Friday, August 23, 2013

Rasa

Perasaan yang payah untuk dihuraikan. Rasa aneh...rasa tidak tenteram...rasa yang belum selesai. Bukan kosong. Perasaan ini ada isinya tetapi sukar untuk diungkapkan. Satu rasa yang bercampur-campur tentang kelangsungan sebuah kehidupan, tentang susahnya untuk meneruskan pernafasan, tentang hampirnya KEMATIAN.

Rasa sayu yang bergayut-gayutan.
Rasa sesaknya aliran pernafasan.
Rasa hampirnya KEMATIAN.

Mungkin kerana belum benar-benar hampir kepada Tuhan. Maka Dia berikan peringatan. Kembali kepadaKU.

Segeralah berlalu rasa ini. Aku mahu selesa bernafas di bumi pinjaman.

noted : luahan rasa orang selsema. srot...srot...cair sangat dah flu saya ni. moga esok kembali sihat.

No comments: