Friday, December 16, 2011

Topik Hari Ini : Kehilangan???

Dari pagi semua orang sibuk dengan SBPA.
Saya?
Saya pun sebenarnya nak sibuk juga dengan SBPA bagai ni.
Tapi ada benda lain yang lebih penting yang saya kena fikir sekarang.

Dua minggu lepas saya apply surat Pengesahan Majikan daripada PSM HQ office saya.
Sayangnya sampai hari ni surat yang saya tunggu tak juga kunjung tiba.
Hai lah...resah betul hati saya.

Dah dua kali saya call PSM.
Mengadu dan bertanya mengapa surat yang dikatakan telah dihantar itu masih tidak sampai ke tangan saya.
Penyudahnya saya yang ditegur.
Bukan, bukan saya tidak sabar.
Bukan saya juga tidak faham.
Tapi saya rasa siapa pun yang menjadi saya mesti tertanya-tanya ke mana surat itu pergi hingga tidak sampai ke tangan penerimanya.

Hal surat tidak selesai, timbul pula isu SBPA ini.
Sekali lagi borang opsyen tidak sampai ke tangan saya.
Hai lah...siapalah yang berminat dengan surat-surat saya ni.
Tak ada duit pun dalam nya.
Cuma isi kandungan surat itu amat penting untuk saya.
Sebab surat-surat tu adalah surat masa hadapan saya.

Nak mengadu pada PSM lagi ke?
Malas lah saya.
Silap hari bulan kena marah.
Apa kejadahnya tak buat salah kena marah.

Hari Isnin minggu depan saya akan menghadap sendiri PSM.
Selagi saya tak dapat surat yang saya mahu, saya tak akan balik.
Kali ni apa nak jadi...jadilah!!!
*sinsing lengan baju*
 

No comments: