Wednesday, August 14, 2013

Flower Boys Next Door [KOREN Drama]

Lagi drama Korea yang baru di tonton. Cerita ni airing awal tahun dulu. TV Korea lah bukan TV kita. Dan ini siri ketiga untuk drama berkaitan Go Mi Nam (flower boy) oleh tvN. Flowey Bor Raymun Shop, Shut Up Flower Boy Band. Saya follow cerita ni pun sebab Park Shin Hye. Saya minat dia, suka tengok lakonan dia. Tapi budak ni jarang-jarang berlakon sebab dia hadkan aktiviti lakonan dia due to dia punya study. Dalam setahun dia cuma ambil satu atau dua drama je. Tengok heavy tak heavy watak yang dia perlu bawa tu. E-eh dah macam aku pulak yang jadi pengurus dia. OK back to topic.

Title:
Flower Boy Next Door.

Main Cast:
Park Shin Hye as Go Dok Mi
Yoon Shi Yoon as Enrique Geum
Kim Ji Hoon as Oh Jin Rok
Park Soo Jin as Cha Do Hwi
Go Kyung Pyo as Oh Dong Hoon
Mizuta Kouki as Watanabe
Kim Jung San as Han Tae Joon

Sinopsis:
Kisah tentang Go Dok Mi yang mengurung dirinya di dalam apartment yang disewanya kerana takut untuk bercampur dengan masyarakat luar. Go Dok Mi ada sejarah silap yang menyebabkan dia trauma untuk bergaul campur dengan masyarakat. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk terus mengurung dirinya di dalam apartment. Dia hanya keluar jika perlu. Pekerjaannya sebagai seorang editor juga tidak memerlukan dia ke pejabat. Kerjanya dilakukan dari rumah. Dalam diam dia jatuh hati pada seorang doktor yang tinggal bertentangan dengan apartmentnya. Setiap hari dia akan "mengintai" aktiviti doktor tersebut. Tidak sedar jiran sebelah, Oh Jin Rook juga turut "mengintai" setiap aktivitnya. Setiap hari pemuda itu akan memerhatikan Go Dok Mi dari "jauh". Melihat apa yang dibuatnya tanpa Go Dok Mi mengetahuinya.

Satu hari Enrique Geum pulang ke Korea dan tinggal di aparment abangnya, seorang doktor yang diminati oleh Go Dok Mi. Tanpa mengetahui kepulangan Enrique Geum, Go Dok Mi meneruskan aktiviti "mengintai"nya. Dan kerana kelalaiannya aktivitinya telah dikesan oleh Enrique maka perbalahan pun bermula. Dari situ bermulalah perang dingin. Tarik-menarik. Kisah silam terungkap. 



No comments: