Wednesday, May 29, 2013

Kegilaan Bermula

Malam tadi dah niat. Kalau Nuha ok tak meragam nak berkepit jer dengan saya, nak pergi ulit mesin sulam. Balik nursery petang semalam dia mengamuk. Bagi susu terus tertidur. Mengantuk rupanya. So sementara dia tidur tu dapatlah buat kerja yang light-light. Lipat kain, iron tudung, siapkan food dia, kemas beg untuk nursery esoknya. Ngam sebelum Maghrib Nuha bangun.

Panaskan bubur nasi Nuha then bagi dia makan. Tapi MR. Daddy lah yang suapkan sebab saya nak mandi. Waktu tu dah masuk Maghrib. Habis solat layan dia dulu. Bergolek-golek atas katil dengan Nuha. Later Irfan dengan MR. Daddy pun join. Tengok dia dah ok tinggalkan Nuha main dengan Irfan and MR. Daddy. Saya kembali ke dapur. Buatlah kerja itu ini pura-pura sibuk.

Lebih kurang pukul sembilan macam tu Nuha dah mengamuk sebab dia mengantuk. Nak tidur. So susukan dia sambil pok pok dia. Tak lama tu tertidur. Gaya macam ngantuk sangat. Sampai terlipat-lipat badan tidur. Bila dibetulkan dia lipat balik badan dia. Lantaklah! Asalkan tidur lena, tapi sambil-sambil pantau juga lah.

So sementara dia tidur terus masuk bilik kerja. Hasrat hati memang nak menyulam. Lamaaaaaaaaaaaaa sangat dah tak belai mesin sulam ni. Berkarat kang payah pulak. Lalu keluarkan design (wahhhhhhhhhhhhhh design ko) yang dah dilukis siap-siap.

Gigih membuat design

Sekali bila dah transfer ke mesin nak kena editlah. Apalah. Hoi bila boleh mula ni? Masa dah lah suntuk. Kang dok kerja mengedit benda ni memang tak jadi menyulam lah jawabnya. Lalu dengan berat hati mengenepikan design yang telah dilukis dengan bersungguh-sungguh ini. Terus open design yang dah ready diedit sebelum ini. Maka ambillah satu. Jadilah asal dapat lepas gian.

Corak yang dipilih. Halfway siap.

Kain latar tu warna coklat. Kombinasi warna adalah bertemakan colour blok (lah sangat!). Sebenarnya tema colour adalah pakai-benang-yang-ada! Hahahaha benang sulam belum banyak collection. Maka guna saja yang sedia ada tu. Maka lahirnya kombinasi warna yang menyedihkan begitu. Eh, tapi ada juga officemate yang puji kata kombinasi colour cantik. Muahahahaha...

Wahhhhhhhhhhhhhhh pakai kebaya nyonya lah saya raya tahun ni *tangandibahumatakeatas.

Tuesday, May 28, 2013

Si Happy Nuha

Budak kenit ni dah pun berusia 7 bulan. Makan dah banyakkkkkkkkk. Suap lah apa saja dalam mulut dia sure menganga jer. Dah macam-macam dia makan. Labu, betik, pisang, carrot, manga, brokoli...semua dia telan. Blend kasi hancur-halus then suapkan. Yang dia tak suka benda yang tasteless. So kalau blend bubur nasi kosong campurkan dengan pure labu or, pisang or carrot or manga or brokoli or betik or epal or plum or EBM.

Muka excited tiap kali nampak mangkuk food dia.

Makin besar makin terserlah kenakalannya. Menyakat abang memang paling champion. Langsung tak boleh tinggalkan dia berdua dengan abang. Sure tak sampai lima minit abang mesti terpekik terlolong. Lambat pergi jenguk melalak lah abang. Ada jer kekdahnya nak mengusik si abang. Pernah sekali dalam kereta abang minta milo dengan MR. Daddy. So MR. Daddy belikan milo kotak. Abang pun bukalah straw yang melekat dekat tepi kotak tu. By the time nak sedut, straw dah dalam mulut adik. Pakat jer budak kenit tu tak pandai menyedut kalau tak, sure tinggal kotak jer untuk abang.

Sleeping beauty lepas kekenyangan. Ini kalau ular sawa nampak pun berundur...

Cuti Wesak tu demam. Sekali dengan abang demam. Abang badan panas. Adik batuk and selsema. Merasalah saya tak tidur malam melayan dua-duanya. Yang sorang mengamuk sebab hidung tersumbat, yang sorang lagi dok merengek sebab badan tak selesa. Cuma bagusnya adik demam ker apa ker, makan on! Yang abang ni jer payah sikit. Alangkan waktu sihat pun payah nak makan, inikan demam macam tu.

Baca buku sebelum tidur

Walaupun dah tujuh tapi still belum pandai merangkak. Meniarap...tergolek terlentang laju. Itupun dah ligat. Kalau dia nampak benda yan dia berkenan, cepat ajer dia pusingkan badan dia tergolek terlentang sampai tangan dia boleh capai apa yang dia nak. Hari tu tinggal kejap sebab nak tutup lampu bilik, keluar balik dia dah duduk bawah baby court dia tengok korek habuk belakang tiang baby court. Esok-esok dah pandai merangkak tak tahulah. Fening mak Jemah!

Monday, May 27, 2013

Breakfast @IBU

Pagi Ahad tu sebelum balik Putrajaya IBU ada masak bubur pisang. Ker ada nama lain. Mintak maaf lah hamba tak ingat. IBU ada sebut tapi lupa. So mari beri nama sendiri. Ada pisang dan berkuah maka kita beri nama bubur pisang. Nak letak sup pisang lain macam sangat pulak.

Bubur pisang IBU saya

IBU kata makan masa sejuk lagi sedap. Tapi saya suka masa panas. Meh kongsi resepi bubur pisang IBU. Mudah benor nak buat.

BUBUR PISANG IBU
Bahan-bahan:
1. Pisang (apa jenis pun tak apa). Sebaiknya pilih pisang yang tidak terlalu masak bagi mengelakkan pisang hancur berderai waktu dimasak nanti.
2. Gula melaka.
3. Santan.

Kekdahnya:
1. Panaskan santan dalam periuk. Tambah sedikit air. Bagi mendidih.
2. Tambah gula melaka. Kuantiti ikut korang. Nak manis bubuh selambak, nak kurang manis bubuh lah sikit. Asal warna kuah bertukar jadi kecoklatan sudah. Biar mendidih.
3. Masukkan pisang yang korang dah potong kecil-kecil. Saiz doesn't matter. Malas kalu potong besar, rajin kalu potong kecil, lagi rajin potong buat bentuk.
4. Sedia untuk dihidang.
*rasa-rasa macam ibu sebut pengat pisang.

Saturday, May 25, 2013

Wesak @Hometown

Jumaat semalam kan cuti Wesak. So MR. Daddy ajak balik Sungai Besar. OK lah jom. Tapi tak adalah balik awal sangat. Petang Jumaat around 3ish macam tu baru gerak. Sedang-sedang lepas solat Jumaat.

Dari Putrajaya sampai Kapar jalan clear. MR. Daddy drive pun laju jer. Then sampai selekoh sebelum Tesco Kuala Selangor tengok baca kereta. Laju-laju buka waze nak tengok traffic. Tengok road dari Kuala Selangor sampai Sekinchan color oren dengan merah. Ah-ha dah start jem.

Mujur jem jenis masih bergerak. Tapi agak lewat jugaklah sampai. Pukul 6.30 petang baru sampai. Itupun sebab both Irfan and Nuha tidur. Kalau tak sure malam baru sampai.

Duduk kat kampung syok. Tapi panaslah. Boleh tengah malam bergilir dengan MR. Daddy mandi. Pun still rasa panas. Langsung tak sejuk air paip tu. Siap lepas mandi duduk berkipas pasang paling kuat.

Sekarang dekat kampung padi baru naik. Cantik...Hijau jer. Rasanya sebelum raya dah potong kot.

OKlah itu jer nak cite pasal kampung halaman saya. Chow chin chow...

p/s: update guna phone kalo ada typo buat2 boleh baca lah yea.

Published with Note Putih MAMI

Friday, May 24, 2013

Padi House

Makan lagi dan lagi dan lagi.... Mia-ha-ha mak inchik memang sangat suka makan. Saper yang tak suka kan. Tapi lepas tu bila pandang perut terus rasa sesalan yang tidak berpenghujung. Tapi sekejap tu jer lah. Lepas tu mula membina alasan-alasan supaya perut merasa happy :)

Makan dalam area Putrajaya juga. Pun kerja MR. Daddy jugak men'google' dengan gigihnya. Sebab dia malas nak menjawab killer question from me. Nak makan apa? Makan dekat mana? Sebab tiap kali jawab mesti saya bantah... alah boring makan dekat situ... situ mahal tapi tak sedap... situ servis lembap...situ ramai orang. Banyak cekadak ko kan... tapi tetappppppppppp nak tanya jugak makan apa? Dekat mana?
So semalam bila tanya dah siap jawapan. Well prepared nampak. Malas lah tu nak layan kesongehan isteri mithali nih. Jadi pergi ambil anak dulu then berdezup pergi makan pulak. Maklumlah Khamis kan gaji jadi mari kita menghabiskan sisa-sisa gaji bulan lepas. Wahhhhhhhhhhhhhh bongkak sungguh.

Kali ni makan di Padi House. Restaurant ni pun terletak dalam bangunan. Ape ke nama bangunannya. Mak Jemah lupa plak. Biasalah Mak Jemah memang gituh, selalu benor lupa tajuk. Nanti bila ada orang tanya dekat mana tu... mula lah meraban menjawab. Tapi yang saya ingat bangunan ni berhadapan dengan bangunan DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Rasanya galeria PJH kot tajuk bangunan tu. Galeria dah betul...PJH tu macam tak kompiden sangat.

 Muka depan Padi House

 Hiasan dalaman. Gambar bawah taken by Irfan.

Gambar atas pokok tu pokok hidup. Then saya komenlah
Me : kan lagi elok kalau pasu ni dia tanam pokok serai, cili or herba kan.
MR. Daddy : Ye, sat lagi dia nak masak dia datang depan, tepi sikit cik saya nak amik serai, kat dapur dah habis.

 Buku resepi

 Our foods

Seafood fried rice : Irfan punya. Nasi goreng dia a bit oily. Belah bawah macam bertakung minyak. Mr. Daddy kata sesuai lah dengan tajuk dia "sea"food kan. Haruslah ada tema laut.

 Blackpapper chicken with plain rice : Mine. Ayam agak kliat. Macam dah lama goreng then balas dengan lada hitam. Tapi ayamnya banyak dan dipotong besar-besar. Dah macam saiz penumbuk Nuha.

Plain rice with grilled chicken : MR. Daddy punya. Grilled chicken sedap, sos grilled chicken sedap, coselow(betul tak ejaan ni?) sedap, plain rice sedap *over*

 Leh-chen!

Apa!!! Nasi goreng berminyak? Ayam blackpapper liat? Licin jugak. Bukan apa...membazir kan amalan syaiton-nirrajim!

 Budak muka ketat.

Budak ni tak boleh lambat ambil dekat nursery. Nanti dia buat muka ketat. Lagi lambat ambil lagi ketat muka dia. Ngadu dekat MR. Daddy. MR. Daddy kata well she learn from the best...she learnt from you. Mami kan kalau janji kena sharp..kalau tak muka ketat! Baikkkkkkkkkkkkkkkkkk

Abang yang kuat menyakat. Tapi kalau adik balas melolong menangis. Dalam hati ada taman.

Thursday, May 23, 2013

Skyview@11

Bila ek makan dekat sini? Minggu lepas kot. Hari Jumaat. MR. Daddy punya idea lah ni. Gigih dia men'google' sepanjang petang Jumaat tu. Petang tu balik kerja ambil anak-anak terus pergi ambil MR. Daddy. Then dia kata jom kita pergi makan dekat skyview.

So sebagai isteri yang solehah marilah kita turutkan sahaja. Lagipun Skyview Restaurant ni masih dalam Putrajaya so OK bolehlah. Walaupun sebelum ni tak pernah dengar. Tapi menurut MR. Daddy memang ramai yang tak tahu kewujudan restaurant ni.

Entrance. Skyview@ 11 ni under Marriott Hotel.

Nak masuk sini memang tak ada sign. So lepas korang keluar lif pergi kiri, then kiri lagi. Jalan jer ke depan, nanti korang akan nampak entrance dia macam gambar kanan atas tu.

Lif laluan masuk dan sedikit pemandangan dari luar restaurant skyview@ 11.

Lif dekat lobby tu memang banyak tapi ada satu lif yang dikhaskan untuk ke skyview@ 11. Lif pertama sebelah kanan. Lepas jer korang melalui body and beg check korang akan nampak lif tu.

Menu.

Menu dia memang sekeping tu jer ok. Belah belakang menu air. Memang tak banyak pilihan. El-leh yang sekeping tu pun terkial-kial nak pilih nak makan apa.

Finally. Our food.

Teh ais, milo ais, nasi goreng, kuew teow goreng dangan ayam apa ntah (lupa tajuk). Nasi goreng dia ok lah. Sedap sangat pun tidak, tak sedap pun tidak. Tapi boleh makan. Mak inchik makan suku jer, yang lain Irfan bedal. Kuew teow goreng dia semangkuk ok. Nampak macam sikit tapi serius banyak. Sampai MR. Daddy pun melopong takut-takut tak habis. Ayam yang tak tahu tajuk tu so-so lah. Cuma yang bagusnya ayam dia tak kering masih berjus. Total + RM 30.00

Bling! Leh-chen!

Skyview @ 11 ni terletak dalam bangunan Jabatan Peguam Negara

So kalau korang nak try cari restaurant ni dalam Jabatan Peguam Negara. Terletak berhampiran dengan PICC satu kawasan dengan Kementerian Perumahan dan Kementerian Wanita. Parking free depan bangunan Jabatan Peguam Negara. Lepas tu masuk jer terus ikut pintu utama ke Jabatan Peguam Negara ni. Dekat lobby ada lif untuk naik tapi sebelum tu kena lepas dulu body and beg scan check oleh polis yang berkawal di situ. Maklumlah masuk ke Jabatan Peguam Negara khennnnnnn.

Masa kitorang nak masuk tu Mr. Daddy hangin jer. Disebabkan tak tahu mana jalan masuk nya sebab memang tak ada sign langsung so MR. Daddy pun pergilah tanya pada pak guard yang pakai baju putih yang duduk berkumpul dekat luar bangunan tu. Selamba jer guard tu jawab dah tutup. Helllooooooooooooooo!! Baru kejap tadi call tanya bukak ke tidak dan-dan guard tu jawab dah tutup. Mahu tak hangin.

So kesimpulannya masuk jer ikut pintu utama tu. Cari lif yang dijaga oleh polis yang ada tempat body and beg scan check.

Perut dah kenyang mari pulang.

Wednesday, May 22, 2013

Hanger Tudung

* IKLAN JUALAN *
* Entry baru di bawah *


Hanger untuk Tudung.
Lebih mudah.
Praktikal.
Jimat ruang.
Sesuai untuk semua ruang.

[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran
Penghantaran menggunakan Pos Malaysia.
Sebarang urusan pembelian, tempahan atau pertanyaan boleh email safiah_07 [at] yahoo.com
Code : Hanger plastik clear.
RM 3.90 sepeket
(1 peket mengandungi 3 buah hanger)
Postage + RM 3.50

Sesuai untuk tudung, shawl, inner dan sebagainya

Code : Hanger hitam.
RM 5.00 sepeket
(1 peket mengandungi 3 buah hanger)
Postage + RM 3.50

Sesuai untuk tudung, shawl, inner, stokin dan sebagainya

Code : Hanger besi clip
Harga : RM 27.90 setiap satu

Sesuai untuk tudung instant, inner, stokin dan sebagainya.

Code : Hanger besi ring
Harga : RM 18.90 setiap satu

Sesuai untuk tudung bawal, shawl, inner dan sebagainya.

Untuk urusan pembelian, tempahan dan pertanyaan sila email ke safiah_07 [ at ] yahoo.com
atau tinggalkan komen anda
atau sms 012 - 6163705

Untuk pembelian borang sila email saya. Borong mesti beli 8 ke atas.


Borang untuk Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number :
Produk Name:
Code / Quantity: (1 code/quantity per line)
Contact me via: Email
Phone number
Other request

Cho-co-late

Masa beli main sauk jer. Sauk sana, sauk sini. Syok jer memenuhkan bakul. Plastik wrapping pun warna warni. Terliur jer tengok. Sekali dah sampai sini dah bagi sana bagi sini pun masih banyak lagi. Last-last bawa office. Boleh juga dikunyah-kunyah. Hulur lagi pada officemate.

Lagipun dekat rumah tu yang makan chocolate cuma saya dan Irfan. MR. Daddy memang tak lah. Nuha tak tahu lagi. Talent tu belum nampak. Tapi Irfan pun tak semua coklat dia makan. Ada sesetengah jer. Yang kena dengan tekak dia.

 Teman setia atas meja. Boring kalu kunyah dia.

 Yang ni sorok dalam drawer. Kalau stok atas meja habis baru panggil keluar.

Yang masih berbaki dalam peti sejuk. Kasi beku boleh tahan lama.

Tapi chocolate tak menggemukkan kan?
Waaaaaaaaaa matik lah. Habis plan diet mak Jemah. Dahlah KPI tahun ni nak kurus macam biskut by end of this year. Ini macam kalu bukan kurus macam biskut, kurus macm tin biskut adalah! *nangis air mata terpancut ke tepi.

Tuesday, May 21, 2013

Far Far Away - Langkawi : Arrival

Alhamdulillah SAbtu malam selamat touch down di LCCT. Owh...sekarang LCCT tengah kelam kelibut sikit. Maklumlah soooooooooooon diorang kena moving to KLIA 2. 30 Jun 2013 adalah hari terakhir LCCT beroperasi sebagai teminal tambang murah. After Julai first all flight will operate from KLIA.

Depart dari Langkawi pukul 9.15 tapi delay mujur tak lama setengah jam jer. ATC tak bagi naik sebab cuaca ada sikit buruk. But alhamdulillah lepas setengah jam tu dah ok. Sampai LCCT pukul 10.30 malam. Memasing muka lemau jer. Keletihan.


Insya Allah jika diberi kelapangan, kemudahan dan kesihatan kita pergi tempat lain pula. Till then bubbai Langkawi......

Monday, May 20, 2013

Testing

Testing 123
Testing 123
Testing 123

Kalau korang boleh baca entry nih maknanya saya dah dapat balik blog saya.

Kidsme Food Feeder

Lama dah terfikir pasal "benda" ni.
Tapi tak tahu tajuk.
Terfikir kalau ada "benda" ni kan senang.

Then last week google beberapa kedai baby online.
Sajer tengok-tengok.
Terapi minda katanya.
Cari benda lain..."benda" tu pun carik juga.

Tengah syok google sana sini jumpa "benda" tu.
Ohhhhhhhhhhh food feeder tajuknya.
Maka google lah.
Tengok jenis-jenisnya.
Compare mana lagi baik.

Lastly pilih satu yang rasa macam ok.
Presenting new product for baby Nuha. Beli dari Baby Kids Shop

Food feeder ni bentuknya macam puting.
Tapi gunanya untuk bagi baby makan or lebih kepada kunyah-kunyah.
Especially macam baby Nuha yang gemar masukkan semua benda dalam mulut dia.

Cari buah yang sesuai untuk Nuha.
Apple, plum, peach, carrot etc.
Rebus.
Cut into cube.
Put inside the food feeder.
Sumbat dalam mulut Nuha.

So bila Nuha kunyah food feeder tu maka jusnya akan keluar.
Sonang kojo den!


Sunday, May 19, 2013

Far Far Away - Langkawi : Shopping

Alang-alang dah sampai sini marilah kita shopping. Mula-mula kita singgah beli minyak gamat dulu. Actually memang plan nak beli minyak gamat cuma tak tahu nak beli dekat mana. So pusing-pusing sekali jumpa Nusantara Minyak Gamat. Apa lagi terus singgah. Belilah apa yang patut.

Belek, baca, masuk bakul. NEXT!!!

Berani tak beli. JANGAN PULANG TANPANYA!!! terpaksa beli :)

OK nest kita Haji Ismail Group untuk membelikan cekelat buat kawan-kawan. Sungguh ke untuk kengkawan? Hoih masing-masing tak nak kalah. Ambil bakul. Sauk sana, sauk sini. Semua masuk bakul. Sekali bayar sengih kerang busuk. Kata BONDA ni kalau dekat sana (kampung) memang tak kan beli cekelat sampai beratus. Ngeh ngeh ngeh.

Suka EMAK dapat shopping.

Dekat HIG ni kitorang ada jugak beli pemanggang ajaib tu. Beli jugak untuk BONDA sorang satu. Yang sedang harganya cuma RM 69.00 terus adik ipar kirim juga. Tak agak-agak kirim dua terus. Dah try pun. Elok jer masaknya. Cepat pulak tu. Mudah lagi. MR. Daddy dah panggang ayam. Perghhhhh sedappppppppppp. Ayamnya tak kering.

Keluar dari HIG carik lagi tempat shopping. MR. Daddy tanya nak pergi mana. Laju-laju jawab Idaman Suri. Ohhhhhhhhhhh patutlah tak nak pergi Makam Mahsuri, rupanya nak ke Idaman Suri.

Idaman Suri idaman hati

Hoih ramai gila kot umat manusia dalam ni. Sendiri pun meroyan tengok harga pinggan mangkuk yang diorang jual. Dahlah murah, banyak gilaaaaaaaaaaaa pilihan. Memang rambang serambang-rambangnya lah. Sekali nak beli MR. Daddy tak nyalakan lampu hijau daaaaaaaaaa. Dia kata nanti dah pindah rumah sendiri kita datang balik, beli sungguh-sungguh. Erk...pindah rumah tahun depan. Waaaaaaaaaaaa :( tangisan dalam ketawa.

EMAK pun tak beli apa-apa. Takut katanya. Takut nanti masuk kargo diorang campak-campak pecah. IBU jer yang beli. IBU beli tea set. RM 45.00 English style. Kat AEON harganya RM100 +. Ibu pun tawakal. Kitorang balut kotak tea set IBU sekali dengan kotak Magic pan. Punyalah ketat dia wrap sampai tak bernafas kotak magic pan tu. Ahkak yang nengok pun dah rasa tercekik. Tapi hasilnya alhamdulillah balik tak pecah.

Kalau korang nak beli balik naik flight, boleh jer. Suruh pekerja dekat situ, tape pinggan mangkuk tea set korang tu elok-elok supaya firm. Kalau beli banyak, dekat airport wrap semua ketat-ketat supaya pinggan mangkuk tu tak bergerak or bergesel. Insya Allah tak pecah. Kalau beli sekotak dua and tak berat boleh bawa naik flight jer as hand luggage.

 Dah tak rasa nak ke mana-mana lagi terus heading to airport. Bersiap untuk pulang.

Bye Langkawi. Tahun depan kita jumpa lagi *jeling MR. Daddy.