Wednesday, July 31, 2013

Makin Tak Bersemangat

Assalamualaikum...Hai uolls. Tinggal lagi 7 hari Ramadhan kan. Cepatnya lah hai. Kang tahu tahu dah raya. Nasib baik saya tak terlibat dengan aktiviti-aktiviti membuat kuih raya. Kalau tak rasanya waktu-waktu begini adalah waktu kelam kelibut.

Eh tapi teringat dulu masa kecik...zaman sekolah rendah kot, tolong arwah nenek buat kuih raya. Arwah nenek ni kuih-raya-wajib-ada dia adalah kuih/biskut siput dengan bahulu lapis. Bahulu lapis ni ala-ala rainbow cake sekarang ni.

Ok, nak buat kuih siput ni agak leceh. Bukan leceh apa, leceh tang nak menggetel tepung tu untuk menjadi bentuk siput. Ko kena cubit doh tepung tu kecik-kecik then gentel kat atas papan yang berjalur so nanti akan ada kesan jalur bergaris pada kuih tu. Makanya jadilah ia seperti siput.

Buatnya agak penat. Penat jari-jemari halusku nak menggatal dan penat juga nak tengok doh tu berkurangan. Memang letih dan agak membosankan. Lagipun arwah pesen buat kuih bukan untuk rumah dia sahaja tapi untuk semua rumah anak-anak dia. Ko bayangkan arawah ni ada 10 orang anak termasuk arwah ayah saya. Tak ke berbesen-besen doh nak kena gentel. Dahlah zaman tu mana nak ada iPod segala nak menghiburkan hati sendiri. Nak menyanyi pun arwah ennek tak bagi sebab takut air liur berjejeh bercampur dengan doh kuih tu.

Dan dek kerana penatnya nak menggetel kecik-kecik maka saya telah mengambil inisiatif berkesan dengan menggetelnya dalam bentuk yang lebih besar tapi lepas tu kena marah dengan arwah nenek. Sebab katanya kuih siput saya dah jadi kuih siput babi. Bengang betul arwah masa tu dengan saya. Tapi itulah kenangan. Sekarang arwah dah tak ada maka kuih-raya-wajib-ada pun dah tak ada. Pi lah tunjuk kat kedai tu. Sedap tak sedap belakang kira.

Tinggal lagi 7 hari nak raya ni pun, dah mula tak masak untuk sahur. MR. Daddy lagilah kalau bangun pun minum air segelas besar, then sambung tidur balik. Nanti pukul 6 baru bangun siap nak pergi kerja. Saya sahur bangun tetap bangun tapi memang dah tak makan nasi. Habis berat pun makan biskut cicah air milo panas-panas. Itu jelah pun yang selera. Faktor usia mungkin. Nasi, memang tak lalu. Jap gi pukul 12 start terkulat-kulat perut kepedihan. Tapi pedih perut kosong masa puasa masih boleh bertahan compare dengan pedih perut kosong tak puasa.

Ini pun dok menaip sambil menguap. Dah doploh kali menguap. Rasa nak terkoyak dah mulut. OK lah itu jer nak cerita. Cerita bergambar len kali, malas nak transfer gambar.

No comments: