Sunday, August 4, 2013

Hujung Minggu

Hujung minggu tak ada ke mana-mana. Puasalah katakan. Malas nak keluar. Lagipun minggu ni minggu terakhir sebelum menjelangnya Aidilfitri. Boleh bayanglah macam mana punya havoc shopping-shopping complex kat Mesia ni. Jalan TAR, Jalan Masjid India. Ngeri wehhhhhh. Mujur saya dah settle semua persiapan awal-awal.

Jadi untuk tidak menghampakan anak-anak dan tak mau dorang boring duduk umah hujung minggu tak buat apa-apa kita ciptakanlah aktiviti.

Main airrrrrrrrrrr





Baik Irfan baik Nuha dua-duapun happy kalau dapat main air. Berendamlah dua badik dalam kolam dekat balkoni. Sibbaik ada balkoni sekangkang kera tu. Adik pun sama naik. Syiok jer tepuk-tepuk air terpercik ke muka sendiri.

Eh tapi tengah hari tu keluar jugak. Pergi IOI Mall kejap. Ramai giler orang. Parking kemain sendat. Pukul 3.30 sampai umah. Rehat jap terus masak. Irfan makan KFC. Dugaan dungguh.

OKlah selamat berbuka uolls.

No comments: