Thursday, July 29, 2010

Air Mata 19 Julai 2010

Tanggal 19 Julai 2010 menjadi tarikh ingatan buat K.A.M.I sekeluarga...
Tarikh yang membawa seribu satu kesedihan...
K.A.M.I tahu bukan K.A.M.I sahaja yang mengalami pengalaman menyayat hati seperti ini
Ramai lagi di luar sana pernah menghadapinya
Tetapi K.A.M.I menghadapinya dalam keadaan yang tidak bersedia
Langsung tidak bersedia

Pagi Isnin 19 Julai saya keluar bekerja seperti biasa...
Hantar MR. Daddy ke pejabatnya dan saya terus ke pejabat saya...
Cuma pagi itu saya tidak terus bersarapan seperti kelazimannya...
Saya terus menyudahkan kerja-kerja saya sehingga jarum jam menunjukkan ke angka 10 pagi.
Tergerak di hati hendak menghubungi ibu di kampung tetapi MR. Daddy pula menghubungi saya...
Selepas berbual dengan MR. Daddy beberapa minit saya langsung terlupa untuk menghubungi ibu.

Tepat jam 12.45 tengah hari telefon bimbit saya berbunyi
"mama" tertera nama di skrin telefon saya...saya tersenyum sebelum menjawab panggilan
Tetapi bukan suara ibu di hujung talian...sebaliknya abang saya
"Call balik! Call balik! Urgent! Urgent!"
Itu sahaja ayat yang keluar sebaik sahaja saya memberi salam.
Saya tidak sempat hendak bertanya lanjut panggilan telahpun diputuskan

Hati saya berdegup kencang.
Namun saya masih tidak dapat mengagak urgent apa yang abang maksudkan...
Lantas jemari saya laju mendail kembali nombor ibu.
Selepas lima kali mencuba barulah talian saya bersambung...
Abang yang menjawab panggilan saya dan jelas di pendengaran saya kedengaran suara ibu menangis teresak-esak...
Saya jadi takut tiba-tiba...saya tanya abang tapi abang tidak mahu menjawab pertanyaan saya
Selang beberapa saat kemudian ibu menjawab panggilan saya

"Angah, ayah kamu dah tak ada!"

Ayah dah tak ada? Saya rasa seperti bermimpi...bukan! saya rasa ibu tersilap cakap...
Saya putuskan talian...
5 minit berselang ibu menghubungi saya semula...
Ibu tidak lagi menangis...perlahan-lahan dan sepatah demi sepatah ibu tuturkannya semula...

"Ayah dah tak ada lagi...Kamu balik ya...beritahu pada adik-adik..."

Saya tidak bermimpi! Ibu juga tidak tersilap cakap!
Ayah telah kembali ke rahmatullah...
Ayah pergi untuk selamanya...
Redha? Saya tahu saya harus redha...
Saya tahu yang hidup pasti mati...
Tetapi sebagai seorang anak sedikit rasa terkilan pasti hadir...
Namun saya yakin ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik untuk saya sekeluarga
Ujian-Nya tidak pernah melebihi tahap kemampuan hamba-Nya

Saya hapuskan air mata...
Sekalipun saya bersedih saya mesti tunjuk kuat pada adik-adik sebab sekarang saya adalah benteng mereka...
Saya tempat mereka bergantung...

Untuk ayah,
Angah doakan kesejahteraan ayah di 'sana'...

Ya Allah, Kau ampuni dosa ayahku...
Kau terimalah amal ibadatnya...
Kau sampaikanlah pahala sedekah K.A.M.I untuk ayah...
Kau lapangkanlah kuburnya...
Dan Kau masukkanlah ayah ke dalam salah satu syurga-Mu...
Aminnnn


Friday, July 16, 2010

Rahmat dari Allah

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja saya ditemani hujan yang turun
Dimulai dengan hujan renyai-renyai dan kemudiannya menjadi lebat

Entah kenapa hati saya jadi sayu tiba-tiba...
Tak tahu mengapa
Perasaan itu hadir perlahan-lahan...

Sesungguhnya hujan itu rahmat dari Allah
Rahmat yang Allah turunkan untuk seluruh makhluk-Nya di muka bumi ini
Tapi kita kadang-kadang selalu terlupa
(saya juga...)
Bila turunnya hujan kita merungut...
Takut kain jemuran susah nak keringlah...
Takut nanti banjir kilatlah...
Tak boleh nak pergi mana-manalah...


Sedangkan di waktu turunnya hujan Allah bukakan pintu langit untuk kita berdoa
Untuk kita 'meminta' kepada-Nya
Tetapi kita 'sombong'
(saya juga kadang-kadang begitu)
Sedangkan ketika hujan adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa

Semoga selepas ini kita semua akan selalu ingat bahawa:
"Hujan yang Turun itu Membawa Seribu Rahmat dari Allah"


nota: entry ini tidak berniat menyinggung mana-mana pihak...kalau ada yang terkena saya minta maaf yea...


Wednesday, July 14, 2010

Sabar jelah...

Siapa punya kerja nih weh?
Habis satu office bau durian...
Saya yang hidung tersumbat pun boleh bau...

Bukan tak suka bau buah tu...
Saya tak kisahpun...tapi biarlah berpada-pada
Office kita ni kan kawasannya tertutup dan berair-cond

Dah lah tingkap semua fix aci tak boleh bukak punya
Pintu pulak yang pakai pas keselamatan
Bayangkan itu bau berlegar-legar dalam ruang office yang kedap udara nih...

Aduhai...
Makin berdenyut-denyut kepala saya...
Siapalah gerangannya yang pintar bin pandai ittew???


Kenapa Lama Sangat Ni?

Dari hari Ahad sampai hari ni demam saya masih belum kebah...
Siang: badan saya panas...batuk dan selsema
Malam: badan saya bertambah panas...batuk teruk dan selsema teruk.

Saya memang jarang demam...
Tapi kalau sekali dah demam macam inilah jadinya...
Lama dan melarat-larat

Pagi tadi lepas hantar MR. Daddy ke office saya cadang nak ke klinik...ambil MC
Nak berehat di rumah...kononnya
Tetapi jiwa pekerja yang berdisiplin lagi bermotivasi tinggi telah menghantar saya ke office...
Cumanya...
Pakaian saya, kurang sesuwai untuk bekerja...

Tapi kalau nak pergi meronggeng molek benorlah...
Hehehehehe...


Sekian, dari pekerja yang berdedikasi

Tuesday, July 13, 2010

Rumah Saya Dilanggar Garuda...

...yang bergigi enam
.
.
Garuda ni sangatlah rajin...
Rajin menolong saya 'menghiasi' rumah K.A.M.I syurga K.A.M.I itu
Biasanya selepas saya menyusun atus semua perabot dan perhiasan rumah...
Ia hanya bertahan paling lama sehingga jam 10.30 a.m iaitu...
Sebelum herokecil itu bangun dari tidur.
Lepas dia bangun jangan mimpi semua benda berada pada tempat asalnya.
.
Lepas tu time makan!!!
Ha, siaplah. Dia pun nak satu mangkuk dan satu sudu...
Tetapi penyudahnya mangkuk kita juga yang disudunya
Habis bersepah atas lantai...
Tapi herokecil ni satu jer pe'el dia pasal makanan ni...
Apa yang saya makan, semua dia nak rasa
Kalau dia rasa benda tu sedap dia akan mintak lagi
"nok...nok...nok..." lebih kurang macam tulah bila dia mintak
Tapi kalau dia rasa tak sedap dia terus geleng kepala sambil kerut muka
"nonok!" itu dia akan sebut kalau kita suap juga ke mulut dia.
Lepas tu herokecil K.A.M.I ni kudukut sikit...
Kalau dia tahu makanan tu sedap...dia nak makan sorang-sorang jer
Favourite dia chocolate!
Pernah sekali masa balik kampung dia berebut chocolate dengan paksu dia sampai merajuk adik bongsu saya tu...
Hai-lah anak mummy
.
Sekarang herokecil sangat pandai merajuk...
Hentak-hentak kaki dan paling muka arah lain bila apa yang dia nak K.A.M.I tak bagi especially dengan MR. Daddy
Tapi kalau dia dapat apa yang dia nak or dia nak ambil hati kita dia akan hulur dahi dia suruh cium...
Dahi sahaja! Dia tak suka orang cium pipi dia...rimas kot!
Dan herokecil sangat marah kalau MR. Daddy ganggu mummy dia...
Dia akan jerit marah-marah sambil tarik apa yang boleh dicapai oleh tangan kecil dia yang comel tu...rambut, telinga atau hidung MR. Daddy yang selalu menjadi sasaran...
Sayang mummy yea? Mummy pun sayang Irfan...
Sangat-sangat...Lama-lama...Banyak-banyak...
Itulah herokecil yang saya kandungkan dan lahirkan...

kekdahnya herokecil 'menghiasi' rumah K.A.M.I syurga K.A.M.I


Memang tak larat nak mengemas...tangan dia lagi laju buat kerja!


Budak yang cepat 'panas' montot kalau disuruh duduk diam-diam


Mummy and daddy sayang Irfan sangat-sangat...lama-lama...banyak-banyak...mmmmhhuah!!




Monday, July 12, 2010

Semakin Teruk..

Keadaan saya bertambah buruk dalam selang masa lima minit...
Makhluk yang sedang mendiami hidung saya sedang berebut-rebut keluar dari gua yang gelap itu...
Tisu saya pon dah semakin menyusut
Saya terpaksa berlari-lari remaja ke tandas sambil mula membuat wajah kasihan kepada kakak yang menjaga tandas itu.

"Kakak, saya pinjam tisu dua gulung boleh?"

"Kenapa?"

"Saya selsema...tisu saya sudah habis."

"Owh begitu.."

"Boleh?"

"Yea...yea...boleh. Ambil saja. Dua gulung, tiga gulung, bergulung-gulung. Bukan kakak beli ini tisu...percuma!"

Erk! Dia perli saya ker?


Air Mata Saya Menitik ke Pipi

...sebab saya didatangai oleh Cik SEL-SE-MA yang tidak berperikemanusiaan ittew
Terasa sangat berat di bahagian mata minta ditutup...
TE-TA-PI sebagai pekerja yang berdedikasi, berdisiplin lagi bermotivasi tinggi saya tetap bekerja!
Mood memuji diri sendiri berlegar-legar pada ayat di atas...kihkihkih

Badan saya dah mula rasa tak berapa nak syok dari petang semalam
Tetapi saya buat-buat tak faham jer
Tapi penyudahnya malam tadi saya rebah jugak!
Tak terdaya dah!

Demam, selsema, batuk, sakit kepala
Semua bercampur baur...
Adus tak tahan mak.. dek non oi....

Friday, July 9, 2010

BE-NGANG!!!

Pagi-pagi dah TEN-SION!
Tension dengan pemandu-pemandu Malaysia di jalan raya.
Macam-macam ragam!
.
Yang beli kereta rege beratus ribu riban tapi tak ada signal...
Apa signal kereta kome tu optional ker????
Tak pula teman tahu kalo signal tu masuk dalam aksesori tambahan...
Tapi make-up kete berabis tak per
Ni teman nak kabor yeop oi...
Pasanglah signal...
Tolonglah yeop gunalah signal kalau nak masuk-keluar simpang...
Nyusahkan orang!
.
Ada yang lain tu pulak bawa kete laju tak ingat...
Awatnya?
Hang pa jer ker yang nak cepat?
Ker dah tak buleh nak tahan nak ke tandas...
Hang pa nampak dah depan tu kereta berderet kiri kanan...
Hangpa lagi nak follow rapat belakang kereta cheq'
Hangat betui hati cheq'!
.
Ado laie...
Yang bawak keto pelahan macam siput...
Siput pon laie laju dari dio...
Aduhai meromang bulu tongkok
Kocik yo den nampak kau...
Tolonglah pak cik mak cik abang kakak...
Kot yo pun nak makan angin carilah waktu lain...
Den nak copek poi kojo...
Marah bos den nanti kot lambek sampai!
.
Sekarang saya perlu kembali senyum untuk mengembalikan mood yang baik-baik...
.
Nota penerangan: Bahasa yang digunakan tidak membawa apa-apa makna kepada pemandu yang dibengangkan...
.
Sekian, terima kasih
.
.
.
Saya yang menurut perintah,

Thursday, July 8, 2010

Kesukaan Baru...

si herokecil saya...
mencarik-carik!

carik-carik si bulu ayam...
lama-lama jadi bulu tangkis pula

TE-TA-PI...

carik-carik tisu dapur mummy...
lama-lama habis juga!!!

Ya Rabbi anakku sayang...
Kesukaan barumu ini memerlukan modal yang tinggi...

Harus bankrupt mummy!!!


sedang bekerja keras...


mari mencarik si tisu dapur...

carik-carik si tisu dapur...

Owh..! Adakah saya telah terkantoi?

Mana Yang Paling Tepat?

Semalam masa K.A.M.I on the way balik dari kerja...
Ikut jalan biasa
Ada satu lori potong K.A.M.I
K.A.M.I bawa perlahan aja sebab jalan tuh jalan batu kelikir
Lori tu agak laju sebab dia lori!
Lepas lori tu potong K.A.M.I, sempatlah saya baca dekat belakang lori tu ada tulis...

AWAS MUATAN PANJANG

Tetiba terfikir pulak...
Sebenarnya ini MUATAN PANJANG atau LEBIH MUATAN?

Mana yang paling tepat?
AWAS MUATAN PANJANG atau AWAS LEBIH MUATAN???

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa Saya Dah Lama Tak Updated Blog?

Kenapa saya dah lama tak mengupdated bloh saya

Kerana:
1. Saya banyak kerja
2. Saya tak ada cerita terkini hiburan sensasi
3. Saya ada hobby baru
4. Saya selalu lupa nak bawa kabel so tak boleh load gambar so tak nak update cerita kalau tak ada gambar
5. Saya MALAS!!!

Jadi daripada kelima-lima alasan di atas, alasan yang paling nyata ialah alasan terakhir: MALAS!!!

Saya memang MALAS!!!

MALAS!!! nak fikir nak tulis cerita apa
MALAS!!! nak sign in
MALAS!!! nak mengarang supaya orang boleh faham cerita saya

Tapi tetiba hari ni saya rajin pulak nak mengupdated...
Bukan apa takut bersawang pulak blog nih nanti

Lain kali saya updated lagi cerita saya okeh!

Sekian,
Saya yang MALAS!!!