Monday, June 25, 2012

Semua Salah Mail!!!

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Jumaat lepas (22.6.12) ambik cuti kecemasan.
Irfan demam.
Malam tu dalam pukul 12 badan dia dah start panas.
Tapi masih terkawal.
Cuma mulalah dia merengek.
Nak peluklah, nak sayanglah.

Pagi tu bangun badan dah panas.
So, decided ambil cutilah.
Tunggu pukul 8.00 nak bawa dia pergi klinik dekat bawah tu.
Selain demam, Irfan batuk dan selsema.
Budak ni batuk teruk jugak sebab kahak dia banyak.

Dalam 8.15 macam tu bawa dia turun ke bawah.
Janji dengan dia nak pergi ambil gula-gula.
Lalu jer depan pintu klinik tu terus je dia melencong tak nak masuk.
Puas pujuk, tak jalan.
Dia sejak tengok cerita Upin & Ipin epsiod sunat tu memang tak nak dah dibawa jumpa doktor.
Memang dia takut sesangat.
Padahal sebelum tu ok jer.

Last-last bawa dia naik balik semula, saya turun sorang-sorang.
Daftarkan untuk dia.
Sampai gilirin dia call MR. Daddy (MR. Daddy pun cuti...ambik kesempatan jugak) suruh bawa turun.
Keluar jer dari lif terus suruh MR. Daddy dukung dia, kalau tak ada yang buat pecutan Usin Bolt nanti.
Punyalah dia meraung dalam bilik doktor tu macam dihiris-hiris.
Sikit punya susah.
Keluar jer dari klinik terus senyap diam!
Bertuah betul budak sorang nih.

Mak su dia kalau pakai kot putih doktor tu pun dia tak mahu dekat.
Semua Mail punya pasal.
Sebab Mail buat cerita doktor tu menakutkan.
Sampai sudah imaginasi dia tentang doktor tu amat mengerikan.
Tak tahulah sampai bila...
Hai lah anak.......

No comments: