Jangan kata penyanyi jer yang tahu buat kompilasi album. Saya pun boleh tau. Cumanya bukan kompilasi album lagu...kompilasi gambar juadah berbuka. Cuma tak dapat banyak. Mana yang dan diketik oleh kamera phone maka adalah tersimpan di dalam folder phone. Yang lain kusimpan di dalam perut dan selebihnya di tangki kumbahan....mungkin!
Mari kita tengok calon-calonnya.
Nasi goreng seafood lawan dengan ribena laici ais. Pergh...melelehhhhhhhh wap air dekat cawan.
Ayam masak merah kawankan dengan jelatah then makan dengan nasi tomato panas-panas lawankan pula dengan tembikai laici ais.......lehchen pinggan dek non.
Jelatah berpasangan dengna ayam masak merah di atas
Telur masak lemak cili api makan dengan nasi panas tambah dengan teh panas.....berpeluhhhhhh
Paprik ayam dengan nasi putih panas berasap bertambah-tambah makan, minum pulak dengan jus mangga...pergh just perfect
Chicken Balck-pepper kawankan dengan telur dadar, nasi putih mesti panas-panas minum dengan teh ais. Rasa tak nak berhenti makan.
Ok tu jer gambar yang ada dalam folder. Lelain tu mungkin tak sempat nak snap, maklumlah selalunya habis masak ngam-ngam nak berbuka. Sajer buat gitu so kuranglah sikit dugaan memandang makanan sementara menuggu azan. Jadi bila dah dengar azan jangan lah diharap padi seberang entahkan jadi nasi entah tidak, pandang jer lah nasi dalam pinggan memasing. Menggelupur melantak. Tangan kanan minum air, tangan kiri senduk lauk masuk dalam pinggan. Ko bayang macam mana dia punya mneggelupur. Jangan kata nak ketik gambo, telefon letak mana pun tak ingat dah.
Kena pulak MR. Daddy dok puji-puji sedapnya...sedapnya...pandai honey masak. Suka honey masak. Sambil tu jeling-jeling jugak pinggan dia...kot-kotlah puji lelebih sebab nak lauk lebih. Hmmmmm sukatan lauk macam biasa ikhlaslah tu.
Tetiba keluar ayat pernyataan....lepas nih kalau nak makan sedap-sedap bolehlah honey masak untuk abang lagi...honey masak sedap. *angguk laju-laju sebab dalam mulut penuh nasi*
So tak payah lah kita makan dekat luar lagi. *gulp....terus tercekik nasi yang penuh dalam mulut tadi*
Ini tidak adil tidak adil bagiku...
Ini kena masuk garam lebih lagi lepas ni......ker kita tuang jer cuka *insert evil laugh*
2 comments:
wahhh ni tk sabo diriku nak pergi beraya umah mu ni. nak merasa ayer tangan katanyerrr
Eh mari mari sila sila kecil meja makan balkoni rumah ku tadahkn.
Calling calling jer kalo mau dtg.
Post a Comment