinta menjadikan mereka lebih bersatu atau kerana cinta mereka berpecah belah.

Pelakon
Jang Dong Gun as Kim Do Jin
Kim Ha Neul as Seo Yi Soo
Kim Soo Ro as Im Tae San
Kim Min Jong as Choi Yoon
Lee Jong Hyuk as Lee Jung Rok
Yoon Se Ah as Hong Se Ra
Kim Jung Nan as Kim Min Sook
Yoon Jin Yi as Im Me Ah Ri
Lee Jong Hyun as Colin

Nota Kaki
Jang Dong Gun merupakan pelakon utama dalam Drama All About Eve. Dan drama itu merupakan drama terakhirnya sebelum beliau muncul semula di dalam drama ini. Selepas All About Eve Jang Dong Gun hanya menerima tawaran berlakon filem.

Pelakon utama

The girlfriends

No comments: