Lagi satu yang merisaukan saya sebab dahlah tak mahu makan, susu formula pun dia tak mahu minum. Dia cuma Bf jer. Tapi umur macam dia perlu makanan tambahan untuk membekalkan zat-zat penting untuk pertumbuhan dia.
So masa bawa dia check-up Jumaat lepas, saya mintak nasihat dari pakar kesihatan apa yang boleh saya buat sebab Irfan tak mahu makan. Dia cadangkan saya beri Irfan Scot's Emulsion yang perasa oren sebab yang original tu ada bau sikit takut Irfan tak mahu pula.
Hari Sabtu tu try bagi, alhamdulilah mahu pula dia makan Scot's Emulsion tu. Lepas tu pujuklah dia makan sikit-sikit. Mahulah dia jamah walaupun hanya untuk 5-6 suap sahaja...sekurang-kurangnya kalau dibandingkan sebelum ni.

No comments:
Post a Comment