Friday, August 16, 2013

Laporan Masakan Bergambar [Black Pepper Chicken]

Ini pun antara menu yang saya dan MR. Daddy suka. Kalau beli ayam sekor, yang bahagian daging-daging tu kita akan masak black pepper. Sebab saya kureng suka sikit bahagian ayam yang banyak daging macam dada semua tu. Saya lebih suka yang banyak tulang macam wing, drumstik. So untuk bahagian daging kita buatlah masak black pepper ke, goreng kunyit ke, paprick ke so that daging tu akan berjus sikit. Jadi marilah kita kongsi resepi kesukaan saya.

Bahan-bahan:
Ayam (potong kecik)
Bawang besar (hiris)
Bawang putih (ketuk)
Sayur (saya letak carrot, kacang panjang, bunga kubis, anak jagung)
Lada merah (dihiris)
Lada hitam (dikisar / ditumbuk)
Sedikit kicap (saya pakai dua sudu besar teh)
Sedikit tepung jagung (optional - untuk pekatkan kuah)
Minyak untuk menumis

Kekdah membuatnya:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan ayam. Goreng sampai 3/4 masak. Jangan tambah minyak. Gunakan sahaja minyak yang ada.
Tambahkan lada hitam yang dah dikisar / ditumbuk. Tinggalkan sedikit untuk ditambah kemudian.
Kacau sampai semua ayam bergaul rata dengan lada hitam.
Tambahkan sedikit air. Ikut korang, kalau nak berkuah boleh lebihkan.
Tambahkan sedikit kicap. Ini hanyalah untuk menghitamkan kuah black pepper tersebut. Jangan tambah kicap terlalu banyak sebab nanti chicken black pepper tu akan rasa kicap. I is not loike.
Then tambah sayur. Biar sekejap bagi sayur layu sikit.
Kalau nak kuah pekat tambah sikit tepung jagung, kalau tak biar je kuah tu macam tu.
Dah siap!!!

Pencahayaan terang sangat, ayam pun jadi putih melepak.



No comments: