Thursday, August 29, 2013

Tunggang Langgang

Sebenarnya semua pun sama jer maksudnya. Start dari hari Ahad tu saya demam sampai Isnin. Then Selasa dah ok, masuk kerja macam biasa. Sekali petang tu MR. Daddy pulak. Santak sampai Rabu MR. Daddy cuti. Hari ni baru kerja. Nampak dah ok sikit. Yang kesiannya dengan anak-anak dan jugak rumah. Jadi tak terurus.

Selasa malam tu masak pun tak dapat. MR. Daddy memang tak larat sangat dah. Denan muntah-muantahnya. Dok berulang ke toilet jer. Kena pulak Nuha pun ikut sama naik. Letak dekat bawah tak mahu. Nak berkendong ke hulu ke hilir. Keluar kan ayam jer lebih. Tapi nak masak tak dapat. Penyudahnya telefon pizza. Irfan pun dah set nak makan pizza juga.

Telefon pizza pukul 9. Kata 30 minit. Sampai 10.15 pizza nya tak kunjung juga. Mula lah nak baran ni. Irfan pun dah start riuh kelaparan. Then around pukul 10.20 macam tu budak pizza tu telefon. Tanya alamat rumah. Dik oiiiiiiiiii dah sejam baru ko hegeh-hegeh nak telefon ahkak ke dikkkkkkkk. Punyalah bersimpang siur budak tu bertanya. Kejap sebut B kejap D kejap P. Saya yang nak bagi alamat pun dah jadi kompius. Kejadahnya alamat rumah aku banyak benor hurufnya...

10 minit lepas call budak tu pun sampai. Masa dah letak telefon tu tadi dah niat dah dalam hati ni. Kang budak ni sampai aku nak sound. Kemain lambat ngantor pizza jer.Matik dah nafsu aku nak makan pizza. Memang nak ku bahasakan. Biasa dia tu! Dah pasang niat siap-siap ni.

Sampai jer budak tu terus dia bagi salam. Kemain lah kuat. Pakai tudung terus bukak pintu. Ni dah hafal ni dialog apa nak cakap nak marah ke budak ni nanti. Kata kunci pun dah tulis dah kat tapak tangan. Sekali bukak jer pintu sampai tiga orang menghadap kat depan grill tu. Yang sorang berpeluh-peluh. Yang sorang termengah-mengah. Yang sorang yang pegang pizza dah macam tak bernafas dah aku tengok. Dah kenapa bebudak ni.

"Diorang tulis alamat akak salah."

Saya tak sempat nak buka mulut yang hulur pizza terus cakap dulu. Lalu kuuintai alamat yang ditulis tu. Ya ampun. Kemain berselirat alamat aku ditulisnya. Patutlah budak tu confiused. Tapi apa pun terima kasih lah dik sampai jugak lah pizza akak walaupun lambat. Bukan salah kau lah...Kot akak mau dah ku loyongkan jer tepi jalan. Buat pening kepala aku jer mencari. Tak jadi nak marah...kesian pulak ku tengok bebudak tu gigih bekerja mencari sesuap nasi. Mekasih ye dik hantar pizza akak.

No comments: