Friday, January 28, 2011

Presint 11, Putrajaya

Semalam balik dari kerja sembang-sembang dalam kete dengan daddy. Kitorang tengah berbincang kekdahnya untuk berbelanja secara berhemah.

Bukan apa selama hari ni kami ni agak boros jugak. Walaupun saya dan suami bukan kaki shopping sah-sah lah bukan kaki shopping haruslah kaki itu kaki kami sendiri tetapi kami sangat mewah berbelanja untuk makan.

Kami jarang habiskan duit untuk beg, kasut etc etc tapi biasanya duit tu habis di lebur di kedai makan. Bila fikir-fikir balik walaupun ianya makanan tetapi tetap boleh dimasukkan ke dalam kategori boros sebab kadang-kadang order, makan, tak sedap, tapi at the end tetap bayor!

So dalam berbincang tu tetiba daddy beritahu dia dapat quarters di presint 11, putrajaya. Owh dapat juga akhirnya. Daddy apply 9-11-2009, after a year baru dapat. At least dapat jugaklah kan. So lepas ni kena fikirlah pula apa perabot yang perlu ditinggalkan dan apa perabot yang perlu dibeli.

Haish! Tengok tu nak memboros lagi!


Wednesday, January 26, 2011

Mood, Idea dan Blog

Bila ada mood, tak ada idea nak tulis
Bila ada idea, tak ada mood nak tulis
Bila dua-dua tak ada, tak payah update blog

p/s:dua hari ni otak saya senget ke kiri, so tak dapat nak berfikir secara normal dan seimbang.



Monday, January 24, 2011

Atas Nasihat Doktor

Bila Irfan tak mahu makan, saya sangat susah hati. Macam-macam saya buat supaya dia mahu makan. Kebelakangan ni selera makan dia makin kurang. Hari Jumaat lepas bawa dia check-up bulanan. Berat dia turun. Sebelum ni 10kg tapi sekarang cuma tinggal 9.8kg jer. 1 tahun 7 bulan berat cuma 9.8kg.

Lagi satu yang merisaukan saya sebab dahlah tak mahu makan, susu formula pun dia tak mahu minum. Dia cuma Bf jer. Tapi umur macam dia perlu makanan tambahan untuk membekalkan zat-zat penting untuk pertumbuhan dia.

So masa bawa dia check-up Jumaat lepas, saya mintak nasihat dari pakar kesihatan apa yang boleh saya buat sebab Irfan tak mahu makan. Dia cadangkan saya beri Irfan Scot's Emulsion yang perasa oren sebab yang original tu ada bau sikit takut Irfan tak mahu pula.

Hari Sabtu tu try bagi, alhamdulilah mahu pula dia makan Scot's Emulsion tu. Lepas tu pujuklah dia makan sikit-sikit. Mahulah dia jamah walaupun hanya untuk 5-6 suap sahaja...sekurang-kurangnya kalau dibandingkan sebelum ni.


Sunday, January 23, 2011

Laporan Masakan Bergambar

Hujung minggu nak dekat hujung bulan.
Rasa nak makan sedap-sedap tapi malas nak keluar.
Kalau boleh nak memerap ajer duduk dalam rumah sambil membesarkan setiap anggota badan.

Jadi apa nak buat kalau rasa nak makan sedap tapi malas nak keluar?
Masaklah sendiri.
Minggu ni projek masak-masak kami ialah....

Chicken P.I.Z.Z.A

Bahan-bahannya:
1. Doh
- tepung gandum
- mauripan
- sedikit minyak zaitun
- air suam
*kuantiti tepung gandum ikut suka nak banyak mana, nak besar guna banyak.

2. Topping
- bawang besar
- sos pizza / sos spageti (dalam botol/tin)
- ayam
- sosej
- daging kisar
- keju mozarella
*bahan-bahan untuk topping korang boleh tambah yang lain ikut suka dan selera

Kekdah pembuatan:
- tumiskan daging kisar dengan lada sulah dan sedikit garam.
- bila dah masak angkat dan ketepikan.

1. Untuk doh
- bancuh mauripan dengan air suam.
- uli tepung dengan air suam, mauripan yang dah dibancuh, sedikit garam dan sedikit minyak zaitun.
- uli sampai jadi doh dan perap lebih kurang dalam 20 minit. Agak-agak dah kembang canai dan letak dalam tray.
- sapukan sos pizza/spageti di atas sebagai lapisan pertama.
- taburkan keju mozarella.
- taburkan daging kisar yang dah ditumis tadi.
- susun sosej dan bawang besar.
- taburkan sedikit lagi keju mozarella di lapisan paling atas.
- sedia untuk dibakar (30 minit dengan suhu 180c).


Inilah rupanya sebelum dibakar

Dan ini adalah rupa sebelum masuk ke dalam perut kitorang
Selain chicken pizza, korang juga boleh tukar topping jadikan seafooh pizza....

Selamat Hari Minggu...


Wednesday, January 19, 2011

Taiwanese Drama - Miss No Good

Drama Taiwan yang ini asalnya saya tonton di 8tv setiap Sabtu dan Ahad pukul 9.00 pagi. Sambil-sambil menyapu dan kemas rumah tu layanlah. Tapi kalau tengok kat tv biasalah. Banyak iklan daripada cerita. Sepatutnya ada 14 episod jadi berpuluh. Dek kerana lambat sangat saya tengok online. Sekejap jer...selesai!
Cerita ni pada saya menghiburkan. Genre : comedy, romance. Ada sahaja telatah Xiao Hua yang melucukan.

Miss No Good



















Synopsis
Jiang Xiao Hua is a girl with no sense of style who wears every color everyday. One day she shares a cab with the very famous fashion designer, Tang Men. Tang Men accidently drops his Italian sissors which are very expensive and hard to find. Later Xiao Hua goes to a party hosted by her old elementary classmate, jia Si Le, he has been in love with her ever since elementary. Jia Si Le has transformed from the fatty jia he used to be a handsome young rich man. Xiao Hua feels as if she does not belong and is offended when Jia Si Le calls her a christmas tree because of all the hair clips she has on. Xiao Hua blackmails Tang Men by saying that if he does not give her a makeover to transform her into an upper-class lady she will break his precious sissors. Tang Men offers 3 lessons to help her. Later this hatred between them turns into love.

Casting

Will Pan
Will Pan

Rainie Yang
Rainie Yang

Michelle Chen
Michelle Chen

Dean Fujioka
Dean Fujioka


Malam-malam Yang Meletihkan

Penat.
Letih.
Lesu.
Mengantuk.

S.E.B.A.B......

Irfan bangun tengah malam.
Dah dua malam dia buat macam tu.
Terpaksalah saya bersengkang mata menunggu dia main sorang-sorang.

Malam tadi pun sama.
Pukul 10 dia tidur, lebih kurang pukul 1 pagi dia bangun.
Menyusu. Lepas tu dia tidur balik.
Saya tukarkan pampers dia.
Baru jer nak baring semula dia celik bijik mata.
Terus bulat...lepas tu sengih-sengih, terus bangun main atas katil.
Angkat masuk buai tidurkan balik.
Lebih kurang sejam baru dia tidur, itupun merungut sorang-sorang dalam buaian.

Tak sampai dua jam, dia jaga balik.
Bising mulut dia suruh angkat.
Lepas angkat letak atas katil, dia senyum-senyum.
Main sorang-sorang.
Masa nih saya memang dah tak larat sangat.
Kepala dah beng sebab baru dapat tidur dalam dua jam, itupun tidur-tidur jaga.

Saya biar je dia main.
Daddy take over.
Entah pukul berapa agaknya dia tidur semula.
Sedar-sedar dah azan Subuh....


Monday, January 17, 2011

Senyum...Tak Perlu Kata Apa-apa

Mulakan hari anda dengan senyuman :)



Senyum - Malique featuring Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Sunday, January 16, 2011

Korean Drama - You're Beautiful

Drama Korea You're Beautiful atau juga dikenali sebagai He's Beautiful ni baru sahaja habis tayangan di 8tv 12 Januari yang lalu tapi drama ni habis tayangan di Korea tahun 2009. Bagi saya drama ni menghiburkan. Kisah tentang band remaja Korea. Tae Kyung yang sombong, Shin Woo yang romantic dan gentleman, Jeremy yang kelakar dan gila-gila dan Mi Nam yang lurus bendul. Dalam setiap episod ada saja perkara kelakar yang diorang buat. Kalau nak tahu kenalah tonton... (",)

You're Beautiful














Casting
Jang Geun Suk
Park Shin Hye
Lee Hong Ki
Jung Yong Hwa

Synopsis
Park Shin Hye'll play Go Mi Nam (male) & Go Mi Nyu (female), a pair of twins who ends up switching places when Mi Nam gets into an accident after being selected as 1 of the four members of a idol group. Jang Geun Suk plays Hwang Tae Kyung, a village boy turns idol star who is constantly at odds with Mi Nyu. Lee Hong Gi plays Kang On Yu who is the lead singer of the group. Filming'll start after the final member of the group is found. In the SBS drama 'You are beautiful', Uee is playing the role of "Yoo He Yi", the 'national younger sister' who has the nation's love since she was young and worked hard to become a top star.


Friday, January 14, 2011

Ami...Bay-bun! Ami...Bay-bun!

Semalam lepas ambil Irfan singgah sekejap kedai runcit.
Daddy nak beli barang buat mee goreng.
Sementara tunggu daddy beli barang saya dengan Irfan tunggu dalam kereta.
Malas nak bawa dia keluar sebab hujan.

Tiba-tiba:

"Ami...bay-bun! Ami bay-bun!"

"Bay-bun?"

Saya pandang kat luar keliling kereta.
Nak tengok kot-kot ada apa-apa binatang yang Irfan nampak dan dikelaskan sebagai bay-bun.
Tak ada.

Lepas tu, Irfan tepuk-tepuk tangan saya

"Ami...bay-bun! Bay-bun!"

Lurus telunjuknya tunjuk sorang baby perempuan dalam lingkungan umur 4-6 bulan yang didukung ibunya.
Baby tu pandang pada dia.
Irfan lambai tangan pada baby girl tu.
Dan baby girl senyum...

Lahhhh...
Rupa-rupanya bay-bun tu ialah baby.

Apekehal jauh benor bunyinya Irfan oiiiiiiiiiiiiiii...

Bay-bun = baby


Thursday, January 13, 2011

Bad Guy

Inilah drama korea yang paling susah saya nak tengok sampai habis sebab saya tak suka ending dia but still jalan ceritanya tidaklah membosankan. Kiranya setiap ending satu-satu episod tuh buat saya nak tahu what next? Dan dek kerana rasa nak tahu ending dia yang teramat sangat menyebabkan saya jump terus ke last episod. So lepas tu saya jadi malas dah nak tengok sebab dah tahu endingnya yang menggeramkan...but still I managed to finish the whole story and it was sad...sob sob sob

Here you go...Bad Guy




















Synosis

Shim Gun Wook is a mysterious, seductive, fatally charming man who is highly ambitious in achieving his goal. After his parents’ death, he believes that President Hong of Haeshin Group is the caused of all this misery.  Thus, he takes a step to get closer to his enemy by preying charmingly into the youngest daughter of Hong family, Hong Mo Ne who has fallen madly and hopelessly in love with Gun Wook’s charm and good-looks.
Moon Jae In is a strong, independent woman, who has been living for herself and her younger sister, Won In.  After getting dumped by her boyfriend, she is determined to snag Hong Tae Seong, the family’s most rebellious son with a hidden past. He was born out of wedlock, and took by the rich family after they found out that his DNA matches. His life will become complicated once Shim Gun Wook steps in to cause all the turmoil…
Tae Seong’s oldest sister, Hong Tae Ra was born as the first daughter of the Hong family.  All her life, she has always been the obedient oldest daughter.  She has never said no to her parents and went through an arranged marriage to a prosecutor. Tae Ra lives her life like the typical upper-class housewife, raising her only daughter, So Dam.  But soon after she meets Gun Wook upon a coincidence meet, she throws herself into a heated love affair with the man who can both have the face of an angel and a devil at the same time…


Casting
Kim Nam Gil
Han Ga In
Kim Jae Wook
Oh Yun Soo
Jung So Min

Even it is a sad ending but still worth to watch.

Wednesday, January 12, 2011

The Paradox of our Time!

The paradox of our time in history is that...

We have taller buildings, but shorter tempers.
Wider freeways, but narrower viewpoints.
We spend more, but have less.
We buy more, but enjoy it less.

We have bigger houses and smaller families.
More conveniences, but less time.
We have more degrees, but less sense.
More knowledge, but less judgment.
More experts, but more problems.
More medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly,
laugh too little, drive too fast, get too angry too quickly,
stay up too late, get up too tired, read too little,
watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values.
We talk too much, love too seldom, and hate too often.
We've learned how to make a living, but not a life;
We've added years to life, not life to years.

We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet the new neighbour.
We've conquered outer space, but not inner space;
We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul.
We've split the atom, but not our prejudice.
We write more, but learn less;
We plan more, but accomplish less;
We've learned to rush, but not to wait;
We have higher incomes, but lower morals;
We have more food, but less appeasement;

We build more computers to hold more information to produce more copies than ever, but have less communication.

We've become long on quantity, but short on quality.

These are the times of fast foods and slow digestion; tall men, and short character; steep profits, and shallow relationships.

These are the times of world peace, but domestic warfare; more leisure, but less fun; more kinds of food, but less nutrition.

These are days of two incomes, but more divorces; of fancier houses, but broken homes.

These are days of quick trips, disposable diapers, throw away morality, one-night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.

It is a time when there is much in the show window and nothing in the stockroom; a time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to make a difference, or to just hit delete...

-Dr. Bob Moorehead-


Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Buat Dia Macam Tu?

Budak tiga tahun mati didera ibu tiri....

Kenapa buat macam tu?
Sedih betul bila baca....
Besar mana kesalahan budak tu
Kalau pun benci sangat kenapa tak pulangkan dia pada ibunya...
Kenapa nak berpura-pura menyayanginya.

Dia baru tiga tahun
Akal dia tak dapat berfikir macam akal kita
Kesakitan yang terpaksa ditanggungnya tak mungkin terbayang dek kita

Semoga Allah membarikan kamu rahmat-Nya...



 









Lagi berita penuh di Berita Harian

Monday, January 10, 2011

Bila Tapak Tangan Gatal

Kata orang nak dapat duit.
Eh iye ke?
Kalau macam tuh setiap hari nak rasa gatal jer kan.

Tapi masa hari Sabtu lepas memang tapak tangan saya gatal-gatal.
Masa tuh langsung tak terpikir apa-apa.
Cuma rasa tak selesa lah nak buat kerja.
Last weekend saya habiskan masa kemas rumah.

Tengah dok syok-syok mengemas tu saya jumpa lipatan bil api lama.
Saya bukak satu-persatu sebab nak tengok tarikh.
Kalau dak berlapuk tu saya buang jer.
Yang terkini saya simpan.

Tapi sampai lipatan bil yang terakhir...
Terpelanting sekeping duit RM50.00
Tarikh bil Mei 2010
Laaaa...dah setengah tahun rupanya saya "menyimpan" di situ.

Huhuhu rezeki saya lah tu...
Patutlah gatal tapak tangan...

E-eh macam gatal lagilah tapak tangan nih... (",)


Thursday, January 6, 2011

How Would She Know...

If you just speak inside yourself?

Hari ni datang kerja lambat.
Pukul 11.46 baru punch in.
Sebab apa lambat?
Sebab babysitter Irfan hantar anak sulung dia balik kolej.

Dan...
Saya jadi be-ngang!!!

Saya tak marah dia nak hantar anak dia ke manapun.
Itu hak dia.
Itu tugas dia sebagai seorang ibu.

Cumanya...
Yang saya geram dia suka beritahu last minute.
Sedangkan saya perlu maklumkan kepada majikan saya.
Dan ini bukan perkara kecemasan.
Maknanya dia tahu lebih awal perkara ini akan berlaku.
Perkara yang boleh dirancang.
Jadi mengapa tidak inform kepada saya lebih awal.

Jadi...
Saya terpaksa tegur sikapnya itu.
Walaupun dalam hati takut-takut jugak.
Maklumlah anak saya dalam jagaan dia.

Tapi...
Apa yang harus diberitahu, mesti diberitahu.
How would she know if you just speak inside yourself???

Wednesday, January 5, 2011

Mari Menyusun...

seroja....bunga seroja....
hiasan sanggul remaja.....puteri remaja...

Aduyai fining kepala.
Sekarang tengah sibuk susun jadual untuk 2011.
Siapa buat itu, siapa buat ini,
Siapa pergi kursus dulu, siapa pergi kursus kemudian,
Check inventori...

Belum campur dengan jadual peribadi.
Bila nak bawa si kecik tu check-up,
Nak pergi vacation...

Alamak!
Meja dah serabut.

Ok daaaa nak mengemas dulu.
Bila suasana kemas dan tenang baru syok nak berfikir.

Ayuh otak kiri dan kanan mari kita bekerja....

Boys Over Flowers

atau Boys Before Flower.
Drama Korea yang ini sebenarnya adalah adaptasi daripada satu majalah manga Jepun.
Diolah semula dalam tiga versi:
1. Jepun - Hana Yori Dango
2. Korea - Boys Over Flowers
3. Taiwan - Meteor Garden

Versi Jepun - Hana Yori Dango saya tak pernah tengok lagi.
Versi Korea - Boys Over Flowers saya tengok starting lepas tu terus jump pergi ending. Malas nak tengok yang tengah-tengah, maybe next timelah saya buat ulang tayang.
Versi Taiwan - Meteor Garden saya tengok awal-awal jer.

Boys Before Flowers



















Casting
Lee Min Ho
Kim Hyun Joong
Kim Bum
Kim Joon
Koo Hye Sun

Synopsis
Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di’s friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4′s shoes, she’s forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo.

Tuesday, January 4, 2011

Bila Irfan Tak Mahu Makan

Serius saya sakit kepala...

Budak kecik tu makan ikut mood.
Bila sampaia musim dia nak makan...suap aja ke mulut dia, semua sebat.
Tapi bila sampai masa dia tak moh makan...aduyaiiiiiiiii
Fining kepala ante

Sekarang musim dia tak moh makan.
Masaklah macam-macam...
Buatlah macam-macam...
Nanak! Nanak!
Dia tetap akan geleng kepala dia.

Irfan kalau pasal makan memang selektif...
Hanya yang berkenan sahaja yang akan melepasi tapisan lidah kecik dia tuh!
Lagi satu dia cepat bosan makan benda yang sama...
Especially nasi...


Apa nak buat nih????

My Girl

Ini satu lagi drama korea yang saya buat ulang tayang. Walaupun sebenarnya dah dua kali tengok..hehehe
Biasanya drama-drama macam ni saya tengok di tempat yang tak ada line internet...Download siap-siap.

My Girl
















Casting
Lee Dong Wook
Lee Da Hae
Lee Joon Ki
Park Si Yeon

Synopsis
When Gong Chan (Lee Dong Wook) meets the lively and beautiful Yoo Rin (Lee Da Hae), he finds out that she has connections to his missing cousin, whom his grandfather has been searching for. He asks Yoo Rin to lie about being his long missing cousin until he can find his real cousin. She says yes, but soon their feelings for each other get in the way of their plans. Gong Chan’s friend, Jung Woo (Lee Joon Ki) falls for Yoo Rin while Gong Chan’s ex-girlfriend, Seo Hyun (Park Si Yeon), a pro tennis player, tries to win him back. Will the two ever tell each other how they feel? Will Gong Chan ever find his real cousin?


Enjoy Watching... (",)

Selamat Tinggal...

dan selamat berbakti kepada tuan kamu yang baru...










Komputer ini telah dijual oleh daddy sebab bersama dengan kami dia kurang efektif.
Kami lagi banyak guna lappy so komputer ini duduk berhabuk dalam bilik kerja.
Untuk mengelakkan pembaziran daddy juallah dia.

Selamat tinggal dan selamat berkhidmat...


Monday, January 3, 2011

Full House

Entah kenapa macam terpanggil-panggil nak tengok semula drama korea yang satu ni. Mungkin sebab lately ni tak rajin nak search drama korea yang syok untuk ditonton...so buatlah ulang tayang. Ada beberapa drama korea yang saya dah buat ulang tayang. Lain kali cerita yea...

Untuk edisi ulang tayang pertama saya tontong cerita ini:

Full House


Casting:
Bi
Song Hye Kyo
Kim Sung Soo
Han Eung Jung

Synopsis:
A story about love and heartbreak, sadness and self-preservation. A naive, cheerful albeit, somewhat of a recluse writer, Han Ji Eun (Song Hye Gyo) is swindled out of everything she owns. Not by strangers, but her best friends! Stranded in China, she is determined to get home with the help of an actor, Lee Young Jae (Bi). She borrows money from him after coming up with a clever lie and plans to pay him back after landing in Korea, only to find that all which is precious to her has been sold. In an attempt to get her possessions back, she has entered in a contract marriage with Young Jae for one year. It is quite simple, until strong feelings start to develop. Everyone around them test the "love" Young Jae and Ji Eun have for one another. In spite of it all, Ji Eun manages to be humorous and endearing - even when her heart is breaking.


Buku Putih yang Cantik Berseri

Hai 2011..
Bermulanya sebuah buku putih yang cantik lagi berseri-seri.
Dengan kulit buku yang masih tebal dan tidak terkopak di setiap penjurunya.
Sedang menyediakan pen yang pelbagai warna untuk menulis di atas buku putih yang baru ini.

Tahun baru telah bermula...
Bermakna setiap orang ada buku putih yang baru...
Hanya menunggu pen yang berwarna warni itu untuk menulis di atasnya...

Tahun 2010 telah berlalu
Kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku
Walau bagaimana lama kita menoleh ke belakang
Yang baik dan gembira simpan sebagai kenangan
Yang buruk dan menyedihkan ambil sebagai iktibar

Semoga tahun ini membawa lebih kebaikan buat kita semua...