Monday, June 11, 2012

20 Minggu

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Dah 3 bulan tak jengah blog sendiri.
Alhamdulillah sekarang dah makin kuat, mood nak update blog pun sudah mari.
Idak tu kalu, jangan kata nak jengah blog sendiri...nak pegang komputer pun menyampah.

Sekarang kandungan dah masuk 20 minggu (5 bulan).
Dah boleh makan makanan yang terpilih.
Dah kurang muntah dan loya.
Dah rajin buat kerja rumah.
Dan dah masuk kerja semula.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

Sepanjang kandungan kedua ni saya dah hilang 15kg.
Kalau lepas bersalin hilang berbelas kg macam tu memang syoklah.
Kompom buat lompat bintang.
Tujuh...lapan...lapan lagi!
Ini tengah pregnant.
Tadah jerlah telinga kena leter dengan tuan doktor.

Oleh kerana badan rasa kuat dan cergas sikit ni mulalah tak reti dok diam balik semula.
Semua benda nak buat.
Perasan hebat!
Sekarang ni tengah terkinja-kinja menjahit.
Tapi buat yang light-light jer.
Semalam buat lapik meja baru untuk meja makan.
Nanti rajin kita upload gambaq.
Ada dua lagi meja mintak dilapikkan.

Dan ada satu projek untuk rayer.
Hopefully kekuatan ini akan terus kekal sampai bersalin.


 

No comments: