Assalamualaikum iolls...Good morning....Salam hari Khamis...Selamat berbaju batik. Ceria kan kak ton hari ni. Baca pun tahu kak ton sedang ceria. Bukan apa...petua awet muda harus senyum selalu.
Hoih semalam bapak banyak kereta. Eh, korang ni apasal tak cuti-cuti lagi ni. Pergilah cuti. Dah nak raya ni kan. Apa barang kerja lagi. Dah-dah gi balik kampung kacau dodol, rebus ketupat, rendang ayam, bakar lemang, pasang pelita, tangkap ayam, gantung langsir baru. Ha, see kemain banyak kerja. Bila korang cuti lapang sikit jalan, boleh lah ai merempit. Tak adalah stress.
Semalam dek sebab jalan agak sesak so sampai Putrajaya lambat sikit. Pergi ambil MR. Daddy then zasss ambik pula bebudak dua orang tu. Lepas tu teringat lauk dekat rumah dah habis. Zasss pulak ke kedai runcit dulu. Sekaliiiiiiiiiiiiii umat manusia punyalah sesak dalam kedai tu. Ya Allah...kus semangat. Berlaga bontot nak ambil barang. Korang sajer ek, nak sabotaj ai. Asal barang dapur ai habis, barang dapur uolls pun habis.
Pang pung pang pung...siap beli barang pecut balik rumah. Sampai rumah dah pukul 6.30 petang. Letak Nuha depan tv terus ke dapur. Ada sejam jer untuk masak lauk berbuka. MR. Daddy tanya nak dia tolong tak? Laju-laju geleng kepala. Never mind! Waktu suntuk gini buat sendiri adalah lebih cepat. Baru pegang ayam Nuha dah melalak. Tak boleh jadi ni. Suruh MR. Daddy bawa Nuha turun bawah pergi kedai beli susu. Siap pesan jalan perlahan-lahan jer.
Maka bersilatlah di dapur seorang diri. Tak masak apa. Cuma buat ayam goreng kunyit, ayam goreng garing untuk Irfan dengan teh ais. Dan managed to prepare all the foods 5 minit sebelum azan berkumandang. Lepas tu makan MR. Daddy dok lah puji-puji sedap sangat ni, sedap betul ni. Hehehe kembang kuncup vontot ai tau.
Tapi gambar food semua tak ada. Tak dan dah nak ketip-ketip gambo...perut is lapar. Maka apabila hidangan dah tersedia depan mata haruslah terus dingap. Lagipun yang suka ambil gambar foods ni kan orang yang sakit mental. Ahak!! Ai sihatttttttt. Tapi tetap ada gambar lain. Gambar si buah hati.
Berebut nak panjat MR. Daddy. Abang panjat dulu, adik is sibuk dan menyibuk.
Akhirnya abang bengang lalu menangis. Itu je lah modal dia.
Pesen dia kalau menangis. Mulut cebik.
Ini dah kira maks. Seronok juga sebenarnya menyakat kenit tu sebab dia sangat susah nak menangis.
No comments:
Post a Comment