Tuesday, June 26, 2012

Penang Village

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Ini cerita tentang tekak kami (baca: me and MR. Daddy)
Semalam kan dah gaji.
So, saya ajak MR. Daddy pergi Alamanda sebab nak bayar duit kereta.
Bayar kereta saya tak buat online.
Tak tahu pasal apa.
Saya lagi suka menyusahkan diri sendiri terkedek-kedek ke Alamanda bayar dekat mesin bank tu.

So lepas bayar duit kereta, MR. Daddy ajak pergi makan terus.
Foodcourt dan kawasan sekitarnya memang penuh.
Almaklumlah baru gaji.
So lepas sessi sebut-menyebut beberapa nama restoran untuk dijadikan tempat persinggahan maka MR. Daddy ajak try Penang Village.
Reason: teh ais dia sedap.
Ok, saya setuju.


Masa tu memang tak ramai orang.
Cuma ada dua tiga table yang berpenghuni.
So kitorang pilih satu table dan sit down.
Selak menu.
Harga boleh tahan.
After a few minutes order pun dibuat.


MR. Daddy pilih Penang Char Kway Teow.
Bawah dia tulis ada seafood, egg, chili and taugeh.
Price RM 9.90


For me I choose nasi putih + combination for 2 pax.
Combination tu ada kerabu mangga, ayam pandan, ayam lorbak dan wantan goreng.
Price RM 19.90
Air both me and MR. Daddy choose teh ais.
Irfan makan menu for kid (nasi goreng, telur mata, fries, soya cincau)

+ 15 minit macam tu order pun sampai.
Terkulat-kulat kitorang bila apa yang diorder tu sampai.
Portion dia sikit nak mam!
Mine yang kengkononnya for 2 pax tu kecik ya ampun.
Kalau saya tak preggy pun memang tak cukup.
Rasa kalau ikut my tekak memang out!
Isi wantan tu besar ibu jari Irfan je.
Ayam pandannya memang tak ada rasa langsung.
Kerabu mangga pun menyedihkan.

MR. Daddy lagi kecewa.
Char Kway Teow dia dah rasa Kway Teow goreng taugeh.
Seafood nya nan hado!
Harap teh ais jer yang boleh ditelan.
Total semua RM 56++

Memang sedih.
Mungkin kalau harganya tidak semahal itu rasa bengang tu kureng sikit kot.
Tak tahulah kalau menu yang lain ok dan meletupsssssss.
Tapi sumpah apa yang kitorang makan semalam tak sedap langsung.
Me told MR. Daddy tak nak dah makan dekat situ.

Korang kalau nak cuba bolehlah try sendiri.
Ini rasa ikut tekak kitoranglah.
Mungkin Penang Village cawangan lain ok kot.
Tekak memasing rasa pun asing-asing....


Mood: Kecewa.

All pictures taken from google.


Monday, June 25, 2012

Semua Salah Mail!!!

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Jumaat lepas (22.6.12) ambik cuti kecemasan.
Irfan demam.
Malam tu dalam pukul 12 badan dia dah start panas.
Tapi masih terkawal.
Cuma mulalah dia merengek.
Nak peluklah, nak sayanglah.

Pagi tu bangun badan dah panas.
So, decided ambil cutilah.
Tunggu pukul 8.00 nak bawa dia pergi klinik dekat bawah tu.
Selain demam, Irfan batuk dan selsema.
Budak ni batuk teruk jugak sebab kahak dia banyak.

Dalam 8.15 macam tu bawa dia turun ke bawah.
Janji dengan dia nak pergi ambil gula-gula.
Lalu jer depan pintu klinik tu terus je dia melencong tak nak masuk.
Puas pujuk, tak jalan.
Dia sejak tengok cerita Upin & Ipin epsiod sunat tu memang tak nak dah dibawa jumpa doktor.
Memang dia takut sesangat.
Padahal sebelum tu ok jer.

Last-last bawa dia naik balik semula, saya turun sorang-sorang.
Daftarkan untuk dia.
Sampai gilirin dia call MR. Daddy (MR. Daddy pun cuti...ambik kesempatan jugak) suruh bawa turun.
Keluar jer dari lif terus suruh MR. Daddy dukung dia, kalau tak ada yang buat pecutan Usin Bolt nanti.
Punyalah dia meraung dalam bilik doktor tu macam dihiris-hiris.
Sikit punya susah.
Keluar jer dari klinik terus senyap diam!
Bertuah betul budak sorang nih.

Mak su dia kalau pakai kot putih doktor tu pun dia tak mahu dekat.
Semua Mail punya pasal.
Sebab Mail buat cerita doktor tu menakutkan.
Sampai sudah imaginasi dia tentang doktor tu amat mengerikan.
Tak tahulah sampai bila...
Hai lah anak.......

Tuesday, June 19, 2012

Kahwin Lagi

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Kata orang kalau kita terlalu memikirkan pasal sesuatu perkara tu, kadang-kadang boleh sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Sebab minda kita berada di dalam keadaan separa sedar.

Minggu lepas saya ada mimpi pasal saya dan MR. Daddy.
Tak tahu nak kategorikan mimpi ni mimpi baik atau mimpi buruk.
Sebab baik saya atau MR. Daddy sama-sama macam tak ada kesan.
Tapi tak tahulah dalam hati MR. Daddy kan...

Saya mimpi MR. Daddy akan berkahwin lagi satu.
Bakal pengantin perempuan saya tak pasti.
Sebab tak ditunjukkan pulak dalam mimpi tu.
(Takut saya ganyang kot..)

Yang syoknya MR. Daddy tak kahwin sorok-sorok.
Dia siap mintak izin saya lagi.
Dan saya yang sangat mithali (dalam mimpi tulah...real kalu ai pun tak tahu) pun memberi keizinan.
Saya kata saya izinkan, saya tak marah sebab dia jujur dengan saya.
(boleh caya ker begitu mithalinya saya)

Pada hari MR. Daddy nak nikah tu saya ambil keputusan bawa diri bersama Irfan.
Sedu sedan ko ai nangis waktu tu (macam kelakar jer rasa.)
Yang lagi bertambah sedih bila MR. Daddy nampak saya bawa beg besar nak keluar rumah dia tanya, nak pergi mana?
Saya dengan air mata berjurai, sebelah jinjit beg, sebelah lagi pegang Irfan kata saya nak pergi tenangkan hati dan perasaan.
Dia pun tak halang.
Katanya pergilah.

Tapi saya tak jadi pergi sebab ada satu bunyi yang menghalang saya daripada pergi.
Bila diamat-amati bunyi alarm.
Bangun...dah subuh.

Dua hari lepas tu baru teringat nak cerita pada MR. Daddy.
Dia senyum jer.
Saya cerita pun acuh tak acuh jer.

Tapi kalau secara realitinya MR. Daddy tak pernah terfikir nak kahwin lain.
Sebab dia tahu yang sorang ni pun dah pusing kepala dia nak handle, inikan nak tambah lagi seorang.
Lagipun saya memang tak pernah percaya pada mimpi sebab untuk saya mimpi itu hanyalah mainan tidur.


Thursday, June 14, 2012

Crocodile

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Hari ni saya MC.
Semalam balik kerja, berdengkot-dengkot berjalan dari office ke ERL pastu dari ERL ke kereta.
Tapak kaki kiri sakit gila.
Macam kejang tapi tak berapa nak kejang.
Tapi bila berjalan tu memanglah sakit.
Tepaksa berjalan guna hujung kaki dengan tumit.
Dah rupa orang cacat jer gamaknya.

Puncanya kasut yang saya pakai tu tak seswai.
Saya kalau preggy mesti nak cari kasut yang comfort.
Yang boleh menyokong pertambahan berat badan walaupun tak berat mana lagi.
Tapi sebab banyak berjalan maka kasut yang comfort diperlukan.

So tak tangguh-tangguh lagi.
Kebetulan harini MC, MR. Daddy pun tak kijer.
Biasalah MR. Daddy kalu ai tak kijer dia pun punah semangat nak kijer.
So, ke Jusco Taman Equine lah kami mencari kasut.
Biasanya saya suka jenama crocodile
It work for me everytime.

Sila fokus pada kasut dan abaikan kaki yang interframe ittew.
Beli terus pakai you.
Tak ada nak tunggu-tunggu lagi.
Wah selesanya.
Terus senyum lebar.... (",)

Mak Buyung Lepas Gian

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Last month (bulan 5) adalah bulan yang penting buat saya.
Mengapa ia bulan yang penting?
Sobab bulan lepas adalah anniversary me and MR. Daddy 4 years dan birthday saya jugak.
Tapi masa tu tengah tak kuat.
So acara gedik bergambar bersama kek haruslah di carry forward.

Jadi semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu.
Kebetulan bulan enam pulak birthday si herokecik.
Memang ngam-ngam soi lah.

Maka balik jer kerja terus ke The Baker's Cottage.
Ini jelah kedai kek yang terletak di luar Alamanda.
Maleh nak masuk ke Alamanda tu.
So pilihlah satu kek yang agak-agak diterima oleh tekak.
Black Forest Cake.

Maka lepaslah gian mak buyung.

Keliling tu ditutup dengan coklat. Itulah yang diratah dek Irfan. Keknya nan ado dimakan.
Inilah acara kegemaran. Kalau tak dapat buat acara ni rasa macam sunyinya kehidupan.


Wednesday, June 13, 2012

Pasar Tani @ Pasar Malam

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Semalam petang lepas ambil Irfan MR. Daddy tanya nak makan apa malam ni?
Sejak pregnant nih memang selera tak berapa nak ada.
Lagi kalau tanya nak makan apa.
Memang mentol atas kepala tak pernahnya nak menyala.
Last-last MR. Daddy ajak pergi kompleks kejiranan Presint 11.

Sampai-sampai jer MR. Daddy terus menuju ke gerai yang ada jual sup ekor kegemaran dia.
Dah beberapa kali pergi tak pernahnya ada...habis sokmo.
Tapi semalam memang rezeki MR. Daddy dapat makan sup ekor.
Lebor senyum pok cik tuh lepas ngidam sup ekor.

Tapi senyum dia tak lama.
Sebab lepas tu saya datang kedek-kedek bagitau stall tempat saya nak order makanan tak boleh nak order.
Katanya dapur bocor.
Dapur pun boleh bocor!
Gila hebat mung masak be.

Then tunggu MR. Daddy habiskan sup ekor dia.
Lepas tu MR. Daddy bawa pergi pasar tani.
Mula-mula sampai tu MR. Daddy tak bagi saya ikut sekali.
Dia kata bagitau jer nak makan apa.
Nanti dia belikan.
Alasan dia pasar tani tu besar gileeeeeeer.
Nanti penat!
Mak tak kira, mak nak jugak ikut.

Sekali berjalan dalam tu idaklah besar mana.
Cuma letih tu memanglah letih, sebab preggy kan.
Nampak kebab, nak kebab, beli kebab.
Nampak murtabak, nak murtabak, beli murtabak.
Nampak kuew teow, nak kuew teow, bwli kuew teow.
Matiklah tamak...ikut no kata nafsu tu.
Padahal makannya nan ado.
Mujurlah ada herokecil tu.
Kuew teow tu sumbat ke dalam mulut si Irfan.
Nasib sedap! Licin dia makan.

Owh, actually dah setahun duduk Putrajaya barulah semalam tuh first time pergi pasar tani.
Sebab mak gedik sangat nak pergi.
Sian mak hiew hiew hiew.


Tuesday, June 12, 2012

Cerita Semalam

Semalam petang balik kerja terus ajak MR. Daddy pergi makan.
Sebab dekat rumah tak ada lauk nak masak.
Lagipun perut dah terasa lapar.

Habis makan sampai rumah dah dekat pukul 7.00
Ker dah pukul 7.00
Tak perasan sangat.

Duduk lepak dekat sofa.
Tetiba baru rasa badan nih letih sangat.
Macam lah dekat office tu kerja buruh kontrak.
Angkat batu-bata bancuh simen.
Padahal duduk gyang kaki dari pagi sampai petang.

Dah selesai solat semua tengok jam pukul 8.00
Tapi mata nih ya Allah beratnya.
Macam di gam-gam rasanya.
Sekali bila tengok cermin...terperanjat nyah!
Banyak gila setan bergayut *tipu!*

Mungkin sebab badan dah letih.
Perut dah kenyang, makanya
Matanya menjadi layu dan berat.
So masuklah tidur pukul 8.00 tu jugak.
Baring sekejap terus terlelap.

Pukul 4.30 pagi baru terjaga.
Terus bangun solat.
MR. Daddy kata solat tahajud ke?
Tak lah solat terkejut.
Sebab sebelum tidur tak solat Isyak lagi.

Hari tak tahulah pulak tidur pukul berapa.
Letih jugak rasa badan ni.
Pinggang pun rasa lenguh.
Letih jugak ek kerja duduk jer.
Tengok tak tahu nak bersyukur.
Karang dapat memo kena buat kerja lapangan...
Melopong!

 

Monday, June 11, 2012

20 Minggu

** a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m **

Dah 3 bulan tak jengah blog sendiri.
Alhamdulillah sekarang dah makin kuat, mood nak update blog pun sudah mari.
Idak tu kalu, jangan kata nak jengah blog sendiri...nak pegang komputer pun menyampah.

Sekarang kandungan dah masuk 20 minggu (5 bulan).
Dah boleh makan makanan yang terpilih.
Dah kurang muntah dan loya.
Dah rajin buat kerja rumah.
Dan dah masuk kerja semula.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

Sepanjang kandungan kedua ni saya dah hilang 15kg.
Kalau lepas bersalin hilang berbelas kg macam tu memang syoklah.
Kompom buat lompat bintang.
Tujuh...lapan...lapan lagi!
Ini tengah pregnant.
Tadah jerlah telinga kena leter dengan tuan doktor.

Oleh kerana badan rasa kuat dan cergas sikit ni mulalah tak reti dok diam balik semula.
Semua benda nak buat.
Perasan hebat!
Sekarang ni tengah terkinja-kinja menjahit.
Tapi buat yang light-light jer.
Semalam buat lapik meja baru untuk meja makan.
Nanti rajin kita upload gambaq.
Ada dua lagi meja mintak dilapikkan.

Dan ada satu projek untuk rayer.
Hopefully kekuatan ini akan terus kekal sampai bersalin.