Wednesday, August 14, 2013

Raya-Balik Kampung-Jam

Sinonim kan? Saper yang balik kampung untuk sambutan raya last week? Angkat mouse...Jam tak? Raya jalan tak jam, tak rayalah...betul tak? Mana-mana pun jalan jam. Highway yang tol bersusun tu pun jam. Jalan kampung lagi jangan cerita. Memang hilang sabar dibuatnya.

Saya balik Rembau raya pertama tengah hari. Dari Putrajaya balik ikut sepang exit tol Nilai ikut Plus Highway. Keluar sikit dari Nilai kereta dah bersusun tapi still bergerak. Dalam 60km/h. Oklah better dari berenti terus. Kelajuan kekal macam tu sampai exit Senawang. Kami ikut jalan dalam Seremban-Tampin. Jalannya dua lane, ke Seremban satu hala ke Tampin satu hala. Makanya kalau kereta depan sekali slow dan kereta dari arah bertentangan banyak, tak ada peluang nak memotong, jalan yang kereta depan slow tu akan jadi jam...terbrek-brek. Dan itulah yang terjadi. Kami terpaksa follow kereta depan sekali yang bawak slow. Mungkin bajet dia bawa kereta lembu. Akhirnya perjalanan 1 jam setengah jadi tiga jam. Double di situ. Ok fine, raya-raya ni saya maafkan encik.

Then pagi raya kedua around 7.15 macam tu keluar dari rumah Wan, gerak ke Kurau pula. Bajet boleh sampai around pukul 2.00 petang gitu. Sebab dah raya kedua jadi diri sangat confident kesesakan tidak akan berlaku. Sekali koooooooo sampai slim river rasa nak hantuk kepala kat dashboard. Tak bergerak!!! Weh raya wehhhhhhh apa korang buat atas jalan, pergi lah beraya. Try tengok dekat waze nak tahu jauh mana jam. Sampai Sungai Perak. OK sekian terima kasih. Finally pukul 5.00 baru sampai Kurau. Menggigil kepala lutut. Yang berdua tu buat duet tangisan dalam kereta. Dua-dua jenis panas vontot mana boleh duduk lama dalam kereta.

OK habis cerita balik kampung. So raya keempat, Ahad pagi gerak dari Kurau lebih kurang pukul 8.00. Asalnya nak gerak lebih awal dalam pukul 6.30 macam tu tapi hujan so delay. Masuk highway tengok waze. Jalan clear. Happy. Oh ku sangka hujan gerimis rupanya ribut petir yang melanda. Stuck dekat simpang pulai setengah jam tak bergerak langsung!!! Nasib baik dua-dua panglima tidur lena. Check report ada accident dekat Tapah. Ada lebih kurang +14km lagi. Fuhh! Nasib baik co-pilot jadi boleh bersabar, pilot memang dah lama hilang sabar.

Ini pertengahan jam. Nampak tak yang dalam bulatan merah ada anak panah tu. Itu adalah penanda penutupan R&R. Boleh ko bayang tak R&R tutup. Yang tengah menahan kencing tu mahu pecah pundi kencing nak sampai ke R&R seterusnya. Kena pulak R&R dekat Tapah tak ada air. Memang malang berganda-ganda. Tapi memang itulah yang terjadi bila menjelangnya hari raya.

Ini selingan. Abang-adik dekat kampung. Si abang minta nak pangku adik. Adik tak mboh dipangku. Habis jer gambar ni diketip dua-dua tergolek. Abang terus bangun berlalu pergi sambil merungut..."berat betul adik Nuha ni." Ko tu yang keding bang...

So korang? Ada tempuh jam?

Thank to new follower Siti Kamariah...salam kenal (",)


No comments: